Wednesday, 29 January 2014

Kemarahan, Kesabaran & Kemaafan : Lebih baik tersalah ampun daripada tersilap hukum

Tajuk entri itu sendiri dah jelas. Diambil dari kata-kata di dalam novel terbaru Ramlee Awang Murshid (RAM) "Sunan : Naggroe Sang Kembara". Seperti biasa, sebagai peminat setia RAM, disamping John Grisham, tiada satu pun lagi novelnya yang ketinggalan. Edisi wajib beli untuk kesemua novel RAM. Hehehe..


Cumanya kali ini, kata-kata sisipannya "Lebih Baik Tersalah Ampun, Dari Tersilap Hukum" sangat terkesan di jiwa. Memang sesuai dengan watak Sunan yang pemaaf itu sendiri jika dilihat dari siri-siri novel berkaitan Sunan sebelum ini. 

"Lebih Baik Tersalah Ampun, Dari Tersilap Hukum", ternyata jelas ia membawa maksud kepada sifat pemaaf. Satu sifat terpuji yang ada pada junjungan besar Rasulullah SAW. Masih ramai lagikah antara kita yang mempunyai sifat pemaaf ini?Mudahkah lagi untuk mengucapkan "Saya minta maaf", "I am sorry". Di zaman di mana keegoan lebih tinggi dari kerendahan hati. Dengan hanya tiga suku kata, kita mungkin dapat menyejukkan hati seseorang dan melapangkan dada kita.

Teringat kisah seorang nenek atau seorang budak di Indonesia yang menjadi pencuri. Walaupun kisah ini kemudiannya didapati palsu kerana ia hanya berlegar di alam maya. Mungkin ia ceritera kisah rakyat. Mungkin juga ia berlaku, namun akibat tidak direkodkan, ia hanya disampaikan dari mulut ke mulut. Akibatnya, sejarah menjadi legenda, legenda menjadi mitos.

Aku pun tak ingat sangat dah. Tapi kisahnya memang memberi pengajaran. Di mana seorang hakim menghukum orang-orang di dalam mahkamah dengan menyuruh orang awam turut membayar denda dan menderma kepada pencuri tersebut untuk mengelakakan pencuri tersebut dipenjarakan. Justifikasinya,  kerana orang awam yang tinggal di kota yang sama membiarkan pencuri tersebut menjadi fakir hingga memaksanya mencuri untuk memberi sesuap nasi kepada keluarganya,

Tidak pasti jika di dunia realiti kita ini, hakim boleh membuat keputusan sebegitu atau tidak. Atau ia sekadar kisah untuk menjustifikasikan mencuri itu dibolehkan. Namun yang boleh diambil adalah, sekurang-kurangnya hakim tersebut mempunyai sifat pemaaf. Adakah mungkin hakim tersebut bakal tersalah hukum jika terus membuat keputusan menghukum pencuri tersebut tanpa mengambil kira pelbagai faktor lain?atau adakah hakim akan dilihat tidak adil kepada mangsa pencuri?wallahua'lam. Sebagai hakim, sudah pasti mereka lebih arif & bijak.

Jika hendak dilihat sifat pemaaf Rasulullah SAW terlalu agung sifatnya. Dalam keadaan di mana baginda dihina, dipukul, diletakkan racun di dalam makanan, baginda masih memaafkan perilaku musuh-musuhnya. Bagaimana agaknya kalau kita?Sukar diungkap dengan kata-kata. Biarlah sejauh mana kesabaran kita mengawalnya. Apabila seseorang sengaja membuat silap kepada kita dengan tujuan untuk menyakitkan hati, terkadang teruji kesabaran kita. Terasa hendak membalas semula sebagai balasan dan pengajaran kerana kita juga mampu berbuat demikian.

Namun, siapalah kita pada pandangan Allah jika hati kita penuh dengan sifat mazmumah seperti marah dan  dendam?Sedangkan Allah menyintai hambanya yang membuat kebaikan. Di saat kita sebenarnya mampu membalas, tetapi kita boleh memilih untuk memaafkan kerana itulah sifat paling mulia dan sesungguhnya orang yang kuat ialah orang mampu menahan rasa marahnya.

