Thursday, 10 September 2020

LONG SLOW DISTANCE (LSD) ROUTE 185: TRISTATE


lepas setel LSD Fraser Ultra, terus cucuk cd agar buat lsd bagi mengisi kekosongan event yang dibatalkan bagi tahun 2020.

seriously, tak pernah terfikir nak meghabat jalan Simpang Pulai-Cameron Highland atau Route 185...
bila LSD Director cd cakap nak buat lsd jalan ni, terbayang dah route dragon, berbukit2 serta kenderaan yang berdesup2 ambil selekoh downhill & uphill (termasuk aku la tu).
bincang punya bincang dalam group whatsapp pada 13 Julai 2020 start jam 9.47 malam -11.37 malam dengan cd, abg sham, zul,lukman & jerol, finally decide route masjid lojing-trailhead gunung suku-masjid lojing 56km... yang lain2 bincang kemudian & just follow the flow & arahan lsd director.



lsd route 185 memang lsd ultra road paling mencabar yang pernah aku join setakat ni.. jalan yang berbukit2, traffic safety dan cuaca yang dingin ialah cabaran utama untuk lsd ni.. hujan dan angin yang kuat menambah rencah untuk melemahkan fizikal & mental..bonk, muka ketat, cramp, muscle sore, sakit lutut & hypothermia antara penyakit wajib yang mungkin dihidapi runners..



ada 3 waterstation..ws1 di kedai pak lang mak lang km10...ws2 di trailhead gunung suku di km28...ws3 di kedai air terjun km40..macam2 menu ada di water station..air, nasi lemak, bihun goreng, karipap, kek,donut dan nasi lemak ayam goreng di FL...

as sweeper, kena la duk belakang sekali..sebenarnya ada lagi sorang sweeper Amir Kerani yang sweep Toq

tak lupa penaja2 ptt outdoor yang menaja baucer, team natura yang sponsor minuman bertenaga Natura Shot yang memperkenalkan botol special edition frontliner..chewing gummy dari Fatin (Marathon Baker)..juga kepada individu2 yang tak tersebut yang sudi menaja button badge, kek, tuala muka, krim losyen, daging dendeng, goodies cabutan bertuah dan lain2..semoga rezeki kalian bertambah dan diberkati.



afterall lsd ni ialah lsd semi self sufficient di mana runners yang join perlu membayar sedikit kos RM30 bagi mandatory goodies, tshirt, makanan dan minuman, transport serta token untuk crew, selain dari tajaan as mentioned above...itu tidak termasuk kos parking dan urus sampah untuk pihak masjid lojing uruskan RM10 (anggap ia sedekah).

dengan Toq & Abam Kerani CP1 KM10


masa ni Toq macam 50-50 nak stop atau teruskan di KM42...bila dah kena racun dengan aku & Amir.. dia teruskan sampai ultra distance 50km.

sebagai sweeper, memang satu pengalaman baru untuk event lsd macam ni...menarik dan push runner untuk meneruskan langkah bukan senang..silap2 dengan kita bonk..boleh dikatakan 99% bergantung kepada kondisi fizikal dan mental runner sendiri untuk capai tahap mileage dan elevation yang dingini.


memang mental jadi sweeper sebab kita tak boleh ikut rentak larian sendiri...apapun pengalaman yang menarik dan baru jadi sweeper...

kalau bagi sesetengah official event sebenar, sweeper akan potong runner yang bermaksud COT makin hampir dan runners perlu mendahului sweeper untuk kejar COT supaya tak DNF di cp terdekat or di FL.


menyambut Toq kat CP3 2km sebelum Banjaran..ada teh tarik & bihun goreng sedap...


terbaik Toq..50km


dari kaca mata aku sendiri yang turut terlibat dalam team organizer, banyak yang dipelajari untuk organize satu2 event..bukan senang walaupun ia hanya lsd dan melibatkan runners yang sedikit sahaja..mana yang boleh dibantu, aku bantu...dan masih banyak yang boleh diperbaiki dari pengalaman bernilai ini.


apapun syukur event lsd kali ni berjalan dengan lancar..tahniah dan terbaik LSD Director, team, crews & runners.
next lesdi..
mode on....
"heat??? or trail??? or ........."
kita tungguuuuuu

Monday, 20 July 2020

Tak Ada Running Event?? LSD kan Boleh..

Tahun 2020 ni menyaksikan semua running event road & trail yang dijadualkan dari Mac-Disember 2020 dibatalkan atau ditunda ke tahun 2021 berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Apapun, dengan kelonggaran melaksanakan aktiviti rekreasi yang diberi kerajaan, kita gunakan sebaik mungkin. So, acara larian tak ada, kita teruskan larian secara Long Slow Distance (LSD). 

