alhamdulillah, pada 17-19 januari 2014 lepas, Geng-Geng Masuk Air (GGMA) yang terdiri daripada group trip Momo telah dapat mengadakan trip dive & snorkling di Pulau Payar, Langkawi, Kedah. Seperti biasa group trip terdiri daripada northern, central & southern divers dan beberapa orang 'snorklermaster', merupakan antara geng-geng group trip yang setia dengan Shah Momo. Untung la Momo...hehehe
Ada yang datang naik flight dan ada yang berkereta, boleh dikatakan rata-rata mereka merupakan pertama kali sampai ke negeri Perlis ini. Untuk trip kali ni, penganjurnya ialah geng-geng northern divers yang terdiri dari Che Dy, Bang Chik, Hapes & Arie. Sebenarnya northern divers ni merujuk kepada penyelam-penyelam dari kawasan utara yang selalu ikut trip Shah Momo, dan bukannya sebuah kelab atau persatuan yang mewakili northern divers secara keseluruhan. Mana la tau takut nanti ada yang salah faham ingat northern divers ialah persatuan atau kelab. Macam tu juga la dengan central and southern divers. Ia merujuk kepada penyelam-penyelam kawasan tengah dan selatan yang selalu ikut trip Shah Momo. Senang cerita, group ini digelar Geng-Geng Masuk Air (GGMA).
Kesemua mereka tinggal di Rumah Tamu UniMAP berhampiran stesen minyak 3 beradik di Kangar. Bermula 17hb Januari 2014, mereka dibawa ke Padang Besar. The Zone dan Arked Padang Besar merupakan persinggahan wajib. Sakan diaorang membeli belah dari jam 4.00 petang sampai 6.30 petang. Akiviti seterusnya makan malam di Kompleks Makanan Laut (KOMALAUT). Lokasi ikan bakar yang sangat-sangat dicadangkan kerana sedap dan berpatutan (Tidak cekik darah!!!). Nak dipendekkan cerita, kami semua tertinggal si Roslee di homestay gara-gara Roslee ni kepenatan sehingga tertidur. Terpaksa aku & Momo patah balik ambil si Roslee ni.
18hb Januari 2014, event yang dinanti-nanti iaitu diving & snorkling. Tiba di Jeti Jeragan, Alor Setar jam 8.00 pagi, makan dan sambil menunggu krew-krew Iskandari Dive Centre (IDC), masing-masing sibuk mengemas scuba gear masing-masing.
Perjalanan ke Pulau Payar dari Jeti Jeragan memakan masa lebih kurang 50 minit kerana air laut yang berombak. Sebenarnya, tiada siapa terfikir hari 18 januari tu merupakan bulan 15 melayu. Di mana air pasang besar dan ditambah pula dengan tiupan angin timur yang kuat lagi sejuk. Air yang berombak menyebabkan bot tidak dapat berlabuh di jeti Pulau Payar. Bot terpaksa ke kawasan teluk yang sedikit terlindung dan air yang tenang. Kesian juga pada geng-geng snorkling kerana tidak dapat ke pantai untuk snorkling. Terpaksa snorkling di kawasan coral garden. Untuk penyelam pula, tidak dapat menyelam di bawah jeti, kerana di bawah jeti tu la banyak spesies coral yang cantik dan kiu-miut, dan nudi yang comel-comel. geng-geng divers hanya menyelam di sekitar kawasan Coral Garden sahaja.
Waktu nak balik semula ke Jeti Jeragan dalam jam 3.00 petang, alunan ombak semakin menjadi-jadi. Pemandu bot terpaksa memotong laluan ke luar, dan masuk semula ke laluan asal setelah lebih kurang 40 minit.. menjadikan jarak perjalanan mengambil masa kira-kira 1 jam 40 minit. Patut kami semua masih dapat melihat Pulau Payar dengan jelas walau sudah 30 minit bergerak. Percikan air memang tak usah dicerita sampai Hakim terpaksa pakai mask untuk elak air masuk mata.
