Monday, 29 April 2019

Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah (LHKSNS) 2017

Review 4 Event 2017: Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah (LHKSNS) 2017.

Ini antara event yang paling meriah.. Dapat bayangan dah dari otai2 yg pernah join, event ni santai2, makan2 & enjoy. Elok jugak event2 santai ni. Boleh kutip mileage. Peserta memang ramai smpai ada yg parking tepi jalan. 

Kemeriahan LHKSNS ni terletak kepada aktiviti2 kebudayaan, tarian & permainan tradisional serta live band yang dipersembahkan dihampir setiap 3 ke 4km. Keindahan sawah padi berlatar belakangkan bukit2 memang cantik. Tarikan seterusnya air kelapa.. ramai yang kejor air kelapa di Dataran Pesisiran Sayong... memang menjadi tumpuan. Agak tidak teratur agihannya. Dengan peserta yang ramai, terpaksa cari sendiri kelapa dicelah2 buah yg telah dikupas. Tapi penambahbaikan agihan air kelapa sangat baik pada LHKSNS2018 & sangat teratur. 



Event ni mmg sangat enjoy dgn rakan2 #sisrunners #sisrunners9701 yang turut sama2 join.
#venom #runningkakiipoh #rki #throwback #personal #running #road #trail#keeprunning #sapsapsap



No comments:

Post a Comment