Monday, 25 May 2015

Tamyong Po / Tanjung Pauh

Hari Ahad 24 Mei 2015, hari yang agak membosankan sebenarnya sebab tiada apa-apa aktiviti yang nak dilakukan. So, aku dan azwan & wife pun plan nak ke Tamyong Po, ataupun nama Melayu dia Tanjung Pauh. Perjalanan dari Arau ambil masa kira-kira 1 jam 30 minit. Senang cerita dari Border Wang Kelian-Wang Prachan (Thai) kira-kira 45 minit sahaja ikut jalan shortcut. Kalau tak tau, gunakan Cygic. Sangat mudah. 

Tanjung Pauh ni lokasi dia dalam Daerah Mueang Satun di Wilayah Satun kira-kira 10km dari pekan Satun yang mana penduduk majoriti dia orang Melayu Muslim. Masih ada antara mereka yang panggil Setul. Meuang tu kalau terjemah bahasa kita Mambang. Pasal apa ada nama Melayu pulak dan kemudian ditukar pada nama Thai. Pasalnya dulu-dulu punya cerita, Setul ni berada di dalam wilayah Kedah sebelum Perjanjian Bangkok 1909 antara Siam (kini Thailand) dengan penjajah British yang menyaksikan banyak wilayah-wilayah Selatan Thai jatuh ke tangan Thai. Sangat berat sebelah!!!dan merugikan orang-orang Melayu. "Nenek moyang kaya raya, tergadai seluruh harta benda".... Namun mungkin ada hikmahnya. Kenapa?kejap lagi aku cerita sikit2.


Apa yang menariknya???yang menariknya ialah makanan laut dia la. Macam kat Perlis ada Kuala Perlis, kat Kedah ada Tanjung Dawai, kat Satun ada Tanjung Pauh. Empunya gerai yang aku pergi ni nama dia Pak Tam. Tapi masa pergi tu Pak Tam nya tak ada. Yang ada mungkin Mak Tam, Dik Tam, Cik Tam dan Som Tam...hehehe.. Sebenarnya tempat ni belum popular sangat la di kalangan orang kita macam di Songkhla, Hatyai dan Krabi. Yang banyak datang pun mungkin geng abam2 motor, dan orang-orang yang tinggal di Perlis dan Kedah. Mungkin sebab baru di buka kot area ni. Terlupa nak tanya makcik-makcik yang kat situ.

dah sampai area Tanjung Pauh tu jangan lupa cari signboard ni. Nak ke kedai ni jalan dia berbukit-bukau dan selekoh tajam, so, hati-hati kerana terdapat tebing yang belum dipasang dengan penghadang jalan.



Ada beberapa menu yang menarik boleh dicuba di sini. Antaranya,

udang lipan goreng beserta bawang putih kriuk kriuk..yang ini sekilo RM140.00 (duit kita)..pasal apa mahal?jap lagi aku bagitau...yang dah tau, kasi cepat teleport ke Tanjung Pauh.


 banyak jenis ikan ada, kami pilih ikan senangin masak stim..agak berbeza dengan kita di sini, stim di masak dengan lengkuas, bawang putih dll, tapi di sini, ia dimasak dengan cili berapi..berasap telinga..menggigil bibir...tak disyorkan untuk mereka yang tak makan pedas...order la menu lain kalau tak mau yang pedas.



ketam blackpepper..memang sangat sedap dan pedas


ketam masak kari...diadun dengan telur untuk kuah yang pekat, memang best..siap tapau untuk bawa balik dinner...


 yang best kat Thailand ni kopi dia..selalu beli kat 7e dia je...tapi kali ni nak try Green Tea..memang manthopp...dia punya aroma green tea dan kemanisan dia memang power!!!tak cukup secawan, mai secawan lagi..hehehe..tapi, kalau hari2 boleh potong kaki ni..haha..

kemusnahan yang dialami cuma THB1,045.00 atau RM115.00 untuk tiga orang makan...pada aku yang dah selalu makan seafood kat perlis, kedah ini dikira murah melihatkan lauk yang diambil...pakai duit Malaysia dia markup sikit harga pasal duit malaysia nilai rendah banding thai buat masa sekarang..


tadi dah bagitau kenapa udang lipan tu mahalkan?sebabnya...nin dia baq hang!!!! bukan main meriah depa berenang..pilih ja mana yang nak..segar dari air...manis isinya..sangat berbaloi...barang fresh, barang hidup, memang mahal la kan...tapi berbaloi2x..


so, jangan ragu-ragu tentang isu  suntikan formalin pada ketam di sini....tempat lain aku tak tau...tapi di sini aku dah check dah, memang tak ada kesan-kesan suntikan..tengah hidup apejadah nak suntik formalin kan?sorry lupa nak tangkap gambar yang tiada kesan suntikan tu..tapi memang itu yang 1st aku check...

cantik kan pantai dia?

