Kali ni aku just nak share servis proton preve aku untuk 100,000km. Aku ni jenis servis kereta ikut kilometer, tak ikut sangat 6 bulan. Pernah sampai 10 bulan😂. So, ikut la cara penggunaan dan pemanduan masing².
Aku share ni pun sebab kereta dah lebih usia 5 tahun dan kemungkinan pelbagai ragam akan timbul. Senang untuk tengok balik dan mungkin boleh share dengan yang lain. So far, alhamdulillah, tak ada masalah yang teruk² kat kereta aku.
Preve aku pakai dari tahun 2014. IAFM Campro & manual transmission. Takde la berjalan jauh sangat sebab aku banyak travel naik ETS, flight atau kongsi² naik kereta member. Sebab tu 6 tahun pakai, baru 100,000km.
Biasanya aku servis kat center yang pada aku reliable setelah mendapat review dan feedback member2, dan pengguna lain. Masa tinggal di Perlis, aku servis kat Proton Edar Jalan Gangsa, Alor Setar. Now tinggal di Seri Iskandar, servis kat Proton Edar Seri Iskandar kat Bandar Universiti sebab aku rasa macam malas nak ke Ipoh or Manjung. Since yang kat Seri Iskandar sedang tutup (nak buat bangunan baru tepi jalan ipoh-lumut berdekatan econsave), rasanya perlu ke Manjung. Tapi alang² balik Taiping aku servis kat Taiping dan di bengkel luar.
Yang buat rasa nak servis kat luar ni sebenarnya bermula bila ada bunyi bising dari dalam bonet enjin sejak bulan 2 tahun ni. Aku google tengok, bunyi tu berpunca dari IAFM. Bunyi 'tek tek tek tek' bila enjin sedang idling. Bila buka aircond, radio, dengan tingkap bertutup, masih kedengaran sikit. Lagi tak selesa Masa jalan memang tak dengar la.
Aku pergi 3 bengkel. Ada yang tak sure, ada yang kata kena tinggal dulu biar kami check. Tepuk dahi aku. May be diaorg tak biasa buat kot. Tangguh punya tangguh, PKP pulak. Awal bulan 6, balik Taiping, bapa aku suggest pi kat Dhia Service Centre. Bengkel dekat dengan Masjid Kamunting.
Sampai bengkel, mintak tauke dia check. Tauke dia nama Fendi. Dia amik spanar buh kat enjin sambil letak telinga kat spanar. Terus dia cakap bunyi IAFM & kena tukar. Deal. Tukar seketul IAFM RM350/RM380 (tak ingat sangat) & upah RM150. Since aku jenis tak suka sangat tinggal kereta, 4 jam setengah jugak aku melangut kat bengkel tu sambil perati pekerja dia buat keje. Yang buat aku puas hati, pekerja dia buat kerja cermat dan Fendi tu pulak dia jenis bagitau apa yang perlu tukar dan apa yang tak perlu tukar sambil sembang² pasal kereta. Kita ni mana la nak tau semua sangat pasal kereta. Memang harap ke mekanik la. So, lepas tukar IAFM kat dia hampir sebulan, belum ada bunyi lagi.
Time nak bayar, aku tanya boleh buat servis major untuk preve, dia cakap boleh. Terus booking tarikh minggu yang aku akan balik Taiping.
Untuk servis 100,000km, aku guna je yang sama macam aku servis kat proton center sebelum ni.
Minyak Enjin Petronas Syntium 5W-40 Fully Synthetic
Minyak Gear 2L 2 botol
Aku tukar brake pad sebab bila dia buka tayar, brake pad depan kiri kanan aku dah nipis. Memang dah nipis pun memandangkan cara pemanduan aku 🤣. Lupa pulak snap.
Damage
Aku sangat berpuas hati cara diaorang bekerja. Kalau nak datang servis or repair hari Sabtu, better booking dengan dia dulu sebab memang akan beratur punya. Aku ni jenis payah nak suggest satu² benda, tapi yang belum pernah datang sini, aku suggest, cubalah dulu repair or servis kat Dhia Service Centre ni. Tunggu & tengok bagaimana brader Fendi & staf dia buat keje.
No comments:
Post a Comment