Sampai di Jeti Jeragan, masing-masing mengemas diri dan perhentian seterusnya ialah Budget Station di Simpang Empat, Perlis. Kedai yang popular dengan Bihun Sup dan western cuisine yang murah sekitar RM5-7 sahaja. Sampai sahaja di homestay, semua kepenatan. Cadangan nak berkaraoke entah ke mana pergi. Ditambah dengan angin timur yang semakin menyejuk. Hanya event makan durian sahaja yang dibuat. Sebenarnya aku tak larat dah makan durian, sebab sebelum tu balik kampung pun dah mengketedarah durian tak ingat punya. jadi, au jadi tukang kopek durian. Senang. tukang kopek ni biasanya kerja dia kopek je, dan yang tukang mengketedarah ialah rang yang melihat..hehehe...tapi terlepas la jugak 4-5 ulas ke dalam perut..mana boleh tahan tengok durian isi comei-comei.
19 Januari 2014, semua dah ready untuk balik. Sebelum tu diaorang dijamu roti canai dan nasi daging. Tak sangka pula masuk selera diaorang apabila masing-masing terkenangkan kuah gulai roti canai, nasi daging dan kopi o...hehehe..rezeki Allah..
Terima kasih kepada geng-geng divers dan snorkler yang hadir. Secara peribadi, aku seronok dan puas dapat melayan korang. mana yang terkurang tu mohon ampun dan maaf. Al-maklum, baru pertama kali organize event macam ni. At last, ahad malam tu baru aku terasa penat sangat-sangat sampai tidur awal. Jam 1100 malam dah tertidur. Seminggu lebih aku ambil masa untuk dapatkan mood untuk edit video yang tak seberapa ni, ditambah dengan keserabutan yang timbul...hehe.. ---> http://www.youtube.com/watch?v=63mISulLAeY&feature=youtu.be
Terima kasih, terima kasih, & terima kasih:
1) Momo & family
2) Eman
3) Sha, Alin & Cima
4) Hakim
5) Roslee
6) Akhmal
7) Emir
8) Ramlee
9) Shue & Ros
10) Iskandari Dive Centre Crew.. Instructor Mazlan paling sempoi..sentiasa tenang dan memberi masa buat kami untuk ambil gambar di dasar laut
buat geng2 northern divers, Che Dy, Arie, Bangchik, Hapes...semoga lebih sukses untuk event-event akan datang.
p/s: entri ini ditulis ketika mood aku tunggang langgang akibat demam yang tak kebah lagi..demam yang membuat kepala dan urat saraf terasa seperti ditarik-tarik & sengal2..seram sejuk akibat perubahan cuaca sejuk panas..jadi, bahasa pun jadi tunggang langgang!!
"....Jauhilah sindrom Neutral Buoyancy. Bercita citalah untuk menjadi insan basah yang positif, neutral bila perlu..negatif jangan sekali.Saya memilih untuk menjalani hidup dangan sikap positif kerana pada realitinya 98 peratus kehidupan saya berada positif dipermukaan air dan bernafas melalui rongga hidung." (Bahaman Hashim)
Thursday, 30 January 2014
Wednesday, 29 January 2014
Kemarahan, Kesabaran & Kemaafan : Lebih baik tersalah ampun daripada tersilap hukum
Tajuk entri itu sendiri dah jelas. Diambil dari kata-kata di dalam novel terbaru Ramlee Awang Murshid (RAM) "Sunan : Naggroe Sang Kembara". Seperti biasa, sebagai peminat setia RAM, disamping John Grisham, tiada satu pun lagi novelnya yang ketinggalan. Edisi wajib beli untuk kesemua novel RAM. Hehehe..
Cumanya kali ini, kata-kata sisipannya "Lebih Baik Tersalah Ampun, Dari Tersilap Hukum" sangat terkesan di jiwa. Memang sesuai dengan watak Sunan yang pemaaf itu sendiri jika dilihat dari siri-siri novel berkaitan Sunan sebelum ini.
"Lebih Baik Tersalah Ampun, Dari Tersilap Hukum", ternyata jelas ia membawa maksud kepada sifat pemaaf. Satu sifat terpuji yang ada pada junjungan besar Rasulullah SAW. Masih ramai lagikah antara kita yang mempunyai sifat pemaaf ini?Mudahkah lagi untuk mengucapkan "Saya minta maaf", "I am sorry". Di zaman di mana keegoan lebih tinggi dari kerendahan hati. Dengan hanya tiga suku kata, kita mungkin dapat menyejukkan hati seseorang dan melapangkan dada kita.