Memaafkan dan bersabar mampu membuatkan hati kita tenang.

Semoga iman dan takwa sentiasa memandu ke arah kebaikan dan kemuliaan di sisi Allah.


 






Sunday, 26 January 2014

Perubahan, Tekad & Istiqamah

Setiap orang pasti akan merubah ingin menjadi baik dan lebih baik. Namun bagaimana dengan tekad kita?keazaman kita?tahap istiqamah kita?Sudah tentu kita akan berasa was-was, dan takut. Takut untuk berubah bukan isunya. Tapi takut tidak dapat mengekalkannya (istiqamah) yang paling banyak difikirkan.

Dalam kehidupan seharian kita baik hubungan sesama keluarga, rakan, masyarakat dan pasangan, merekalah yang banyak mempengaruhi sebahagian besar hidup kita. Kadang kita terfikir, mengapa perlu ada orang mencampuri urusan kita?mengapa perlu orang luar mempengaruhi kita?sedangkan kita punya diri, kita sendirilah yang sepatutnya menjaganya. Diri kita sendirilah yang sepatutnya menentukan sama ada kita mampu untuk berubah ke arah yang baik dari hari ke hari.  Tapi kita jangan lupa, rakan dan pasangan yang bermanfaatlah yang akan sentiasa menegur dan menasihati kita supaya kita tidak leka dan hanyut.

Proses perubahan seseorang mungkin boleh memakan masa berhari-hari, berminggu-minggu malah mungkin bertahun-tahun. Di dalam proses ini, kita sebenarnya masih tercari-cari apakah bentuk perubahan yang dinginkan. Sama ada berubah ke arah lebih buruk atau atau lebih baik. Kita semua mungkin sudah lupa perjanjian kita ketika di alam roh (luh mahfuz) sebelum kita ditiupkan roh untuk lahir ke dunia. Di sana, kita berjanji:

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku Tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan Kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".
Surah al-A'raaf, ayat 172


Kita sebenarnya sudah memilih kebaikan sebelum kita lahir lagi. Apabila lahir ke dunia kita sebenarnya sudah tiada pilihan selain memegang kepada janji kita dengan Maha Pencipta. Namun mengapa apabila di dunia ini, kita dihidangkan dengan pelbagai pilihan. Kita perlu tahu, asbab kita di lahirkan. Cuba kita fahami kata-kata ini:

"We are not human beings on a spiritual journey. We are spiritual beings on a human journey"
(Stephen R. Covey)

Ini bermaksud, jika kita melakukan perubahan pada diri kita, kita perlu mulakan dari dalam diri kita. Apa yang ada di dalam diri kita?Itulah roh kita atau apa yang kita panggil sebagai hati/jiwa. Hati atau jiwa yang bersih akan memandu kita ke arah kebaikan, insyaAllah. Di sinilah cabarannya sama ada kita mampu mengekalkannya dalam dunia yang penuh pancaroba ini. 

Selagimana kita kekal bermotivasi dan sentiasa mencari kebaikan, insyaAllah, kebaikan dan kebenaran pasti akan kita  genggam. Jangan sesekali kita berputus asa. Sebenarnya, kembara mencari kebaikan dan kebenaran tidak akan pernah berakhir kerana jiwa kita ini akan sentiasa mencari jalan pulang ke Penciptanya. Sentiasalah biasakan diri menyebut "Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Allah, dan berharaplah kepada Allah", dan harus diiringi dengan usaha. Andai kita terasa lemah, luahkan pada Allah. Bersembanglah dengan dengan rakan-rakan yang mampu mendorong kita ke arah kebaikan. 

Andai ada yang memandang serong akan perubahan diri kita, percayalah, itulah ujian daripada Allah untuk kita dalam mengangkat darjat kita. Jika kita tewas, itu bermakna, jiwa kita yang lama masih tidak dapat dibuangkan. Basahilah lidah dengan istighfar, semoga dengan istighfar dosa-dosa kecil kita diampuni Allah. Mohonlah keampunan dengan Allah. Semoga jiwa kita ini sentiasa bersih dan mendapat hidayah Allah.  

