Thursday, 30 January 2014

From Mabul to Payar 2014

alhamdulillah, pada 17-19 januari 2014 lepas, Geng-Geng Masuk Air (GGMA) yang terdiri daripada group trip Momo telah dapat mengadakan trip dive & snorkling di Pulau Payar, Langkawi, Kedah. Seperti biasa group trip terdiri daripada northern, central & southern divers dan beberapa orang 'snorklermaster', merupakan antara geng-geng group trip yang setia dengan Shah Momo. Untung la Momo...hehehe

Ada yang datang naik flight dan ada yang berkereta, boleh dikatakan rata-rata mereka merupakan pertama kali sampai ke negeri Perlis ini. Untuk trip kali ni, penganjurnya ialah geng-geng northern divers yang terdiri dari Che Dy, Bang Chik, Hapes & Arie. Sebenarnya northern divers ni merujuk kepada penyelam-penyelam dari kawasan utara yang selalu ikut trip Shah Momo, dan bukannya sebuah kelab atau persatuan yang mewakili northern divers secara keseluruhan. Mana la tau takut nanti ada yang salah faham ingat northern divers ialah persatuan atau kelab. Macam tu juga la dengan central and southern divers. Ia merujuk kepada penyelam-penyelam kawasan tengah dan selatan yang selalu ikut trip Shah Momo. Senang cerita, group ini digelar Geng-Geng Masuk Air (GGMA).

Kesemua mereka tinggal di Rumah Tamu UniMAP berhampiran stesen minyak 3 beradik di Kangar. Bermula 17hb Januari 2014, mereka dibawa ke Padang Besar. The Zone dan Arked Padang Besar merupakan persinggahan wajib. Sakan diaorang membeli belah dari jam 4.00 petang sampai 6.30 petang. Akiviti seterusnya makan malam di Kompleks Makanan Laut (KOMALAUT). Lokasi ikan bakar yang sangat-sangat dicadangkan kerana sedap dan berpatutan (Tidak cekik darah!!!). Nak dipendekkan cerita, kami semua tertinggal si Roslee di homestay gara-gara Roslee ni kepenatan sehingga tertidur. Terpaksa aku & Momo patah balik ambil si Roslee ni.

18hb Januari 2014, event yang dinanti-nanti iaitu diving & snorkling. Tiba di Jeti Jeragan, Alor Setar jam 8.00 pagi, makan dan sambil menunggu krew-krew Iskandari Dive Centre (IDC), masing-masing sibuk mengemas scuba gear masing-masing.

Perjalanan ke Pulau Payar dari Jeti Jeragan memakan masa lebih kurang 50 minit kerana air laut yang berombak. Sebenarnya, tiada siapa terfikir hari 18 januari tu merupakan bulan 15 melayu. Di mana air pasang besar dan ditambah pula dengan tiupan angin timur yang kuat lagi sejuk. Air yang berombak menyebabkan bot tidak dapat berlabuh di jeti Pulau Payar. Bot terpaksa ke kawasan teluk yang sedikit terlindung dan air yang tenang. Kesian juga pada geng-geng snorkling kerana tidak dapat ke pantai untuk snorkling. Terpaksa snorkling di kawasan coral garden. Untuk penyelam pula, tidak dapat menyelam di bawah jeti, kerana di bawah jeti tu la banyak spesies coral yang cantik dan kiu-miut, dan nudi yang comel-comel. geng-geng divers hanya menyelam di sekitar kawasan Coral Garden sahaja.

Waktu nak balik semula ke Jeti Jeragan dalam jam 3.00 petang, alunan ombak semakin menjadi-jadi. Pemandu bot terpaksa memotong laluan ke luar, dan masuk semula ke laluan asal setelah lebih kurang 40 minit.. menjadikan jarak perjalanan mengambil masa kira-kira 1 jam 40 minit. Patut kami semua masih dapat melihat Pulau Payar dengan jelas walau sudah 30 minit bergerak. Percikan air memang tak usah dicerita sampai Hakim terpaksa pakai mask untuk elak air masuk mata.

Sampai di Jeti Jeragan, masing-masing mengemas diri dan perhentian seterusnya ialah Budget Station di Simpang Empat, Perlis. Kedai yang popular dengan Bihun Sup dan western cuisine yang murah sekitar RM5-7  sahaja. Sampai sahaja di homestay, semua kepenatan. Cadangan nak berkaraoke entah ke mana pergi. Ditambah dengan angin timur yang semakin menyejuk. Hanya event makan durian sahaja yang dibuat. Sebenarnya aku tak larat dah makan durian, sebab sebelum tu balik kampung pun dah mengketedarah durian tak ingat punya. jadi, au jadi tukang kopek durian. Senang. tukang kopek ni biasanya kerja dia kopek je, dan yang tukang mengketedarah ialah rang yang melihat..hehehe...tapi terlepas la jugak 4-5 ulas ke dalam perut..mana boleh tahan tengok durian isi comei-comei.

19 Januari 2014, semua dah ready untuk balik. Sebelum tu diaorang dijamu roti canai dan nasi daging. Tak sangka pula masuk selera diaorang apabila masing-masing terkenangkan kuah gulai roti canai, nasi daging dan kopi o...hehehe..rezeki Allah..

Terima kasih kepada geng-geng divers dan snorkler yang hadir. Secara peribadi, aku seronok dan puas dapat melayan korang. mana yang terkurang tu mohon ampun dan maaf. Al-maklum, baru pertama kali organize event macam ni. At last, ahad malam tu baru aku terasa penat sangat-sangat sampai tidur awal. Jam 1100 malam dah tertidur. Seminggu lebih aku ambil masa untuk dapatkan mood untuk edit video yang tak seberapa ni, ditambah dengan keserabutan yang timbul...hehe.. ---> http://www.youtube.com/watch?v=63mISulLAeY&feature=youtu.be

Terima kasih, terima kasih, & terima kasih:

1) Momo & family
2) Eman
3) Sha, Alin & Cima
4) Hakim
5) Roslee
6) Akhmal
7) Emir
8) Ramlee
9) Shue & Ros
10) Iskandari Dive Centre Crew.. Instructor Mazlan paling sempoi..sentiasa tenang dan memberi masa buat kami untuk ambil gambar di dasar laut

buat geng2 northern divers, Che Dy, Arie, Bangchik, Hapes...semoga lebih sukses untuk event-event akan datang.

p/s: entri ini ditulis ketika mood aku tunggang langgang akibat demam yang tak kebah lagi..demam yang membuat kepala dan urat saraf terasa seperti ditarik-tarik & sengal2..seram sejuk akibat perubahan cuaca sejuk panas..jadi, bahasa pun jadi tunggang langgang!!





No comments:

Post a Comment