LSD Fraser Hill 2.0 yang diadakan pada 12 Julai 2020 sebenarnya bermula dengan LSD Fraser Hill 1.0 yang aku join pada 17 Februari 2020, iaitu sebelum event Selangor Marathon 2020 dan Langkawi Ultra 2020.

LSD Fraser Hill 1.0 ni dirancang oleh CD yang menemukan runners dari Muallim Runners dan The Boss Afro. Selain itu, LSD Fraser Hill 1.0 menjadi pelepas rindu sebab event Fraser Ultra bagi tahun 2020 tidak dianjurkan.

Manakala bagi LSD Fraser Hill 2.0 menemukan lebih ramai runners dari KL, Penang dan Perak. Sebenarnya memang dah kenal kebanyakan runners ni di event2 marathon, ultra trail dan road. Cumanya kali ni bertemu di LSD sebab semuanya melepas gian untuk berlari akibat pembatalan dan penangguhan event.

Route Fraser Hill pula sememangnya menjadi route kesukaan aku sebab ia menggamit 1001 memori gila dan drama selain route hutan hujan di mana aku selesa berlari. Fraser Hill menjadi tempat aku berlari 42km buat pertama kalinya (virgin FM) di event Fraser Ultra 2018 yang mana ramai yang kata aku gila. Mana taknya, kebanyakan orang memilih route yang landai untuk pecah dara 42km. Aku pilih kawasan berbukit. Walaupun persediaan dibuat, debaran makin terasa bermula seminggu sebelum event sehingga awal pagi sebelum event.

Gambar atas ni yazid snap. Memang aku minta dia snap seolah-olah seperti berlakon berdebar, tapi sebenarnya masa ni memang aku tengah berdebar-debar bercampur penyesalan. Apapun pun dah register, dah datang, hadap je. Alhamdulillah, berjaya juga tamatkan dengan masa 6 jam 25 minit yang masih catatan FM terbaik aku sehingga entri ini ditulis, dengan mengambil kelebihan kelajuan semasa berlari menuruni bukit. Haa..di sini aku melihat kelebihannya jika join Fraser Ultra ni. Lepas tu masa uphill, pandai-pandai la nak survive elak cramp dan keletihan otot.




Ok, berbalik kepada entri sebenar, kedua-dua LSD Fraser Hill 1.0 dan 2.0 bermula dari Sungai Chiling sehingga menara jam di Bukit Fraser. Jarak keseluruhan 54km iaitu 27km uphill sehingga menara jam dan 27km downhill balik semula ke Sungai Chiling.

Route yang sedikit mencabar ialah apabila sampai di Gap untuk uphill ke Bukit Fraser yang berbaki 8km sahaja. Tapi jalan dari Gap ke Bukit Fraser sebenarnya sedikit curam, Kebanyakan masa memang berjalan dan cuba fast walk.

Untuk downhill pula, aku suggest sebaiknya ikut jalan semasa uphill. Sebabnya jalan downhill route kenderaan dari Bukit Fraser ke Gap banyak kera. Kalau berlari dalam kumpulan yang ramai lebih 10 orang ok la lalu situ. Tapi kalau setakat berlari 3 ke 5 orang baik tak payahlah untuk menjaga keselamatan diri.

Untuk LSD, sebenarnya yang paling penting ialah untuk menguji ketahanan dan kemampuan badan untuk berlari jarak ultra. Catatan masa nombor dua. Namun penting juga catatan masa ini untuk lihat jika ada penambahbaikan dalam larian kita atau tidak.

So, catatan masa aku

1) LSD Fraser Hill 1.0 (17 Feb 2020): 9 jam 30 minit (tak termasuk rehat sejam)
2) LSD Fraser Hill 2.0 (12 Jul 2020): 8 jam 27 minit (tak termasuk rehat 2 jam)-biasalah bila dah ramai2 ni.

Alhamdulillah, banyak improvement. Hope dapat tambahbaik lagi dengan turunkan berat badan.

Gambar-gambar LSD Fraser Hill 1.0: The Boss Afro ft. Muallim Runners

Mee goreng food truck kat atas tu kena try. Pada aku memang best. 








Gambar-gambar LSD Fraser Hill 2.0: Havoc habis kali ni. Kredit kepada semua jurugambar-jurugambar terlibat. Entah lupa kamera hp siapa.

Yang menarik dengan LSD Fraser Hill 2.0 ni, adalah apabila ada penaja-penaja yang sudi menaja finisher-t, dan makanan yang sedap-sedap dan yang paling terangkat ialah Rendang Dendeng Mak Pah. Memang terbaik.

Haa..LSD je pun..ada orang taja finisher-t. Memang terbaik la

Meriah pulak 

Tempat wajib bergambor..sempadan Selangor (KKB) dan Pahang (Raub) di Bukit Fraser 

Geng the Boss Afro ni  memang buat hal betul la

Meraikan 'bro' gila ni yang mencuba ultra distance buat pertama kali dan berjaya habiskan. Tahniah Eli

Tak sedar aku berdiri tengah2. sebelum flag off.