Seorang bijak pandai ada berkata, "Teruskan perjalanan dan pencarian anda, anda akan bertemu juga dengan kebenaran suatu hari nanti. Tekadkan dalam hati, nescaya akan ketemu jua"

Semoga kita tidak berasa takut dan was-was untuk berubah, kerana  berubah ke arah kebaikan itulah fitrah jiwa kita. Teruslah beristiqamah dengan usaha-usaha kebaikan yang kita lakukan kerana Allah, dan sesama manusia.


"I didn't come here to make the choice, I've already made it. I am here to try to understand why I made it"

Syukur kepadaMu Ya Allah, kerana memberi peluang & hidayah kepada hambamu ini...
Engkaulah yang Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang...



Tuesday, 21 January 2014

Liputan Majalah Dewan Masyarakat (Edisi Januari 2014) : Payar Coral Rescue 2013

Alhamdulillah, pihak Dewan Masyarakat telah pun menerbitkan artikel mengenai program Payar Coral Rescue 2013 yang telah diadakan pada 29-31 Ogos 2013 yang lalu di Pulau Payar. Terima kasih daun keladi buat Editor Majalah Dewan Masyarakat yang membuat liputan, iaitu Cik Aninah Janang & jurugambar bertugas.

Sekali lagi, terima kasih tidak terhingga pada penggerak Kamikazie Diver, Azwan & Hapes kerana memberi peluang menyertai program Payar Coral Rescue. Entri berkaitan program di sini ---> http://iammosas.blogspot.com/2013/09/payar-coral-rescue-2013-merdeka-dive.html

Kepada Jamil Tajam dan team ORCA UiTM Perlis, teruskan usaha penyelidikan menyelamatkan khazanah marin yang tidak ternilai harganya. Semoga kita semua menjadi penyelam yang beretika dalam memastikan kelangsungan biodiversiti marin terus terjaga dan dipulihara. Insyaallah, kami penyelam-penyelam UiTM Perlis akan sentiasa memberikan sokongan kepada program-program seperti ini.

Sebahagian dari artikel yang dikeluarkan oleh Majalah Dewan Masyarakat Edisi Januari 2014. Artikel penuh, kena beli la..hehehe..




We do not inherit the earth from our ancestor; We borrow it from our children

Wednesday, 15 January 2014

Lenggang Lenggang Kangkung

memang telah diduga, isu kangkung paling popular minggu lepas..masuk minggu kedua Januari 2014, kangkung bertambah popular...

ada yang mengatakan isu kangkung ini isu kecil, mengapa perlu diperbesarkan..mengapa hanya melihat kangkung?sedangkan banyak lagi isu-isu lebih penting selain kangkung??banyak pembangunan lagi kerajaan telah lakukan...tapi mengapa kangkung?

untuk tidak membebel  lebih panjang, isu kangkung ini pada pendapat aku adalah seperti berikut:


penambahan/penjelasan terhadap isu kangkung di FB aku:

1) Kita perlu ingat, mereka yang mengumumkan turunnya harga kangkung ini adalah mereka yang sedang memegang kuasa. Walaupun pengumuman dibuat secara menyelit melalui ucapan, rakyat tetap menilai. Sudah pasti ia akan menjadi viral atau parody buat rakyat marhaen yang semakin tertekan dengan peningkatan kos sara hidup yang tidak setara dengan pendapatan terutamanya bagi mereka yang tinggal Pulau Pinang, Lembah Klang & JB sudah pasti akan meningkatkan kemarahan dan rungutan.

2) Mengapa perlu disebut perkataan "tak puji" dan "dipersalahkan"??belum pernah lagi seingatan aku, masa zaman Tun M ucapan sebegitu dikeluarkan. Kalau ada, mohon tolong tunjukkan pada aku. Siapa yang merangka ucapan sebegitu?Sama ada mereka yang sedang memegang kuasa pentadbiran benar-benar bijak atau terlebih bijak, aku yakin itu semua berpunca dari orang-orang sekeliling mereka yang memandai-mandai bijaknya.