Teringat kisah seorang nenek atau seorang budak di Indonesia yang menjadi pencuri. Walaupun kisah ini kemudiannya didapati palsu kerana ia hanya berlegar di alam maya. Mungkin ia ceritera kisah rakyat. Mungkin juga ia berlaku, namun akibat tidak direkodkan, ia hanya disampaikan dari mulut ke mulut. Akibatnya, sejarah menjadi legenda, legenda menjadi mitos.
Aku pun tak ingat sangat dah. Tapi kisahnya memang memberi pengajaran. Di mana seorang hakim menghukum orang-orang di dalam mahkamah dengan menyuruh orang awam turut membayar denda dan menderma kepada pencuri tersebut untuk mengelakakan pencuri tersebut dipenjarakan. Justifikasinya, kerana orang awam yang tinggal di kota yang sama membiarkan pencuri tersebut menjadi fakir hingga memaksanya mencuri untuk memberi sesuap nasi kepada keluarganya,
Tidak pasti jika di dunia realiti kita ini, hakim boleh membuat keputusan sebegitu atau tidak. Atau ia sekadar kisah untuk menjustifikasikan mencuri itu dibolehkan. Namun yang boleh diambil adalah, sekurang-kurangnya hakim tersebut mempunyai sifat pemaaf. Adakah mungkin hakim tersebut bakal tersalah hukum jika terus membuat keputusan menghukum pencuri tersebut tanpa mengambil kira pelbagai faktor lain?atau adakah hakim akan dilihat tidak adil kepada mangsa pencuri?wallahua'lam. Sebagai hakim, sudah pasti mereka lebih arif & bijak.
Jika hendak dilihat sifat pemaaf Rasulullah SAW terlalu agung sifatnya. Dalam keadaan di mana baginda dihina, dipukul, diletakkan racun di dalam makanan, baginda masih memaafkan perilaku musuh-musuhnya. Bagaimana agaknya kalau kita?Sukar diungkap dengan kata-kata. Biarlah sejauh mana kesabaran kita mengawalnya. Apabila seseorang sengaja membuat silap kepada kita dengan tujuan untuk menyakitkan hati, terkadang teruji kesabaran kita. Terasa hendak membalas semula sebagai balasan dan pengajaran kerana kita juga mampu berbuat demikian.
Namun, siapalah kita pada pandangan Allah jika hati kita penuh dengan sifat mazmumah seperti marah dan dendam?Sedangkan Allah menyintai hambanya yang membuat kebaikan. Di saat kita sebenarnya mampu membalas, tetapi kita boleh memilih untuk memaafkan kerana itulah sifat paling mulia dan sesungguhnya orang yang kuat ialah orang mampu menahan rasa marahnya.
Memaafkan dan bersabar mampu membuatkan hati kita tenang.
Semoga iman dan takwa sentiasa memandu ke arah kebaikan dan kemuliaan di sisi Allah.

Sunday, 26 January 2014
Perubahan, Tekad & Istiqamah
Setiap orang pasti akan merubah ingin menjadi baik dan lebih baik. Namun bagaimana dengan tekad kita?keazaman kita?tahap istiqamah kita?Sudah tentu kita akan berasa was-was, dan takut. Takut untuk berubah bukan isunya. Tapi takut tidak dapat mengekalkannya (istiqamah) yang paling banyak difikirkan.
Dalam kehidupan seharian kita baik hubungan sesama keluarga, rakan, masyarakat dan pasangan, merekalah yang banyak mempengaruhi sebahagian besar hidup kita. Kadang kita terfikir, mengapa perlu ada orang mencampuri urusan kita?mengapa perlu orang luar mempengaruhi kita?sedangkan kita punya diri, kita sendirilah yang sepatutnya menjaganya. Diri kita sendirilah yang sepatutnya menentukan sama ada kita mampu untuk berubah ke arah yang baik dari hari ke hari. Tapi kita jangan lupa, rakan dan pasangan yang bermanfaatlah yang akan sentiasa menegur dan menasihati kita supaya kita tidak leka dan hanyut.