Kredit video Asma' Bt Mat Yusoff

Kredit video Mummy Sabina Yeo

Untuk next projek LSD punya event, CD, Lukman, Ayah Sham, Jerol, Amir, Zul Ramly & aku tengah workout satu event LSD. Banyak yang aku sedang belajar dalam membantu CD and team dalam uruskan event2 macam ni. Pengalaman join event ultra turut membantu. Event kali ni dikenakan sedikit bayaran sebanyak RM35.00 Berdebar juga menantikan hasilnya 22 Ogos 2020 nanti di event LSD Route 185: Tristate. Pertama kali involved bantu uruskan event larian ni. Semoga berjalan lancar dan tiada penguatkuasaaan semula MCO pada waktu tu.


















Saturday, 27 June 2020

Membebel Pasal Kereta dan Servis Proton Preve 100,000km

Kali ni aku just nak share servis proton preve aku untuk 100,000km. Aku ni jenis servis kereta ikut kilometer, tak ikut sangat 6 bulan. Pernah sampai 10 bulan😂. So, ikut la cara penggunaan dan pemanduan masing².

Aku share ni pun sebab kereta dah lebih usia 5 tahun dan kemungkinan pelbagai ragam akan timbul. Senang untuk tengok balik dan mungkin boleh share dengan yang lain. So far, alhamdulillah, tak ada masalah yang teruk² kat kereta aku.

Preve aku pakai dari tahun 2014. IAFM Campro & manual transmission. Takde la berjalan jauh sangat sebab aku banyak travel naik ETS, flight atau kongsi² naik kereta member. Sebab tu 6 tahun pakai, baru 100,000km.

Biasanya aku servis kat center yang pada aku reliable setelah mendapat review dan feedback member2, dan pengguna lain. Masa tinggal di Perlis, aku servis kat Proton Edar Jalan Gangsa, Alor Setar. Now tinggal di Seri Iskandar, servis kat Proton Edar Seri Iskandar kat Bandar Universiti sebab aku rasa macam malas nak ke Ipoh or Manjung. Since yang kat Seri Iskandar sedang tutup (nak buat bangunan baru tepi jalan ipoh-lumut berdekatan econsave), rasanya perlu ke Manjung. Tapi alang² balik Taiping aku servis kat Taiping dan di bengkel luar.

Yang buat rasa nak servis kat luar ni sebenarnya bermula bila ada bunyi bising dari dalam bonet enjin sejak bulan 2 tahun ni. Aku google tengok, bunyi tu berpunca dari IAFM. Bunyi 'tek tek tek tek' bila enjin sedang idling. Bila buka aircond, radio, dengan tingkap bertutup, masih kedengaran sikit. Lagi tak selesa Masa jalan memang tak dengar la.

Aku pergi 3 bengkel. Ada yang tak sure, ada yang kata kena tinggal dulu biar kami check. Tepuk dahi aku. May be diaorg tak biasa buat kot. Tangguh punya tangguh, PKP pulak. Awal bulan 6, balik Taiping, bapa aku suggest pi kat Dhia Service Centre. Bengkel dekat dengan Masjid Kamunting.

Sampai bengkel, mintak tauke dia check. Tauke dia nama Fendi. Dia amik spanar buh kat enjin sambil letak telinga kat spanar. Terus dia cakap bunyi IAFM & kena tukar. Deal. Tukar seketul IAFM RM350/RM380 (tak ingat sangat) & upah RM150. Since aku jenis tak suka sangat tinggal kereta, 4 jam setengah jugak aku melangut kat bengkel tu sambil perati pekerja dia buat keje. Yang buat aku puas hati, pekerja dia buat kerja cermat dan Fendi tu pulak dia jenis bagitau apa yang perlu tukar dan apa yang tak perlu tukar sambil sembang² pasal kereta. Kita ni mana la nak tau semua sangat pasal kereta. Memang harap ke mekanik la. So, lepas tukar IAFM kat dia hampir sebulan, belum ada bunyi lagi.






Time nak bayar, aku tanya boleh buat servis major untuk preve, dia cakap boleh. Terus booking tarikh minggu yang aku akan balik Taiping. 

Untuk servis 100,000km, aku guna je yang sama macam aku servis kat proton center sebelum ni.

Minyak Enjin Petronas Syntium 5W-40 Fully Synthetic

Minyak Gear 2L 2 botol


Aku tukar brake pad sebab bila dia buka tayar, brake pad depan kiri kanan aku dah nipis. Memang dah nipis pun memandangkan cara pemanduan aku 🤣. Lupa pulak snap.