3) Kangkung turun??bagusla kalau betul sebab kangkung adalah antara sayur kegemaran aku selain ulam dan petai. Namun, kangkung bukan makanan ruji rakyat marhaen zaman yang kononnya menuju negara maju berpendapatan tinggi. Ini pun aku musykil, sama ada negara berpendapatan tinggi atau rakyat berpendapatan tinggi???? Kalau nak menjadikan kangkung sebagai makanan ruji ,aku rasa kita balik pada zaman Jepun dahulu yang mana boleh didapati di mana-mana di tepi parit, dipetik dan direbus, makan bersama ubi rebus. Itu makanan nenek aku di zaman muda dia ketika Jepun memerintah Malaya.

4) Seperti persoalan yang dilontarkan oleh Dr. Maza di bawah:


Memang ada benarnya. Jika ia adalah usaha kerajaan dalam menurunkan harga kangkung, mengapa tidak diimplentasikan terhadap produk-produk penting lain??memang tidak boleh jika hendak melaksanakan kaedah yang serupa. Namun sekurang-kurangnya jadikanlah ia sebagai panduan. Jika langkah-langkah penjimatan seperti yang diumumkan oleh PM sebelum ini menjadi punca penurunan harga kangkung, mengapa tidak amalkan kaedah penjimatan yang lain??

5) Jika isu cuaca, orang tengah, dan lain lain punca yang menyebabkan harga kangkung turun, itu orang boleh faham. Tidak perlulah mencanangkan kepada dunia, jika jadi begini kenapa cakap begini begini, jika jadi begitu, perlu cakap begitu begitu. Rakyat memilih, rakyat menilai.

Bukan salah rakyat marhaen apabila kangkung diparodikan. Malah isu kangkung seperti yang digembar gemburkan sesetengah page FB & blogger menunjukkan seolah-olah sesiapa yang memparodikan isu kangkung mempunyai pemikiran yang sempit, suka memperbesarkan isu isu kecil, dan juga suka mencari kesalahan orang. Cepat benar menuding jari dan memberikan persepsi. Kita perlu ingat, baik pengundi di parti A & B, mereka tetap rakyat yang tidak mudah dikangkungkan. Majoriti dari mereka masih lagi boleh memikir secara waras.

Isu kenakan harga barang masih lagi terkesan. Ditambah pula dengan kenaikan perkhidmatan-perkhidmatan lain. Jadi isu kangkung bukannya isu sekecil-kecil zarah. Isu kangkung memberi pengertian besar buat rakyat marhaen dan mengharapkan pemimpin lebih bijak menanganinya, dan bukannya hanya mengangguk sambil melenggang-lenggang kangkung mendengar nasihat orang-orang yang memandai-mandai bijaknya.











Tuesday, 14 January 2014

Pejabat Pos Kamunting Perlukan Perubahan

Sesak, berserabut & LAMBATTTT!!!

itulah yang boleh dilihat dan dirasai sepanjang 3 kali aku berurusan pada tahun 2013 sehingga 13 Januari 2014 di Pejabat Pos Kamunting di kampung halaman aku.,,

sebenarnya sudah banyak kali aku berurusan di Pejabat Pos Kamunting tahun-tahun sebelumnya, cuma mungkin kali ini terasa untuk meluahkannya..sejak ada blog la katakan..hehehe..

urusan aku hanyalah untuk membayarkan bil rumah di kampungku setiap kali aku balik kampung dan memperbaharui lesen (itu pun sebab terlupa nak memperbaharui lesen yang dah seminggu tamat tempoh)

sebenarnya aku lebih suka untuk guna perbankan internet..cuma sekali sekala aku rasa perlu juga untuk menggunakan cara lama membayar bil di kampung...melihat gelagat & karenah orang ramai berurusan di Pejabat Pos Kamunting..sekurang-kurangnya boleh bersosial bersembang dengan dengan pakcik2 dan otai2 yang dilihat banyak menggunakan khidmat di Pejabat Pos Kamunting...

ditubuhkan sekitar Jun 1976, usianya kini hampir mencecah 40 tahun..untuk sebuah bangunan seperti di bawah, memang sudah agak lama.