Dari kedai Pak Tam ni pemandangannya cantik. Boleh nampak Gunung Mat Chinchang, Langkawi dari sini. Dekat je nak ikutkan kalau ada jambatan dari Kuala Perlis or Langkawi nak ke Tanjung Pauh. Sambil tu aku bayangkan dulu-dulu orang Tanjung Pauh/Satun dan Langkawi/Kuala Perlis berulang-alik naik sampan je. Tiada passport, tiada negara Thailand, tiada sempadan antara mereka.  

Satu yang terkesan adalah orang kat sini masih boleh cakap Melayu cakap loghat utara sama macam orang Kedah cakap. Sampai ada sorang budak kecil tu cakap "mak, cheq nak balik" kat mak dia yang tengah buat air kat kedai ni. Rupanya dia ajak mak dia balik nak ambil kereta mainan. Tapi sayangnya kini, dah terpisah dek sempadan dua negara.

Bercakap tentang hikmah saudara yang terpisah oleh dua negara, yang menariknya tentang Tanjung Pauh ni ialah suasana persekitaran kedai makanan laut mereka. Lihat sajalah pemandangannya. Sangat bersih. aku nak cari puntung rokok pun sikit punya susah sampai nak buang puntung rokok pun rasa malu. Sampah sarap apatahlagi. Hampir tidak kelihatan langsung di sekitarnya.

pantai bersih, boleh mandi...mungkin kawasan terlindung angin menjadikan air lautnya boleh dimandi 

persekitaran yang nyaman dan bersih



Pada aku, ini semua adalah berkenaan mentaliti dan sikap. Sikap dan mentaliti yang rajin, akan membantu kepada perkhidmatan yang baik. Pandai depa jaga persekitaran. Kalau depa sendiri tak jaga, perokok yang merokok tentu akan membuang merata puntung rokok dan dah tentu banyak sampah sarap bertaburan. 

Lagi satu yang menarik ialah tentang jalan. Di sini jalannya baru hendak disiapkan yang menghubungkan antara pekan Satun dan Tanjung Pauh, tetapi, jalan yang sedang disiapkan itu terasa seperti sudah siap!!faham maksud aku? Kalau di negara kita, jalan yang sedang dibuat akan ada batu kerikil yang besar-besar yang mengganggu kelancaran perjalanan kenderaan serta debu yang teruk, tapi di sini, batu-batu tersebut digelek dan kemudian dibubuh tar. Macam tu la kot. Senang cerita tengok la gambar ni.

jalan ni belum siap, belum ditar sepenuhnya...tapi macam dah ditar sedikit..tiada gangguan kelancaran kenderaan oleh batu kerikil dan debu tanah  yang teruk..


jalan ni telah ditar sebelah..jalan sebelah lagi yang kami lalui masa perjalanan belum ditar sepenuhnya...tapi perjalanan sangat lancar seolah-olah telah ditar sedikit.aku rasa, pembinaan jalan macam ni sangat selesa dan sangat perlu dipelajari oleh pihak JKR. Lepas raya ni siap lah bak kata Pak Tam kepada Azwan. Azwan dah datang sini dulu minggu sebelumnya.

dari sini boleh nampak Kuala Perlis..bukit yang belakang tu...sayup je.. 


seperti biasa, trademark "Kamikazie Diver  was here" hehehe..nasib Azwan bawa.

kalau perasan, ada gambar Che Det masa on the way nak ke Tanjung Pauh sebelum nak masuk pekan Satun..mungkin promosi pelancongan ni...bukan senang orang Thailand nak buh gambar orang luar besar-besar macam ni selain dari gambar raja dan kerabat raja Thai. Mungkin Che Det besar pengaruhnya terhadap pemimpin dan masyarakat di Satun ni. 

Apapun melayan seafood sambil melihat dan mengamati budaya setempat di Satun, terutamanya di Tanjung Pauh ni sangat berbaloi. Orang-orang Melayu Muslim di Tanjung Pauh dari segi percakapannya tidak jauh berbeza dengan orang-orang utara. Sangat sama. Sebut je ikan apa nak makan, ikan senangin?ikan siakap?ikan kaloi?ketam?sotong?udang?sama je dengan kita..depa faham..tak payahlah nak cakap Melayu lenggok2 thai ala2 saya suka Pon..siam ka...speaking London ka...cakap je bahasa kita, insyaAllah, depa faham..sebelum balik siap depa ajak makan kenduri di Ban Sai Yao, depan sikit je dari Tanjung Pauh ni. Terpaksa tolak sebab perut dah full tank...

tak tau pasal apa nak sangat ambil gambar signboard ni...walhal signboard Tamyong Po tak ambil pun...mungkin sebab nama signboard tu Che Bilang tu nama Melayu kot..


