Proses perubahan seseorang mungkin boleh memakan masa berhari-hari, berminggu-minggu malah mungkin bertahun-tahun. Di dalam proses ini, kita sebenarnya masih tercari-cari apakah bentuk perubahan yang dinginkan. Sama ada berubah ke arah lebih buruk atau atau lebih baik. Kita semua mungkin sudah lupa perjanjian kita ketika di alam roh (luh mahfuz) sebelum kita ditiupkan roh untuk lahir ke dunia. Di sana, kita berjanji:
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan
zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka,
dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia
bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku Tuhan kamu?" Mereka semua
menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan Kami), kami menjadi saksi". Yang
demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya
kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid)
ini".
Surah al-A'raaf, ayat 172
Kita sebenarnya sudah memilih kebaikan sebelum kita lahir lagi. Apabila lahir ke dunia kita sebenarnya sudah tiada pilihan selain memegang kepada janji kita dengan Maha Pencipta. Namun mengapa apabila di dunia ini, kita dihidangkan dengan pelbagai pilihan. Kita perlu tahu, asbab kita di lahirkan. Cuba kita fahami kata-kata ini:
"We are not human beings on a spiritual journey. We are spiritual beings on a human journey"
(Stephen R. Covey)
Ini bermaksud, jika kita melakukan perubahan pada diri kita, kita perlu mulakan dari dalam diri kita. Apa yang ada di dalam diri kita?Itulah roh kita atau apa yang kita panggil sebagai hati/jiwa. Hati atau jiwa yang bersih akan memandu kita ke arah kebaikan, insyaAllah. Di sinilah cabarannya sama ada kita mampu mengekalkannya dalam dunia yang penuh pancaroba ini.
Selagimana kita kekal bermotivasi dan sentiasa mencari kebaikan, insyaAllah, kebaikan dan kebenaran pasti akan kita genggam. Jangan sesekali kita berputus asa. Sebenarnya, kembara mencari kebaikan dan kebenaran tidak akan pernah berakhir kerana jiwa kita ini akan sentiasa mencari jalan pulang ke Penciptanya. Sentiasalah biasakan diri menyebut "Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Allah, dan berharaplah kepada Allah", dan harus diiringi dengan usaha. Andai kita terasa lemah, luahkan pada Allah. Bersembanglah dengan dengan rakan-rakan yang mampu mendorong kita ke arah kebaikan.
Andai ada yang memandang serong akan perubahan diri kita, percayalah, itulah ujian daripada Allah untuk kita dalam mengangkat darjat kita. Jika kita tewas, itu bermakna, jiwa kita yang lama masih tidak dapat dibuangkan. Basahilah lidah dengan istighfar, semoga dengan istighfar dosa-dosa kecil kita diampuni Allah. Mohonlah keampunan dengan Allah. Semoga jiwa kita ini sentiasa bersih dan mendapat hidayah Allah.
Seorang bijak pandai ada berkata, "Teruskan perjalanan dan pencarian anda, anda akan bertemu juga dengan kebenaran suatu hari nanti. Tekadkan dalam hati, nescaya akan ketemu jua"
Semoga kita tidak berasa takut dan was-was untuk berubah, kerana berubah ke arah kebaikan itulah fitrah jiwa kita. Teruslah beristiqamah dengan usaha-usaha kebaikan yang kita lakukan kerana Allah, dan sesama manusia.
"I didn't come here to make the choice, I've already made it. I am here to try to understand why I made it"
Syukur kepadaMu Ya Allah, kerana memberi peluang & hidayah kepada hambamu ini...
Engkaulah yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang...
Tuesday, 21 January 2014
Liputan Majalah Dewan Masyarakat (Edisi Januari 2014) : Payar Coral Rescue 2013
Alhamdulillah, pihak Dewan Masyarakat telah pun menerbitkan artikel mengenai program Payar Coral Rescue 2013 yang telah diadakan pada 29-31 Ogos 2013 yang lalu di Pulau Payar. Terima kasih daun keladi buat Editor Majalah Dewan Masyarakat yang membuat liputan, iaitu Cik Aninah Janang & jurugambar bertugas.
