memang telah diduga, isu kangkung paling popular minggu lepas..masuk minggu kedua Januari 2014, kangkung bertambah popular...
ada yang mengatakan isu kangkung ini isu kecil, mengapa perlu diperbesarkan..mengapa hanya melihat kangkung?sedangkan banyak lagi isu-isu lebih penting selain kangkung??banyak pembangunan lagi kerajaan telah lakukan...tapi mengapa kangkung?
untuk tidak membebel lebih panjang, isu kangkung ini pada pendapat aku adalah seperti berikut:
penambahan/penjelasan terhadap isu kangkung di FB aku:
1) Kita perlu ingat, mereka yang mengumumkan turunnya harga kangkung ini adalah mereka yang sedang memegang kuasa. Walaupun pengumuman dibuat secara menyelit melalui ucapan, rakyat tetap menilai. Sudah pasti ia akan menjadi viral atau parody buat rakyat marhaen yang semakin tertekan dengan peningkatan kos sara hidup yang tidak setara dengan pendapatan terutamanya bagi mereka yang tinggal Pulau Pinang, Lembah Klang & JB sudah pasti akan meningkatkan kemarahan dan rungutan.
2) Mengapa perlu disebut perkataan "tak puji" dan "dipersalahkan"??belum pernah lagi seingatan aku, masa zaman Tun M ucapan sebegitu dikeluarkan. Kalau ada, mohon tolong tunjukkan pada aku. Siapa yang merangka ucapan sebegitu?Sama ada mereka yang sedang memegang kuasa pentadbiran benar-benar bijak atau terlebih bijak, aku yakin itu semua berpunca dari orang-orang sekeliling mereka yang memandai-mandai bijaknya.
3) Kangkung turun??bagusla kalau betul sebab kangkung adalah antara sayur kegemaran aku selain ulam dan petai. Namun, kangkung bukan makanan ruji rakyat marhaen zaman yang kononnya menuju negara maju berpendapatan tinggi. Ini pun aku musykil, sama ada negara berpendapatan tinggi atau rakyat berpendapatan tinggi???? Kalau nak menjadikan kangkung sebagai makanan ruji ,aku rasa kita balik pada zaman Jepun dahulu yang mana boleh didapati di mana-mana di tepi parit, dipetik dan direbus, makan bersama ubi rebus. Itu makanan nenek aku di zaman muda dia ketika Jepun memerintah Malaya.
4) Seperti persoalan yang dilontarkan oleh Dr. Maza di bawah:
Memang ada benarnya. Jika ia adalah usaha kerajaan dalam menurunkan harga kangkung, mengapa tidak diimplentasikan terhadap produk-produk penting lain??memang tidak boleh jika hendak melaksanakan kaedah yang serupa. Namun sekurang-kurangnya jadikanlah ia sebagai panduan. Jika langkah-langkah penjimatan seperti yang diumumkan oleh PM sebelum ini menjadi punca penurunan harga kangkung, mengapa tidak amalkan kaedah penjimatan yang lain??
5) Jika isu cuaca, orang tengah, dan lain lain punca yang menyebabkan harga kangkung turun, itu orang boleh faham. Tidak perlulah mencanangkan kepada dunia, jika jadi begini kenapa cakap begini begini, jika jadi begitu, perlu cakap begitu begitu. Rakyat memilih, rakyat menilai.
Bukan salah rakyat marhaen apabila kangkung diparodikan. Malah isu kangkung seperti yang digembar gemburkan sesetengah page FB & blogger menunjukkan seolah-olah sesiapa yang memparodikan isu kangkung mempunyai pemikiran yang sempit, suka memperbesarkan isu isu kecil, dan juga suka mencari kesalahan orang. Cepat benar menuding jari dan memberikan persepsi. Kita perlu ingat, baik pengundi di parti A & B, mereka tetap rakyat yang tidak mudah dikangkungkan. Majoriti dari mereka masih lagi boleh memikir secara waras.
Isu kenakan harga barang masih lagi terkesan. Ditambah pula dengan kenaikan perkhidmatan-perkhidmatan lain. Jadi isu kangkung bukannya isu sekecil-kecil zarah. Isu kangkung memberi pengertian besar buat rakyat marhaen dan mengharapkan pemimpin lebih bijak menanganinya, dan bukannya hanya mengangguk sambil melenggang-lenggang kangkung mendengar nasihat orang-orang yang memandai-mandai bijaknya.
No comments:
Post a Comment