Monday, 29 April 2019

Terbeli Air Fryer

Niat tu lama dah nak beli, tapi tak terbeli-beli lagi air fryer. Nak kurangkan penggunaan minyak, jaga pemakanan nak turunkan berat badan untuk prepare event larian. Tak perlu nak berkung fu sangat kat dapur unless kalau kebulur sambal berminyak & tumis maggi πŸ˜‚ on cheat day.

So, sejak seminggu dua ni rajin pulak survey air fryer. Antara air fryer yang dilihat adalah Philips, Tefal, Khind, Haier, Perry Smith dan Morgan.

Lepas kecilkan sikit skala mengikut kemampuan membeli, ciri ciri keselamatan air fryer, jenis basket yang ditawarkan dan seller yang reliable, pilihan yang ada adalah Morgan Air Fryer 3.2L model MAF-932D dan Tefal Air Fryer Fry Delight model FX1000.

Bagaimanapun ada perbezaan antara dua brand ni:


Morgan MAF-932D (Shopee by panaletrik)
1. Kapasiti 3.2L & Berat 6.1kg
2. Digital LED Dispaly
3. Timer 60 minit
4. Basket non-stick coating
5. Waranti 1 tahun oleh Morgan Malaysia
6. Free 1 unit cake barrel
7. Tebus baucer penghantaran RM5.00
8. Harga masa survey RM269.00





Tefal FX1000 (Lazada by Laz Mall) :
1. Kapasiti 800gm & Berat 5.8kg
2. Analog
3. Timer 30 minit
4. Grill basket - x sure apa org panggil, tapi bentuk dia mcm jaring tu
5. Waranti 2 Tahun (Local Supplier Warranty)
6. Free shipping
7. Harga masa survey RM419.00

So, dalam masa 3 hari cuba untuk cari ulasan ulasan berkaitan dua brand & model ni. Tak dinafikan Tefal mendapat ulasan yang terbaik oleh pengguna di Malaysia dan luar negara terutamanya Australia jika dibandingkan dengan Morgan. Ciri analog timer juga diberi ulasan yang bagus oleh pengguna di Malaysia yang dikatakan tahan lama jika dibanding dengan digital timer.

Tapi setelah ditimbang timbang, sebab ni pertama kali nak beli air fryer, aku pilih Morgan yang murah sedikit. Tiga perkara yang aku timbangkan:

1. Nak jimat sikit duit untuk raya nantiπŸ˜‚
2. Bentuk basket Morgan yang non-stick coating tu dilihat mudah dicuci berbanding mesh basket Tefal (orang bujang macam tu la.. πŸ˜†)
3. Pertama kali nak beli, dan nak tengok berapa lama boleh tahan. Penggunaan aku tak la berat sangat. Biasanya untuk malam dan hujung minggu sahaja, jadi benda murah sikit ada, buat apa beli yang mahal.

Dah sampai nanti, boleh la aku buat unboxing review & tengok hasilnya untuk penggunaan kali pertama.




No comments:

Post a Comment