Thursday, 14 May 2015

Daulat Tuanku!!!

Sekongkong Tanah Minangkabau
Selilit Pulau Perca
Di lengkong ular Saktimuna
Perpisahan Beta di selat Melaka
Jika Sah Beta Raja berdaulat
Lepaslah sekalian malapetaka


Daulat tuanku!!!
Daulat tuanku!!!
Daulat tuanku!!!

Semoga Allah merahmati dan mengurniakan taufik dan hidayah kepada Sultan Perak ke-35, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dalam memerintah watan.


Sangat menarik untuk melihat pelbagai adat istiadat yang perlu dilalui oleh setiap insan yang bergelar Sultan Perak. Segala adat istiadat tersebut disifatkan sebagai satu petunjuk kerana ia memberi sebab hingga seolah-olah ia perlu dilakukan.

Kenapa???

Panjang dan bersimpang siur sejarahnya. Sejarah yang aku sendiri tidak tahu sebelum ni(tidak pernah ambil tau sebenarnya). Sekurang-kurangnya dengan beberapa petunjuk dari penulisan Srikandi di FB dan Riwayat Melayu, dapatlah sedikit pencerahan tentang mengapa adat-adat tersebut perlu dilakukan. 

Melalui pencarian untuk mendapatkan sedikit maklumat, sekurang-kurangnya aku tau serba sedikit apa kaitan keturunan Kesultanan Perak zaman moden ini dengan Kesultanan Melayu Melaka, Aceh, Pasai Kelantan, Orang Asli,  malah jauh sebelum itu lagi seperti Sailendra, Srivijaya, Gangga Negara, Beruas dan Manjung.




Semuanya ini ada kaitan dan juga pertalian. Sejarah kesultanan dari berbagai garis keturunan diraja dan sejarah Melayu itu sendiri yang bersimpang siur, membuatkan banyak antara kita sukar mencari petunjuk-petunjuknya. Silap masuk simpang, kita mungkin akan tersesat dan mula mengatakan sejarah kita hanya fiksyen rekaan penjajah. Salah simpang, kita mungkin mengaku kita berasal dari Yunnan atau India. 



Jika diamati, ia bukan fiksyen kerana orang putih sendiri memerlukan tandatangan sultan-sultan Tanah Melayu ketika hendak menubuhkan Malayan Union. Mengapa mereka tidak membunuh sahaja semua sultan di Tanah Melayu jika hendak menubuhkan Malayan Union seperti yang berlaku di Indonesia??Mereka sangat penyabar dengan orang-orang Melayu. Pasti ada sebab sangat utuh!!!

Itu belum lagi diperincikan, siapakah Tok Temong?Satu figura yang yang sangat berpengaruh kepada Sultan Perak yang mana makamnya wajib diziarahi oleh setiap Sultan Perak yang baru ditabal.Apakah ia nama, atau gelaran?

Apa kaitan Tok Temong dengan Sultan Perak Pertama, Sultan Muzaffar Shah I? Kenapa tidak Tun Saban sendiri melantik Tok Temong menjadi Sultan/Ratu negeri Perak?atau melantik dirinya sendiri. Tok Temong boleh sahaja menjadi Ratu Negeri Perak jika dia mahu. Atau Tun Saban boleh sahaja menabalkan Maharaja Lambor dan pembesar-pembesar lain yang ketika itu turut berkuasa ke atas jajahan masing-masing di Perak. Kenapa perlu menjemput pewaris Melaka-Srivijaya sendiri untuk menjadi Sultan di Perak? Banyak persoalan timbul apabila mendapat maklumat mengenai sistem kesultanan melayu khususnya di negeri Perak.


Walau apapun, institusi beraja perlu memegang kuat pada tali Allah, supaya ia menjadi contoh dan ikutan rakyat. Waadat antara Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun harus difahami dengan jelas melalui pendidikan dan pemahaman. Ayat-ayat yang tersirat di sebalik waadat itu perlu diterjemah dengan jelas agar dapat difahami generasi kini. Jangan hanya melihat yang tersurat sahaja, tanpa memahami yang tersirat di sebalik perjanjian mereka. Jika ini boleh difahami oleh raja dan rakyat, peranan dan fungsi institusi beraja sudah pasti akan kekal relevan hingga akhir zaman.


Daulat tuanku!!!