Sekilas pandang larian 2019. Untuk tahun tersebut, aku lebih memilih untuk sertai acara.
1) Lumut Eco run 2019 (21km)
Personal best aku dengan masa 2j20minit. Tak ada target pun sebenarnya nak buat PB sebab aku anggap ini hanya warmup untuk next event. Cuma nampak berhasil la latihan selama ni sebab sebelum ni timing 21km 2j45minit
2. Borneo Ultra Trail Marathon (BUTM) 2019 (32km)
First time join event di Sabah, atau tepatnya di kawasan Kiulu. Tengok elevation 32km setara dengan 50km Janda Baik Ultra (JBU) 2018, terus tak jadi ambil 50km yang setara pulak dengan 100km JBU 2018. Join 32km je. Kawasan denai mostly memang open ditambah dengan cuaca kemarau, memang kena hydrate betul2.. memang standby banyak air & garam...biar beg berat dengan air, asal tak kena heat stroke dan kena sentiasa pantau heart rate. Event ni water station adalah air yang dijual oleh orang kampung. Menarik kan? Membantu juga pendapatan mereka. View memang cantik. Boleh nampak gunung kinabalu dari jauh. Air sungai kiulu walaupun sebahagian kawasannya kering akibat kemarau, tetap mengalir sejuk. Ada rezeki, memang nak repeat lagi event ni.
3. Titi Ultra 2019 (50km)
Ultra Marathon Road yang ketiga dan yang kedua as finisher. Flagoff jam 1.00 pagi di Sekolah Kebangsaan Sungai Tekali, Hulu Langat menghala ke Genting Peras (or popular dengan Perez) berhampiran sempadan Negeri Sembilan dan kemudian uturn semula ke SK Sg Tekali. Cuaca dingin di area Genting Peras. Menyesal tak pakai lengan panjang & tak bawa emergency blanket. Agak tak tahan, tapi kena terus berlari agar badan dan kaki panas.
4. Gopeng Ultra (GUT) 2019 (100km)
Cubaan pertama 100km ni sebenarnya gagal di km47 akibat termasuk salah route dan juga akibat timing yang ngam2 membuatkan tak sempat nak patah balik. Kesilapan sendiri selepas CP Drop Beg di Kuala Razila termasuk ke simpang yang lain. Bila dah sampai di satu CP, krew bertugas bagitau ni route menghala ke finishing line.. dalam hati aku "what the heck!!??" 😅 terima je la.. sebab kalau patah balik memang tak sempat dan buat penat je, so rileks kat cp tu tunggu 4wd kutip.
5. Santai Venom Gunung Berembun & Cameron Night Run (CAMRUN) 2019 (5KM)
Event kali ni event santai2 dengan geng Venom naik Gunung Berembun & masuk event Cameron Night Run 2019 (5km). Menarik jugak Gunung Berembun ni, ada part yang ala2 mossy forest. Turun dari Berembun, layan BBQ. Sebelah malam pulak lari 5km. Plan asal nak berjalan, tapi tu la.. kaki ni gatai nak berlari jugak 🤣
6. Fraser Ultra 2019 (50KM)
Ini memang event favourite aku. Ada masa memang nak join tiap2 tahun. Sebabnya aku suka suasana di Bukit Fraser ni. Tenang dan mendamaikan berbanding Cameron & Genting.
Kategori 42km dah tak ada. Digantikan dengan kategori 50km. So, aku pilih 50km. Belum ready untuk 70km apatahlagi 100km.
Cuba target masa terbaik dengan ambil advantage downhill, tapi kaki terpelecok terlanding atas jalan tak rata. Nasib tak serius sampai patah or retak, cuma bengkak. Tapi terpaksa DNS last edition of The Magnificent Merapoh Trail (TMMT) 2019 sebab tak sempat sembuh. Jual pada member.
7. Kuala Lumpur Standard Chartered Malaysia (KLSCM) 2019 (42KM)
Memang meriah, sebab ramai runners, tapi event macam ni kurang menjadi pilihan untuk aku. Cukup sekali. Kalau nak join lagi, may be 2 ke 4 tahun sekali atau kalau ada yang ajak.
8. Denai Ultra Sungkai (DUS) 2019 (50KM)
Kali kedua join & event wajib join ni sebab dekat. Flagoff di Felda Residence Hot Spring Sungkai. Route 2019 sedikit ditukar, menjadikan ia mencabar berbanding tahun 2018. Yang menarik, kali ni melalui perkampungan orang asli & kawasan air terjun Lata Enggang. Sayangnya DUS tiada untuk edisi 2020. Maybe 2021 nanti ada balik.
Event ni pun antara yang aku minat sebab suasana area Janda Baik yang tenang. Route yang mencabar especially 8km terakhir. So, dua kali dah join 50km (2018 & 2019), untuk 2020 try target 100km.
10. Larian Harian Keputeraan Sultan Nazrin Shah (LHKSNS) 2019 (15KM)
Event fun run wajib join. Di sini lahir dan membiaknya geng The Boss Afros. Harap tahun ni boleh register lagi.
11. Melaka Ultra (MATRA) 2019 (50KM)
Event ni aku suka sebab lalu kawasan kampung dan route dragon back yang memanjang. 2018 aku DNF km48. 2019 berjaya juga habiskan dibantu route yang kurang mencabar berbanding tahun 2018. So, 2020, takkan nak ditahap yang sama, kita cuba upgrade 100km.
12. Malaysia Mountain Trail Festival (MMTF) 2019 (25km)
Event ni memang mencabar. 1st edition 2018 join 36km DNF CP1 km12. Hujan sebelah malam, esoknya trek licin, barai tak boleh bincang. Dapat pace slow macam aku, memang naye ler dapat trek barai. Naik setapak, tergelincirnya bertapak2. Tengok timing, memang boleh agak, sampai CP1 around 10 minit lepas COT.
So, for the 2nd edition decided untuk join 25km je.. itu pun jenuh.. apapun untuk tahun 2020 aku lupakan hasrat nak join MMTF sebab harga yang mahal.
13. Perlis Ultra (PUTRA) 2019 (75KM)
PUTRA 2019 ni merupakan edisi pertama game ultra yang dianjurkan di Perlis. Alhamdulillah rezeki free slot dari Malaysian Ultra Runners Association (MURA). Penutup acara 2019 dan juga merupakan jarak larian paling jauh untuk aku.
Event ni memang mencabar. 1st edition 2018 join 36km DNF CP1 km12. Hujan sebelah malam, esoknya trek licin, barai tak boleh bincang. Dapat pace slow macam aku, memang naye ler dapat trek barai. Naik setapak, tergelincirnya bertapak2. Tengok timing, memang boleh agak, sampai CP1 around 10 minit lepas COT.
So, for the 2nd edition decided untuk join 25km je.. itu pun jenuh.. apapun untuk tahun 2020 aku lupakan hasrat nak join MMTF sebab harga yang mahal.
13. Perlis Ultra (PUTRA) 2019 (75KM)
PUTRA 2019 ni merupakan edisi pertama game ultra yang dianjurkan di Perlis. Alhamdulillah rezeki free slot dari Malaysian Ultra Runners Association (MURA). Penutup acara 2019 dan juga merupakan jarak larian paling jauh untuk aku.
No comments:
Post a Comment