Sekali lagi, terima kasih tidak terhingga pada penggerak Kamikazie Diver, Azwan & Hapes kerana memberi peluang menyertai program Payar Coral Rescue. Entri berkaitan program di sini ---> http://iammosas.blogspot.com/2013/09/payar-coral-rescue-2013-merdeka-dive.html
Kepada Jamil Tajam dan team ORCA UiTM Perlis, teruskan usaha penyelidikan menyelamatkan khazanah marin yang tidak ternilai harganya. Semoga kita semua menjadi penyelam yang beretika dalam memastikan kelangsungan biodiversiti marin terus terjaga dan dipulihara. Insyaallah, kami penyelam-penyelam UiTM Perlis akan sentiasa memberikan sokongan kepada program-program seperti ini.
Sebahagian dari artikel yang dikeluarkan oleh Majalah Dewan Masyarakat Edisi Januari 2014. Artikel penuh, kena beli la..hehehe..

We do not inherit the earth from our ancestor; We borrow it from our children
Wednesday, 15 January 2014
Lenggang Lenggang Kangkung
memang telah diduga, isu kangkung paling popular minggu lepas..masuk minggu kedua Januari 2014, kangkung bertambah popular...
ada yang mengatakan isu kangkung ini isu kecil, mengapa perlu diperbesarkan..mengapa hanya melihat kangkung?sedangkan banyak lagi isu-isu lebih penting selain kangkung??banyak pembangunan lagi kerajaan telah lakukan...tapi mengapa kangkung?
untuk tidak membebel lebih panjang, isu kangkung ini pada pendapat aku adalah seperti berikut:
penambahan/penjelasan terhadap isu kangkung di FB aku:
1) Kita perlu ingat, mereka yang mengumumkan turunnya harga kangkung ini adalah mereka yang sedang memegang kuasa. Walaupun pengumuman dibuat secara menyelit melalui ucapan, rakyat tetap menilai. Sudah pasti ia akan menjadi viral atau parody buat rakyat marhaen yang semakin tertekan dengan peningkatan kos sara hidup yang tidak setara dengan pendapatan terutamanya bagi mereka yang tinggal Pulau Pinang, Lembah Klang & JB sudah pasti akan meningkatkan kemarahan dan rungutan.
2) Mengapa perlu disebut perkataan "tak puji" dan "dipersalahkan"??belum pernah lagi seingatan aku, masa zaman Tun M ucapan sebegitu dikeluarkan. Kalau ada, mohon tolong tunjukkan pada aku. Siapa yang merangka ucapan sebegitu?Sama ada mereka yang sedang memegang kuasa pentadbiran benar-benar bijak atau terlebih bijak, aku yakin itu semua berpunca dari orang-orang sekeliling mereka yang memandai-mandai bijaknya.
3) Kangkung turun??bagusla kalau betul sebab kangkung adalah antara sayur kegemaran aku selain ulam dan petai. Namun, kangkung bukan makanan ruji rakyat marhaen zaman yang kononnya menuju negara maju berpendapatan tinggi. Ini pun aku musykil, sama ada negara berpendapatan tinggi atau rakyat berpendapatan tinggi???? Kalau nak menjadikan kangkung sebagai makanan ruji ,aku rasa kita balik pada zaman Jepun dahulu yang mana boleh didapati di mana-mana di tepi parit, dipetik dan direbus, makan bersama ubi rebus. Itu makanan nenek aku di zaman muda dia ketika Jepun memerintah Malaya.
4) Seperti persoalan yang dilontarkan oleh Dr. Maza di bawah:
Memang ada benarnya. Jika ia adalah usaha kerajaan dalam menurunkan harga kangkung, mengapa tidak diimplentasikan terhadap produk-produk penting lain??memang tidak boleh jika hendak melaksanakan kaedah yang serupa. Namun sekurang-kurangnya jadikanlah ia sebagai panduan. Jika langkah-langkah penjimatan seperti yang diumumkan oleh PM sebelum ini menjadi punca penurunan harga kangkung, mengapa tidak amalkan kaedah penjimatan yang lain??
5) Jika isu cuaca, orang tengah, dan lain lain punca yang menyebabkan harga kangkung turun, itu orang boleh faham. Tidak perlulah mencanangkan kepada dunia, jika jadi begini kenapa cakap begini begini, jika jadi begitu, perlu cakap begitu begitu. Rakyat memilih, rakyat menilai.