Damage


Aku sangat berpuas hati cara diaorang bekerja. Kalau nak datang servis or repair hari Sabtu, better booking dengan dia dulu sebab memang akan beratur punya. Aku ni jenis payah nak suggest satu² benda, tapi  yang belum pernah datang sini, aku suggest, cubalah dulu repair or servis kat  Dhia Service Centre ni. Tunggu & tengok bagaimana brader Fendi & staf dia buat keje.





Monday, 6 April 2020

Ulasan Buku "Jangan Selewengkan Sejarah Melayu"

Apa itu Inferiority Complex? Secara literalnya ia bermaksud "rasa rendah diri". Dalam konteks sejarah pula ia bermaksud seseorang yang mempunyai rasa rendah diri, dan malu kepada apa-apa perkara berkaitan bangsanya sendiri sehingga boleh membawa kepada sindrom penafian (denial syndrome) dan paling kritikal ialah perasaan benci kepada kaum sendiri (racial hatred).

Ini terjadi kerana kurangnya pengetahuan dan pemahaman terhadap sejarah bangsa  dan dimomokkan dengan istilah-istilah dan konteks negatif serta penghinaan yang dikemukakan oleh  pihak lain terhadap bangsa sendiri. Semua ini sebenarnya dapat diatasi dengan MEMBACA dan MENONTON dokumentari sejarah bangsa sendiri!! 



Jadi, apa kaitan Inferiority Complex dengan entri kali ini? Nanti aku akan jelaskan. Untuk sesi ulasan buku, kali ini aku ketengahkan buku yang bertajuk JANGAN SELEWENGKAN SEJARAH MELAYU, yang ditulis oleh saudara Helmi Effendy yang juga merupakan  salah seorang admin laman muka buku The Patriots. Buku ni aku beli pada 12 Jun 2019 dan dah lama aku habiskan sebenarnya. Tapi yang menjadi pencetus aku membuat ulasan untuk buku ini adalah kerana manusia  bernama Tan Sri Dato Dr Hj Mujeebudeen (akaun Twitter). Nantilah aku kupas isu manusia yang seorang ni.  

Berbalik kepada ulasan buku.

Di dalam buku ini penulis dengan tegas menyanggah pendapat dan fakta yang tidak sahih dari pihak-pihak yang cuba memesongkan sejarah Melayu. Ada beberapa 'personaliti' telah mengemukakan fakta yang tidak betul dan serius seperti saudara Uthaya Sankar melalui bukunya yang bertajuk Malaiur Manikam yang mendakwa Bahasa Melayu berevolusi dari bahasa pasar (perdagangan) sebelum ia menjadi lingua franca. Beliau menjelaskan terdapat banyak kosa kata hasil komunikasi antara pedagang dari pelbagai negara, bahasa dan budaya yang kemudiannya menjadi kosa kata khusus yang difahami oleh orang-orang Melayu dan pedagang di Melaka.



Penulis menjawab tohmahan Uthaya Sankar dengan mengeluarkan bukti Bahasa Melayu sebagai sebahagian dari keluarga besar bahasa Austronesia. Kemudiannya penulis mengemukakan fakta yang menyatakan: 

1) Bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa (Francois Valentijn):

2) Peranan Maharaja Ming Cheng Zhu (Dinasti Ming) memasukkan Bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa yang diajar kepada Jurubahasa China ketika menubuhkan Balai Bahasa Negeri-Negeri Asing pada tahun  1405 di Ying Tian (kini Nanjing). 

3) Prasasti Dong Chen Yau (abad ke-4 Masihi), Prasasti Kedukan Bukit (683M), Prasasti Talang Tuwo (684M), Prasasti Kota Kapor (686M), Prasasti Karang Brahi (686M). Kesemua prasasti ini dipahat dalam Bahasa Melayu kuno.

Jelas di sini bahawa penulis mempunyai ilmu dan pengetahuan yang mendalam dalam bidang sejarah dalam mematahkan hujah saudara Uthaya Sankar.  



Apa yang malangnya ialah, perlecehan terhadap sejarah Melayu bukan sahaja cuba dilakukan oleh bangsa asing, tetapi juga oleh orang Melayu sendiri yang tidak mempunyai ilmu dan pengetahuan tentang sejarah bangsa, merasa rendah diri atau malu tidak bertempat dengan bangsa sendiri serta berpura-pura tidak ambil tahu kerana ada agenda peribadi. Manusia-manusia seperti ini di dalam diri mereka ada sifat Inferiority Complex sehingga sanggup menafi dan memutar-belitkan fakta-fakta dan seterusnya menyemarakkan lagi sifat penafian dan kebencian terhadap bangsa dan sejarah sendiri  apatahlagi jika mereka seorang yang berpengaruh.