lihat sahaja pelanggan-pelanggan yang menunggu di luar bangunan...dengan jumlah kerusi yang tidak mencukupi, penghawa dingin yang hiduo segan mati tak mahu, dan hanya ada 4 kaunter sahaja yang beroperasi (kadang-kadang 3 kaunter sahaja)...sudah pasti ia akan mengambil masa yang lama untuk menunggu giliran tiba


otai otai depan kaunter ni memang merungut sahaja menunggukan giliran tiba..sempat bersembang dengan mereka dan mengkritik keadaan dan suasana pejabat pos yang tidak pernah berubah..memang pelanggan tetap mereka ni...

aku memang faham sangat la...siapalah yang sanggup untuk menunggu begitu lama hampir sejam menunggu giliran, malah ada yang lebih sejam...

aku pun menunggu lebih dari sejam untuk tiba giliran..dah la sebelum tu ke Perodua SC teman sepupu aku sebab kereta dia rosak..sementara menunggu giliran di SC, so aku pun ke Pejabat Pos Kamunting untuk bayar bil astro, celcom bapa aku, dan bil lektrik di kampung.

no giliran aku 1230 jam 11:36 pagi..no giliran semasa adalah 1189!!!
patut ada yang uruskan dulu hal-hal lain selepas ambil nombor giliran dan kembali semula ke pejabat pos...


 12:50 t/hari baru selesai!!!

rasanya pihak pengurusan pos sudah pasti memikirkan sesuatu..aku harap sangatlah..untuk orang seperti aku, rasanya aku takkan pergi dah berurusan di Pejabat Pos Kamunting lagi selepas ini jika tiada hal yang betul-betul penting atau jika tiada penambahbaikan yang penting..

Perlu diingat, peranan dan fungsi pejabat pos sekarang semakin bertambah..bayar bil di pejabat pos..memperbaharui lesen..surat2/bungkusan berdaftar..pelaburan ASNB..

Populasi di Kamunting juga semakin meningkat..dengan pembukaan banyak kolej2 kemahiran & teknologi tinggi..limpahan orang ramai di Taiping, sudah pasti tidak mampu ditampung oleh Pejabat Pos Taiping juga..akhirnya membawa sesetengah mereka ke Pejabat Pos Kamunting..

Dengan adanya pasaraya seperti Tesco, Giant, Econsave, Taiping Mall, itu sudah cukup memberikan gambaran bahawa populasi di Taiping & Kamunting telah melebihi 150,000 orang..peluang-peluang pekerjaan semakin terbuka..dan ini membuatkan jumlah orang yang akan menggunakan khidmat Pejabat Pos Kamunting akan ramai...perkara-perkara sebegini sepatutnya telah dilihat oleh pihak pengurusan Pejabat Pos Kamunting dalam memperbaharui dan melancarkan perkhidmatan..

Antara yang boleh dilakukan:

1) Memperbanyakkan jumlah kaunter perkhidmatan. jika perlu bangunan tambahan bina je la...
2) Membuat dekorasi yang menarik dan mewujudkan suasana tenang di kawasan menunggu giliran untuk keelesaan pelanggan..kadang tidak perlu kos yang tinggi dalam mewujudkan dekorasi yang menarik...
3) Menyediakan pegawai khidmat pelanggan atau pengawal keselamatan untuk menjaga mesin nombor giliran dan membantu dalam urusan-urusan lain...mungkin boleh mewujudkan nombor giliran khas untuk warga emas...

kadang tidak perlu kos yang besar..kos yang besar seolah2 menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena..aku pun orang kerja kerajaan..tau la juga yang mana tiris, yang mana tak tiris..hehe..


apapun akak ni gak untung meniaga di hadapan pejabat pos dan sekolah all saint ..asal dapat rezeki halal, pulun aje kak..hehehe..

just my2cents..

prinsip aku dalam bekerja,selagi boleh memudahkan urusan pelanggan, aku akan bantu memudahkannya,..aku rasa amat puas hati sepanjang melakukannya..walaupun kadang-kadang aku sendiri yang stress.namun ia kes terpencil sahaja...

peace, no war..

