Friday, 14 February 2020

Selamat Datang 2020

Bulan ke-2 hari ke-45 tahun 2020, syukur Alhamdulillah masih diberi nafas oleh Allah untuk teruskan hidup. Belum terlewat untuk ucapkan Selamat Tahun Baru 2020.

Pantas masa berlalu.. dahulu masa sekolah rendah, di saat PM ke-4 melancarkan wawasan 2020, sudah berkira-kira berapa umur aku umur pada tahun 2020.. lagi advanced, memang sudah terbayang kereta terbang dan segala bentuk kemajuan fizikal. Apa yang aku bayangkan lagi ekstrem.. rumah aku di bangunan yang mempunyai beratus tingkat... parking kereta terbang dalam garaj ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜† memang ekstrem jugak pemikiran zaman budak2..

Dah tua-tua ni, malas dah nak fikir kereta terbang... habis tu apa nak fikir?? jodoh?? hmmm.. ada jodoh ada la.. ๐Ÿ˜… usaha juga.. mana ada goyang kaki...buat masa sekarang memang cuba mengenali seseorang yang jauh di mata dekat di hati.. ewahhh.. jangan bertepuk sebelah tangan sudah.. ๐Ÿคฃ๐Ÿ˜†๐Ÿคฃ๐Ÿ˜†selebihnya biar Allah tentukan... apapun kesilapan lepas mengajar untuk lebih matang & menerima.. kesedihan masa lalu biarlah terpendam di sudut memori paling jauh..


kalau bab berlari, aktiviti lasak ni, buat masa sekarang, inilah yang paling melekat di pemikiran..yuran ultra road & trail makin mahal, jadi pandai pandai la susun yang mana perlu masuk yang mana tak perlu join. buat masa sekarang ultra road masih affordable.. tapi ultra trail, boleh gigit jari tengok hargannya.. mungkin kalau nak join pun untuk jarak short distance.. tapi itu hak organizer.. mana ada orang meniaga nak rugi.. busuk2 balik modal..

rasa macam nak gantikan ultra trail yang tak dapat join tu dengan aktif hiking & camping sebab aktiviti di hutan masih menjadi pilihan..berbanding berlari di hutan batu.. kalau nak berlari di road pun pilih acara yang diadakan di kawasan seperti Bukit Fraser, area Route 68 dan area Sg Tekali-Genting Perez.

Diving??? macam dah kurang mood sebenarnya walaupun ada pelawaan dari member untuk ke Lombok bulan 9 nanti.. kos affordable, tapi risau dengan kekangan masa dan kerja.. LOB Lombok kurang2 5 hari 4 malam.. nanti time tu la nak ada meeting itu.. meeting ini...calendar meeting memang ada, tapi ada juga yang tersasar macam tahun lepas,.. tengok la nanti macam mana.. hujung bulan 3 or 2 ni kot last bayar deposit..

Apapun kita tetap mendoakan yang terbaik untuk diri kita dan disusuli usaha yang terbaik.. azam?? tak pernah ada azam since memahami apa itu tahun baru๐Ÿ˜‰












No comments:

Post a Comment