Melalui buku ini juga penulis memperbetulkan salah anggap yang wujud dalam sebahagian masyarakat kita berkaitan sesetengah budaya Melayu yang dianggap tabu seperti menabur bunga di kuburan yang dikatakan meniru amalan Yahudi dan Kristian serta persandingan ketika kenduri  yang dimomokkan sebagai sebahagian daripada ajaran Hindu. 

Pada aku, kedua-dua perkara ini jika hendak dilaksanakan adalah bergantung kepada niat dan kaedah pelaksanaannya. Jika persandingan pengantin sehingga mendedah aurat dan membuka aib, maka tiadalah keperluan untuk bersanding atau yang harus dijaga itu sebenarnya adalah aurat dan aib. Bukannya meremehkan adat bersanding itu. Jika menabur bunga di atas kubur dengan tujuan menggantikan pelepah kurma dan bukan untuk membazir, maka tiada masalah untuk dilaksanakan.

Kelantangan penulis mengkritik sesetengah agamawan mungkin tidak disenangi sesetengah pihak, tetapi ia perlu dilakukan apabila ada antara mereka sesuka hati dan mudah menjatuhkan hukum ke atas budaya bangsa yang tidak menyerupai budaya Arab. Ada sesetengahnya juga tidak betul dan boleh membawa kepada fitnah. 

Penulis juga mengkritik mantan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib yang mendakwa Melaka tewas kerana menggunakan pedang dan keris sahaja. Tidak ketinggalan, turut ditegur adalah Ustaz Ridhuan Tee Abdullah yang mengeluarkan kenyataan "Tanpa dakwah Cina, Melayu mungkin sembah pokok" ketika beliau mempersoalkan layanan yang diberikan kepada golongan mualaf.



Dari Uthaya Shankar dan Jayagopal Adaikkalam, kepada Amzarul Yuzrin Mohd Yusof, Zaharin Mohd Yasin dan PoyoMelayu (aku syak akaun FB palsu) sehinggalah kepada pendakwah terkenal Ustaz Ridhuan Tee Abdullah dan mantan Perdana Menteri, kesemua mereka dikritik penulis berbekalkan fakta-fakta yang disokong hasil kajian pakar-pakar sejarah. 

Keseluruhannya buku yang mempunyai 22 bab dan setebal 213 muka surat ini mampu menjawab segala penyelewengan, putar belit dan pemalsuan fakta yang cuba dibawa oleh mereka-mereka yang mengatakan Melayu tidak punya bahasa, sastera, teknologi dan tamadun. 


















   

Thursday, 2 April 2020

Ulasan Buku Tasjil Anis Salatin: Rahsia Agung Melaka

"Patut la Tom Pires cakap siapa yang menguasai Melaka, dia akan memegang leher Venice". Itu ayat yang terpacul secara automatik dari mulut aku semasa membaca buku Tasjil Anis Salatin: Rahsia Agung Melaka yang ditulis oleh Farahana Shuhaimi. Buku yang dibeli pada 12 Jun 2019.



Buku ini sangat mudah untuk difahami fakta-faktanya kerana penulis telah memecahkan mengikut tajuk-tajuk berikut:

1) Kota Melaka dan Penduduk (geografi dan struktur bangunan di Melaka)
2) Waris dan Pewaris Melaka (sehingga kejatuhan Melaka)
3) Pembesar dan Wilayah Melaka (struktur pentadbiran Melaka)
4) Melaka dan Ekonomi (Melaka sebagai pusat perdagangan)
6) Melaka dan Peperangan (strategi, kelengkapan perang dan pengkhianatan)
7) Melaka dan Pengangkutan (laut dan darat)
8) Melaka dan Permainan (permainan tradisional)
9) Melaka dan Rasuah (monopoli perniagaan, fitnah dan sikap tamak pegawai)
10) Melaka dan Cinta (perkahwinan raja-raja Melaka)
11) Melaka dan Undang-Undang (hukum kanun Melaka dan undang-undang laut Melaka)
12) Melaka dan Islam (ketibaan dan penyebaran Islam di Melaka)

Pada setiap tajuk, ada banyak sub-topik yang memfokuskan kepada fakta-fakta berkaitan Melaka sama ada sebelum, semasa ataupun selepas zaman kegemilangannya.

Tidak ramai mengetahui bahawa Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka mampu membina tamadun kota yang hebat di zamannya. Aku sendiri walaupun sangat meminati sejarah, masih banyak persoalan mengenai Melaka terutamanya bagaimana keadaan sebenar Melaka pada zaman kegemilangannya dan sebelum kejatuhannya.