salam maulidur rasul 1435
























Tuesday, 7 January 2014

Itu Bukan Bajau Laut, Itu Pelaut


Nampak gayanya, penangan trip Mabul 29 Nov-3 Dis 2013 masih terasa..memang the best trip ever untuk aku dan geng-geng lain..kepala masuk air semua..ngam habis!!hehehe..dari group wassup Trip Mabul bertukar ke From Mabul to Payar (18 Jan 2014) untuk meraikan geng2 diver dari central & southern region...kemudian, dari group tu berkembang kepada 2 lagi group dengan keahlian yang sama dan penambahan ahli baru..hahaha..masakkk!!!brp byk group dah ada dalam hp aku ni...hampir setiap jam pasti dok keting!keting!

Baru aku tahu, rupanya orang-orang yang tinggal di dalam sampan di mabul itu bukan Bajau Laut, tetapi Pelaut. Kawan kepada kawan aku orang sabah sendiri yang maklumkan. Mereka merupakan Pelaut yang mungkin berhijrah dari satu pulau ke pulau lain sekitar Laut Sulu dan Celebes. Mungkin juga ada di sekitar tempat-tempat lain. Dalam erti kata lain, mereka seumpama pendatang yang berhijrah dari satu tempat ke satu tempat yang lain, mereka tiada kenegaraan, tiada kad pengenalan dan passpot.

Pendatang???Ok, itu istilah konsep bernegara zaman moden sekarang. Tapi ingat, sejarah Asia Tenggara ini sangat panjang terutamanya sejarah Melayu itu sendiri..bak kata penulis Vampire of Grahi, vampire Amerika seperti dalam filem Twilight sangat pendek dibandingkan dengan vampire Melayu..malah ada pengkaji dari Brazil mengatakan Atlantis itu adalah di Asia Tenggara suatu ketika dahulu..sebuah dataran luas yang kemudiannya ditenggelami air...hmmm..kena cari dan baca buku or artikel dia nanti, baru boleh kupas lanjut..

Apapun kesempatan untuk ke Mabul masih ada. 28 Feb-4 Mac 2014..aku berharap sempat mendapatkan sedikit maklumat mengenai Pelaut ini.








Saturday, 14 December 2013

Pulau Mabul : Takdir itu pasti..tapi???!!!

Sekembali aku dari Mabul mengikut trip Momo dari 29 Nov-3 Dis 2013,  aku sedar, Mabul bukan sekadar tempat untuk menyelam..banyak yang aku belajar dan insafi dari kehidupan warga Mabul, walau cuma dua hari berkesempatan menjengah ke kampung-kampung di sana...

malam terakhir di Mabul selepas kena prank birthday boy,cadangnya hendak mandi di dive centre membersihkan diri akibat penangan telur & tepung & kemudian baring di "jambatan kasih sayang" Billabong Scuba Backpakers..sampai sahaja di jambatan menuju ke dive centre,Billabong Crew yang sedang melepak di situ menyapa aku, "bang,teh o ais limau".. teh o ais limau sememang minuman trademark mereka hampir setiap malam apabila berehat di jambatan tersebut..apabila dijemput,terus je join diaorang..terbantut sebentar hasrat nak mandi..

memang sedap teh o ais limau yang diaorang buat..mungkin sebab menggunakan teh sabah..apatahlagi menikmatinya di bawah jutaan bintang yang bersinar & bergemerlapan..senyap sepi sebentar suasana di jambatan..mereka ni memang peramah & baik,tetapi mungkin segan nak mulakan bicara dengan aku..lantas aku mulakan bicara tentang keindahan Mabul terutamanya di waktu matahari terbenam & pada waktu malam..berkongsi sedikit pengalaman menyelam di Mabul-Kapalai-Sipadan...riak gembira terpancar di muka mereka mendengarkan cerita aku..