Bukan salah rakyat marhaen apabila kangkung diparodikan. Malah isu kangkung seperti yang digembar gemburkan sesetengah page FB & blogger menunjukkan seolah-olah sesiapa yang memparodikan isu kangkung mempunyai pemikiran yang sempit, suka memperbesarkan isu isu kecil, dan juga suka mencari kesalahan orang. Cepat benar menuding jari dan memberikan persepsi. Kita perlu ingat, baik pengundi di parti A & B, mereka tetap rakyat yang tidak mudah dikangkungkan. Majoriti dari mereka masih lagi boleh memikir secara waras.
Isu kenakan harga barang masih lagi terkesan. Ditambah pula dengan kenaikan perkhidmatan-perkhidmatan lain. Jadi isu kangkung bukannya isu sekecil-kecil zarah. Isu kangkung memberi pengertian besar buat rakyat marhaen dan mengharapkan pemimpin lebih bijak menanganinya, dan bukannya hanya mengangguk sambil melenggang-lenggang kangkung mendengar nasihat orang-orang yang memandai-mandai bijaknya.

Tuesday, 14 January 2014
Pejabat Pos Kamunting Perlukan Perubahan
Sesak, berserabut & LAMBATTTT!!!
itulah yang boleh dilihat dan dirasai sepanjang 3 kali aku berurusan pada tahun 2013 sehingga 13 Januari 2014 di Pejabat Pos Kamunting di kampung halaman aku.,,
sebenarnya sudah banyak kali aku berurusan di Pejabat Pos Kamunting tahun-tahun sebelumnya, cuma mungkin kali ini terasa untuk meluahkannya..sejak ada blog la katakan..hehehe..
urusan aku hanyalah untuk membayarkan bil rumah di kampungku setiap kali aku balik kampung dan memperbaharui lesen (itu pun sebab terlupa nak memperbaharui lesen yang dah seminggu tamat tempoh)
sebenarnya aku lebih suka untuk guna perbankan internet..cuma sekali sekala aku rasa perlu juga untuk menggunakan cara lama membayar bil di kampung...melihat gelagat & karenah orang ramai berurusan di Pejabat Pos Kamunting..sekurang-kurangnya boleh bersosial bersembang dengan dengan pakcik2 dan otai2 yang dilihat banyak menggunakan khidmat di Pejabat Pos Kamunting...
ditubuhkan sekitar Jun 1976, usianya kini hampir mencecah 40 tahun..untuk sebuah bangunan seperti di bawah, memang sudah agak lama.
lihat sahaja pelanggan-pelanggan yang menunggu di luar bangunan...dengan jumlah kerusi yang tidak mencukupi, penghawa dingin yang hiduo segan mati tak mahu, dan hanya ada 4 kaunter sahaja yang beroperasi (kadang-kadang 3 kaunter sahaja)...sudah pasti ia akan mengambil masa yang lama untuk menunggu giliran tiba
otai otai depan kaunter ni memang merungut sahaja menunggukan giliran tiba..sempat bersembang dengan mereka dan mengkritik keadaan dan suasana pejabat pos yang tidak pernah berubah..memang pelanggan tetap mereka ni...
aku memang faham sangat la...siapalah yang sanggup untuk menunggu begitu lama hampir sejam menunggu giliran, malah ada yang lebih sejam...
aku pun menunggu lebih dari sejam untuk tiba giliran..dah la sebelum tu ke Perodua SC teman sepupu aku sebab kereta dia rosak..sementara menunggu giliran di SC, so aku pun ke Pejabat Pos Kamunting untuk bayar bil astro, celcom bapa aku, dan bil lektrik di kampung.

no giliran aku 1230 jam 11:36 pagi..no giliran semasa adalah 1189!!!
patut ada yang uruskan dulu hal-hal lain selepas ambil nombor giliran dan kembali semula ke pejabat pos...
12:50 t/hari baru selesai!!!
rasanya pihak pengurusan pos sudah pasti memikirkan sesuatu..aku harap sangatlah..untuk orang seperti aku, rasanya aku takkan pergi dah berurusan di Pejabat Pos Kamunting lagi selepas ini jika tiada hal yang betul-betul penting atau jika tiada penambahbaikan yang penting..
Perlu diingat, peranan dan fungsi pejabat pos sekarang semakin bertambah..bayar bil di pejabat pos..memperbaharui lesen..surat2/bungkusan berdaftar..pelaburan ASNB..