Dalam buku ini, penulis membentangkan fakta-fakta menarik yang belum pernah aku tahu. Sebagai contoh, di bawah tajuk Melaka dan Peperangan yang mempunyai sub-topik paling banyak dalam buku ini menyatakan Melaka ada pasukan penembak tepat!!wow!!serius la!!!?? aku tidak tahu menahu tentang skuad ini. Dikatakan bahawa pasukan penembak tepat ini berjaya melakukan tembakan tanpa dapat dikesan oleh askar-askar Portugis walaupun dalam keadaan cuaca yang baik dan panas terik. Ini menarik!!

Fakta-fakta yang dilampirkan di dalam buku ini juga mampu menangkis kenyataan pihak-pihak yang menyatakan bahawa Melaka pada ketika dahulu hanya sekadar kota pelabuhan kampung. Perlu diingatkan, setiap tamadun mempunyai garismasa untuk mencapai zaman emasnya. Tamadun tidak dibina dalam sehari, setahun hatta seratus tahun. Venice dahulu yang terbentuk dari 118 pulau berlumpur, mengambil masa selama lebih 500 tahun untuk mencapai puncak kegemilangan sebagai pusat perdagangan terkemuka di Eropah dengan pelbagai inovasi pembentukan kota dan pelabuhan di atas air.

Ya, Melaka mungkin bermula sebagai sebuah pelabuhan kampung, tetapi adalah mustahil sultan-sultan Melaka terus menerus membiarkan ia kekal sebagai pelabuhan kampung. Sebagai pewaris Srivijaya yang pernah menjadi kuasa agung maritim di sebahagian rantau Asia Pasifik, sudah pasti mereka mempunyai ilmu laut, politik dan geo-politik serta pengurusan dan pentadbiran yang bukan calang-calang dimiliki orang biasa ketika itu untuk membangunkan Kota Melaka.

Bayangkan, penulis menyatakan Kesultanan Melaka memiliki sekurang-kurangnya enam (6) buah kapal iaitu Kapal Mendam Berahi, Kapal Genta Segara, Kapal Sai'rul 'Alamin, Kapal Mir'atul-saffa, Kapal Batil Suasa dan Kapal Ranjang Bagung. Ini belum termasuk kapal-kapal untuk berdagang yang mana dinyatakan lapan (8) buah kapal Melaka mampu membawa muatan yang dibawa oleh 20 kapal Portugis!!!  Itu belum lagi aku lampirkan dalam satu catatan bahawa kapal dagang Melaka tidak dibenarkan berlabuh di pelabuhan China hanya kerana saiznya yang besar dan perlu berurusan di tengah laut!! Tidakkah itu menunjukkan teknologi perkapalan Melaka sebenarnya telah mencapai pada satu tahap yang canggih.

Sambil membaca buku ini, aku terfikir seandainya Melaka tidak tumbang, dan mampu bertahan untuk tempoh yang lebih lama lagi sekurang-kurangnya sehingga abad ke-18 atau 19, sudah pasti pelbagai ilmu perdagangan, pelabuhan, ekonomi, teknologi dan pelbagai lagi mampu untuk berkembang lebih maju kerana jarak waktu yang tidak begitu jauh dengan zaman moden.

Namun apakan daya, seperti yang dinukilkan penulis di dalam bukunya antara punca jatuhnya Kota Melaka ialah, kelemahan kepimpinan sultan itu sendiri, konflik politik dan rasuah di kalangan pedagang, pembesar dan pegawai istana, serta wujud pembelot di kalangan rakyat Melaka sendiri, pendatang dari India dan pedagang Cina. Amat menyedihkan apabila penulis menyatakan banyak orang  Melaka dibakar Portugis hidup-hidup di Bukit Tempurung dan wanita Melaka dimurtadkan.

Banyak pengajaran boleh diambil dari buku ini. Seseorang yang aku admire ada mesej di whatsapp mengatakan bahawa ada pelajarnya berkata pada dia "barang lama jangan dikenang". Aku balas semula, "wajar dikenang, dihargai dan diambil pengajaran"😉. Ya!! sejarah wajar dikenang, dihargai dan diangkat supaya ia jadi cerminan untuk generasi kita dan akan datang supaya tidak melakukan kesilapan yang sama yang pernah nenek moyang kita lakukan. Biarlah semangat sejarah itu tetap mengalir di dalam diri kita bagi memastikan jatidiri kita tetap utuh.












Saturday, 28 March 2020

Bersenam Semasa Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Sebenarnya lepas Langkawi Ultra 2020 pada penghujung Februari, hanya dua kali je joging sebab plan memang nak berehat sebentar dalam 2 minggu dalam bulan Mac.

Tapi dengan penularan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan, telah memaksa kerajaan melaksana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mana pada dasarnya ialah untuk meminimumkan pergerakan rakyat keluar rumah. Keluar apabila perlu (beli makanan, kecemasan) dan duduk di rumah.

Sebenarnya, ini adalah salah satu cara PALING PENTING bagi memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19 yang mudah merebak. Nanti la aku kongsi sikit info yang aku tau. 