alang-alang berbicara tentang Mabul, sememangnya aku ingin sekali berbicara tentang warganya..teragak-agak pada mulanya kerana aku bimbang mereka berkecil hati..namun aku picu juga isu warga Mabul..bermula dengan makanan yang tidak pedas sehinggalah kepada keadaan kehidupan bajau laut,bajau darat & suluk..lega rasanya apabila mereka tetap sudi berkongsi maklumat-maklumat berkenaan kehidupan warga Mabul...dari loghat bahasa Bajau,Sulu yang berlainan..kisah tiada IC,tapi ada passport..ada yang langsung tiada apa-apa dokumen pengenalan diri...hinggalah kepada kehidupan peribadi masing-masing...

begitu mesra mereka bercerita meluahkan apa yang mungkin terbuku di hati mereka..bercerita seolah-olah tiada siapa pernah ambil pedulii tentang mereka sebelum ini...namun di sebalik kemesraan & keceriaan mereka bercerita, ternyata timbul sedikit kecewa apabila isu IC ditimbulkan..terima kasih Momo yang kebetulan turut datang lepak sedikit lewat kerana timbulkan isu IC..itulah antara kisah yang aku benar-benar nak tahu,cuma tak terpacul lagi dari mulut aku..

ada di antara mereka yang hanya belajar hingga darjah 1-3 shj..ada yang beria-ia mahu menyambung pengajian hingga ke peringkat tinggi..namun sebab tiada IC & kemampuan kewangan menyebabkan hasrat mereka terbantut...senyap sebentar mendengarkan apa aku boleh anggap luahan hati mereka...pada mereka, "apa boleh buat,IC tiada,asal boleh membaca & mengira lebih kurang," itu sudah ok untuk bekerja di Mabul..

sukar menerima kenyataan apabila ada antara mereka yang tiada kad pengenalan, sedangkan pulau tersebut sudah sah menjadi milik negara...yang ada hanya passport yang ditulis warganegara Malaysia, tetapi masih tidak mempunyai IC...apakah??bagaimanakah??mengapakah???

mungkin ibu bapa mereka ada yang tidak diketahui taraf kerakyatannya,namun,anak-anak muda yang lahir di Mabul??memang diakui ketat peraturan (kalau ikut buku la) untuk dapatkan ic..namun apabila ditanya tahukah mereka di mana hendak memohon ic,mereka tidak tahu...malah nama jabatan pendaftaran negara juga mereka tidak  pernah dengar atau tahu...ternyata mereka tidak didedahkan dengan perkara-perkara macam ni..

lantas aku menceritakan sedikit maklumat yang aku tahu mengenai Jab Pendaftaran Negara sebagai tempat untuk memohon mendapatkan ic.sebenarnya aku lagi terkejut mereka tiada surat beranak..mungkin itu sebab mereka tidak dapat IC..mungkin ibu bapa mereka tidak mendaftarkan nama mereka semasa lahir..tapi bagaimana mahu mendaftar jika mereka tidak tahu ataupun diberi pendedahan & taklimat???inilah persoalannya...mereka menerima takdir seadanya,tapi....apa tindakan pihak berwajib???

menurut mereka,ada yang memang nekad dan tegar mengekalkan cara hidup mereka, itu pilihan mereka sendiri...mungkin mereka lebih selesa dengan cara hidup mereka...itu sudah jauh lebih baik dari mereka memilih cara hidup yang mereka sendiri tidak mampu hadapi..kebanyakannya memang terdiri daripada Bajau Laut yang lebih selesa tinggal di dalam sampan dari di darat...tidak bersekolah, & hanya memerah keringat  mencari rezeki di lautan indah ini..

ada juga yang gigih berusaha mengubah nasib diri...namun sayang, sebahagian dari merekalah yang hanya mempunyai passport  yang tertulis warganegara Malaysia, tetapi tidak mempunyai IC. & surat beranak..mereka ini pasrah...tapi tidak berputus asa..selagimana mereka mampu mengubah cara hidup mereka ke arah yang lebih baik,mereka tetap berusaha...



itulah satu dari 1001 kisah yang dapat dikongsi...kisah yang pasti mempunyai skrip yang sama di mana-mana sahaja..di sebalik keceriaan mereka,memang wujud rasa sayu & kepasrahan kepada takdir...mereka terima dengan redha, namun yang pasti,mereka tidak berputus asa..kerana mereka tetap punya 1001 impian,sama sahaja seperti kita..