Populasi di Kamunting juga semakin meningkat..dengan pembukaan banyak kolej2 kemahiran & teknologi tinggi..limpahan orang ramai di Taiping, sudah pasti tidak mampu ditampung oleh Pejabat Pos Taiping juga..akhirnya membawa sesetengah mereka ke Pejabat Pos Kamunting..
Dengan adanya pasaraya seperti Tesco, Giant, Econsave, Taiping Mall, itu sudah cukup memberikan gambaran bahawa populasi di Taiping & Kamunting telah melebihi 150,000 orang..peluang-peluang pekerjaan semakin terbuka..dan ini membuatkan jumlah orang yang akan menggunakan khidmat Pejabat Pos Kamunting akan ramai...perkara-perkara sebegini sepatutnya telah dilihat oleh pihak pengurusan Pejabat Pos Kamunting dalam memperbaharui dan melancarkan perkhidmatan..
Antara yang boleh dilakukan:
1) Memperbanyakkan jumlah kaunter perkhidmatan. jika perlu bangunan tambahan bina je la...
2) Membuat dekorasi yang menarik dan mewujudkan suasana tenang di kawasan menunggu giliran untuk keelesaan pelanggan..kadang tidak perlu kos yang tinggi dalam mewujudkan dekorasi yang menarik...
3) Menyediakan pegawai khidmat pelanggan atau pengawal keselamatan untuk menjaga mesin nombor giliran dan membantu dalam urusan-urusan lain...mungkin boleh mewujudkan nombor giliran khas untuk warga emas...
kadang tidak perlu kos yang besar..kos yang besar seolah2 menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena..aku pun orang kerja kerajaan..tau la juga yang mana tiris, yang mana tak tiris..hehe..
apapun akak ni gak untung meniaga di hadapan pejabat pos dan sekolah all saint ..asal dapat rezeki halal, pulun aje kak..hehehe..
just my2cents..
prinsip aku dalam bekerja,selagi boleh memudahkan urusan pelanggan, aku akan bantu memudahkannya,..aku rasa amat puas hati sepanjang melakukannya..walaupun kadang-kadang aku sendiri yang stress.namun ia kes terpencil sahaja...
peace, no war..
salam maulidur rasul 1435
Tuesday, 7 January 2014
Itu Bukan Bajau Laut, Itu Pelaut
Nampak gayanya, penangan trip Mabul 29 Nov-3 Dis 2013 masih terasa..memang the best trip ever untuk aku dan geng-geng lain..kepala masuk air semua..ngam habis!!hehehe..dari group wassup Trip Mabul bertukar ke From Mabul to Payar (18 Jan 2014) untuk meraikan geng2 diver dari central & southern region...kemudian, dari group tu berkembang kepada 2 lagi group dengan keahlian yang sama dan penambahan ahli baru..hahaha..masakkk!!!brp byk group dah ada dalam hp aku ni...hampir setiap jam pasti dok keting!keting!
Baru aku tahu, rupanya orang-orang yang tinggal di dalam sampan di mabul itu bukan Bajau Laut, tetapi Pelaut. Kawan kepada kawan aku orang sabah sendiri yang maklumkan. Mereka merupakan Pelaut yang mungkin berhijrah dari satu pulau ke pulau lain sekitar Laut Sulu dan Celebes. Mungkin juga ada di sekitar tempat-tempat lain. Dalam erti kata lain, mereka seumpama pendatang yang berhijrah dari satu tempat ke satu tempat yang lain, mereka tiada kenegaraan, tiada kad pengenalan dan passpot.
Pendatang???Ok, itu istilah konsep bernegara zaman moden sekarang. Tapi ingat, sejarah Asia Tenggara ini sangat panjang terutamanya sejarah Melayu itu sendiri..bak kata penulis Vampire of Grahi, vampire Amerika seperti dalam filem Twilight sangat pendek dibandingkan dengan vampire Melayu..malah ada pengkaji dari Brazil mengatakan Atlantis itu adalah di Asia Tenggara suatu ketika dahulu..sebuah dataran luas yang kemudiannya ditenggelami air...hmmm..kena cari dan baca buku or artikel dia nanti, baru boleh kupas lanjut..
Apapun kesempatan untuk ke Mabul masih ada. 28 Feb-4 Mac 2014..aku berharap sempat mendapatkan sedikit maklumat mengenai Pelaut ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)