Jadi, sekarang nak fokus pada senaman sepanjang PKP. Jujurnya seminggu pertama PKP memang membesarkan perut, tak ada bersenam sangat kecuali skipping dan lari dalam rumah, itu pun pace perlahan je, kerana beranggapan PKP tidak dilanjutkan.

Tapi sangkaan meleset, jadi nak tak nak kena buat senaman yang sedikit agresif iaitu senaman Insanity versi Shaun T. Senaman ni pertama kali buat masa bertugas di UiTM Perlis bersama-sama dengan pensyarah-pensyarah dan staf Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR) di studio. Memang mandi peluh buat senaman ni.

So, aku mula dengan empat set pergerakan. Satu pusingan 4 set pergerakan dan setiap set aku buat antara 20 ke 50 kali. Yang aku rakam adalah pada pusingan ke-5, masa dah nak muntah hijau dah sebab aku naikkan sikit-sikit pace pada setiap pusingan. 

Di bawah adalah link video rakaman. Selamat bersenam, stay fit di rumah dan jangan keluar jogging!!






Saturday, 7 March 2020

Jom Masuk UiTM

Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 atas keputusan yang diumumkan pada 5 Mac 2020.

Hari ni aku nak kongsi sedikit maklumat berkaitan kemasukan ke UiTM. Tapi sebelum itu, aku suka mengingatkan semua calon SPM 2019 agar memilih program yang layak untuk dimohon dan minat terhadap bidang yang ingin diceburi nanti.

Kadang, apabila kita minat sesuatu bidang/program, kita tidak perasan satu perkara penting, adakah kita LAYAK atau TIDAK LAYAK memohon program tersebut. Ini antara faktor utama yang akan menentukan sesuatu permohonan itu berjaya atau tidak.

Ok, aku mulakan dahulu dengan halatuju korang sebagai calon SPM 2019 yang dah dapat keputusan. Berdasarkan pengalaman aku, banyak calon yang  bertanya "boleh sambung degree tak?" "nak sambung diploma ke degree?". Jadi, di bawah ialah pilihan tingkat untuk menyambung pelajaran:

1.  Pra Pendidikan Tinggi (PPT)

SPM--> Pra Diploma (6 bulan) --> Diploma (2.5 ke 3 Tahun) --> Sarjana Muda (2 ke 3 Tahun)

Borang PPT boleh diperoleh di pautan berikut:
https://pppt.uitm.edu.my/program/cara-memohon

Khusus untuk mereka yang mendapat keputusan minimum iaitu sekadar kredit dan lulus dalam beberapa subjek SPM. Masih berpeluang mengikuti program di yang diminati di UiTM, tetapi perlu mengikuti program Pra Diploma terlebih dahulu. Jangan pandang rendah pada mereka yang melalui jalan ini. Kebanyakan mereka sangat bersemangat untuk mengubah hidup ke arah yang lebih baik dan itu mendorong mereka berusaha memperbaiki diri. Malah ada antara mereka yang keputusannya semasa di Diploma dan Sarjana Muda lebih baik dari pelajar-pelajar cemerlang SPM. 


2. Asasi

SPM --> Asasi (1 Tahun) --> Sarjana Muda (3 ke 5 Tahun) 

- Asasi Sains
- Asasi Undang-Undang UiTM
- Asasi Undang-Undang KPM
- Asasi Kejuruteraan
- Asasi TESL

Calon SPM yang cemerlang serta berminat untuk menyambung dalam bidang bidang profesional seperti perubatan, pergigian, farmasi, undang undang, kejuruteraan, pendidik digalakkan mengikuti program Asasi selama setahun (dua semester) sebelum menyambung ke program Sarjana Muda yang diminati di UiTM.


3. Diploma

SPM --> Diploma (2.5 ke 3 Tahun) --> Sarjana Muda (2 ke3 Tahun)

Lepas SPM boleh juga sambung ke Diploma. Macam aku dulu Matematik sekadar kredit, manakala Matematik Tambahan gagal 😅, jadi aku pilih jalan ni.


4. Sarjana Muda

SPM --> Sarjana Muda (4 Tahun)

Bagi yang meminati bidang Senibina (Architecture) di UiTM, ini jalan terbaik untuk anda untuk menyambung pengajian ke program Sarjana Muda Sains Senibina UiTM.

Apa yang calon-calon perlu tahu ialah syarat kelayakan masuk bagi setiap program. Untuk membantu memudahkan calon memilih program yang layak, calon bolehlah melayari laman web berikut:


Calon hanya perlu memasukkan beberapa maklumat peribadi dan keputusan SPM, sistem kemudian akan menjana program yang layak dan tidak layak untuk diteliti oleh calon. Kemudian baru lihat program yang mana calon berminat. Membantu calon membuat keputusan untuk memilih program yang layak dan sesuai. 

Untuk membantu calon mengetahui kecenderungan dan minat masing-masing, cubalah jalani Inventori Minat Kerjaya Sidek. Dari situ calon boleh meneroka potensi diri dan minat lain yang mungkin calon sendiri tidak sedar bahawa ia sebenarnya wujud dalam diri calon. Jadi, calon dapat memilih bidang lain yang sesuai dengan potensi dan minat, jika bidang pertama yang calon inginkan tidak layak untuk dimohon.

Inilah serba sedikit maklumat yang boleh dikongsikan untuk calon SPM membuat pilihan progtam ke UiTM. Ingat, setiap program ada syarat-syarat khas dia. Selamat memilih dan semoga terus sukses dalam hidup. 

Monday, 2 March 2020

ETS Kelas Perniagaan (ETS-Business Class)

Entah apa yang difikirkan, tiba-tiba je nak mencuba ETS Kelas Perniagaan (Business Class) dari Arau ke Batu Gajah, walhal 3 jam je pun perjalanan. Jadi, aku ambil keputusan tak nak baca review orang lain, nak buat palatao.. dan nak alami sendiri. ETS je pun.. bukannnya pergi Jepun🙄

Sebenarnya aku ke Langkawi join event Langkawi Ultra 2020 (100km).  Event ni nanti la aku review sikit. Takde mood nak review sekarang. So, masa pergi Arau ambil koc biasa, masa balik ke Batu Gajah gatai tangan klik koc perniagaan.

1) Damage RM127. Sebab beli last minit jugak. KTMB buat harga flexi ala2 Air Asia. Lagi awal, lagi murah kot.

2) Goodies

Business Class Kit ni akan jadi hakmilik kita. Jadi jangan segan letak dalam beg sebelum turun ETS. 

Ada earphone

sarung lengan/inner kalau sejuk boleh pakai. Memang sejuk aircond dia suhu 22°c. Tak sure boleh request blanket or tak, cuba la tanya, untung-untung jadi hakmilik korang, sebab aku tak request. 

Dalam plastik ni bantal yang letak kat tengkuk. Aku tak tau apa nama sebab tak pernah guna sebelum ni. 

tak kembung lagi

kena tiup baru kembung... jangan sampai orang sebelah annoyed dengan hembusan korang. 


tag identiti

letak tag ni kat drop bag larian pun cara gak. 


3. Kemudahan

(abaikan tumit yang dah nak barai tu) 
ini yang dinanti-nantikan. Tempat mengecas. Ada mode USB & 3 pin plug. Sebenarnya untuk mode USB tak perlu pun switch on plug tu, tapi biasa la, buat palatao, bila ter off, baru tau hanya dengan cucuk je, hp tersedia cas. kalau nak guna 3 pin plug je baru switch on. 

kalau bosan, boleh layan movie, lagu, order makanan dan layan internet kat tab ni. Tab ni ada kat tempat letak lengan sebelah kiri. Tarik je keluar dengan tag yang disediakan di bahagian bawah sebelah kiri tu. Butang on/off ada sebelah kanan bawah tempat cucuk earphone tu...
haa..nampak?? semua ni kesan buat palatao

4. Tempat duduk
Aku tak snap sebab rasa macam akan ganggu privasi orang lain bila snap. Apa yang boleh aku katakan, tempat duduk dia luas & selesa untuk aku yang berbadan besar ni. Penat habis event ultra, memang sedap lunjur kaki. Boleh pilih double seat atau single seat bergantung pada keselesaan dan kekosongan. 

5. Makanan
Sebab aku naik jam 3.58 petang, menu makanan yang aku dapat ialah untuk minum petang dan makan malam. Semuanya telah termasuk dalam harga tiket. Kalau tak cukup, nak yang lain, boleh pergi kantin atau order je guna kemudahan tab yang disediakan. Nanti sampai la makanan yang di order tu. Tapi makanan yang di order dari tab tu kena la bayar 

menu minum petang ada muffin, kek dan air kotak

kalau you terbaca, this is for you.
(14 Mac) 

menu makan malam disajikan jam 6.15 petang.. awal juga.. jadi, aku ada masa sehingga 6.55 petang untuk setelkan sebelum turun di Batu Gajah. 

not bad, licin tala aku kerjakan 


6. Layanan
Jika dilihat dari perkhidmatan yang diberi oleh pelayan koc (macam pramugari tugas dia) memang terbaik. Bersedia memberi khidmat dan melayan pertanyaan penumpang. Mereka duduk di kerusi paling depan di koc yang sama.

So, kalau diberi sponsor, memang aku nak lagi la guna koc perniagaan ni.. hahaha..

apapun bergantung bajet masing-masing.. yang penting semua selamat sampai ke destinasi yang ingin dituju.