Thursday, 3 December 2015

Teratak Bernam Riverview

27-29 November 2015 lepas, macam biasa, diadakan kem untuk pelajar-pelajar terpilih dan secara sukarela untuk mengikutinya..selama 3 hari 2 malam berkampung di Kem Teratak Bernam Riverview (TRV).

Kalau nak ke sini jangan guna waze..sebab aku dah terkena..kalau guna waze dia akan menghala ke kawasan rumah orang...dan direction yang salah...kena bertanya la bila dah salah tu...ingat landmarknya berhampiran traffic light upsi dan bertentangan dengan kawasan deretan bangunan kedai...lupa pulak nak ambil gambar...tapi ingat kedai makan ada jual bawal dan puyuh goreng panas-panas..sempat lunch kat situ sebelum masuk ke dalam..


Tempat nak masuk ke kem ni sebenarnya tak jauh dari UPSI...kalau dari utara, jalan masuk di sebelah kiri..ada signboard masuk ke kem...jalannya ke bawah sedikit..jalan kecil...bas tak boleh masuk,..hanya kereta dan lori  kecil (lori 1 ke 5 tan) sahaja boleh masuk....pihak Kem Teratak Bernam menyediakan perkhidmatan lori untuk mengambil barang-barang pelajar dan pelajar...
ambil masa lebih kurang 15-20 minit sebab jalan dia yang teruk bila semakin ke dalam..so, kereta yang ada make-up cantik2 dengan bodykit, disaran fikir 100x sebelum bawa masuk kereta...hehe..

aku yang xde bodykit ni pun ada gak sangkut sebab lopak (tak berhati2 sama+berat badan..hehe)








jalan kecil..kalau bertembung..salah satu kenderaan kena mengalah..berhenti di tepi..cari la ruang-ruang kosong yang ada...permulaan jalan agak baik..tapi makin ke dalam makin berlopak makin agak teruk keadaan jalannya..kebetulan musim hujan..banyak lopak digenangi air...so, hati-hati sebab kita tak tau macam mana kedalaman lopak tersebut..



jalan punya jalan tiba-tiba ada di persimpangan..memang betullah orang cakap...berada dalam dilema jika tiba di persimpangan..hehe...

satu menghala ke Ulu Bernam (ke kanan) satu menghala ke Tg. Malim (ke kiri)...dilema sebab dalam surat tulis Teratak Riverview, Tanjung Malim...tapi tiba2 kat sini ada dua Teratak Riverview..Tg. Malim dan Ulu Bernam...

kira punya kira, aku menghala ke TRV Ulu Bernam (ke kanan)...alhamdulillah..pilihan tepat,..sebab pejabat dia memang menghala ke TRV Ulu Bernam...kalau menghala ke TRV Tg. malim mungkin sesuai kalau naik 4WD...sampai jugak..bukan x sampai...

TRV ni sebenarnya terletak di kedua-dua negeri iaitu Perak dan Selangor..Pejabat TRV ni terletak di sebelah negeri Selangor...


Sungai Bernam menjadi titik sempadan antara Perak dan Selangor..bangunan chalet bumbung biru tu di sebelah Perak...di sebelah kanan ni adalah dewan makan...



Sebelah kanan Perak..di sebelah kiri Selangor...



Ini antara pemandangan chalet-chalet, pejabat TRV, dewan makan dan tempat mula flying fox atas sekali yang batu kuning tu...ni pemandangan belah negeri selangor


ni pula pemandangan chalet-chalet..dorm..camp site..kawasan aktiviti seperti abseiling..tempat akhir flying fox..dewan serbaguna..surau...pemandangan belah negeri Perak...


jambatan gantung sedikit panjang....cuba2lah menyeberangi jambatan gantung buat yang belum...sedikit gayat pasti ada walaupun dah byk kali seberang jambatan gantung...


biasala budak2 ni..tempat cantik mesti nak berselfie..org tua macam kita pun lebih kurang la..


ni kawasan campsite dia..masa ni baru sampai...terus tengah survey kawasan untuk explorace..

kebetulan pula ada student dari UiTM Negeri Sembilan camping kat sini...

antara aktiviti kat sini..water tubing...budak-budak ni ada yang 1st time buat, so, memang menggelabah x sudah bila terjatuh dari pelampung..hahaha...

geng-geng instructor dia En. Hakim (tauke TRV) import dari pelajar-pelaar or graduate UiTM jugak or UPSI...untuk UiTM Perlis memang En. Hakim import dari graduate Sport Rec (Management) & Sains Sukan UiTM Shah Alam...ada juga yang tengah menjalani LI dengan consultant-consultant outdoor...bagus jugak mcm ni...peluang untuk budak2 UiTM kembangkan lagi kemahiran diaorang...

antara management game yang dikendalikan oleh pelajar FSSR UiTM...




antara aktiviti yang boleh dilakukan di TRV...memang nak bagi budak2 berlumpur pun..no surprised bila ada pelajar yang terharu sebab 1st time dapat bermain lumpur...



Banyak lagi sebenarnya pengisian program yang dibuat..antaranya ialah soalan-soalan berkaitan sejarah...dan explorace...jungle tracking...dan lain-lan...seperti biasa yang menarik perhatian aku ialah tentang artikel sejarah di dalam Pertandingan Explorace...artikel mencari anamoly pada perkataan...dan ada pelajar yang meneka Sulalatus-Salatin adalah anamoly tersebut (kononnya sengaja di typo kan)

Hmmmm...memang ada kurang celik sejarah budak-budak skrg ni...walhal sulalatus Salatin tu hanya basic sejarah melayu...bukan yang complicated lagi...mujur jugak aku selitkan bab-bab sejarah dalam kem-kem macam ni...tidak kalau, lagi ke laut sejarah budak2 ni...


dah kenapa ada gambo budak ni??haha..
sebenarnya kem ni clash dengan program alumni sekolah aku kat Bangi...tak sempat nak pergi..
tapi budak ni memang mirip muka member sekolah aku tu yang sekarang jadi Timbalan Presiden untuk persatuan alumni batch aku...memang sebijik la..
cuma budak tak segagap member aku tu..hahaha...


 Kem TRV ni pada waktu malam menggunakan tenaga solar yang mana tenaganya dikumpulkan dan diletakkan panelnya di atas dewan makan....so, ada sesetengah tempat seperti di Dewan Serbaguna, tandas di bahagian dorm tiada elektrik pada waktu siang...hanya ada elektrik pada waktu malam sahaja...

Jika menginap di chalet-chalet..dorm-dorm...pada waktu siang memang panas sebab atap zink..so, tempat mcm ni sesuai untuk diadakan aktiviti yang padat di sebelah siangnya...dan di waktu malam memang sejuk..sebab itu setiap chalet dibekalkan sleeping bag sebagai selimut...yang menarik di chalet kami tiada katil..cuma ada tilam-tilam dan bantal-bantal....katil digantikan dengan menaikkan simen menjadi tinggi paras lutut, haaa..itulah katil..permenant..tak perlu diubah-ubah dah..hehehe..

apa pun tempat ni memang sesuai untuk pelbagai aktiviti teambuilding..boleh la sembang-sembang dengan En. Hakim, tauke TRV kalau dia tak busy...banyak nasihat berguna dan pengalaman yang beliau kongsikan dengan kami..yang paling win, dia sendiri bawa lori angkut budak-budak kami masa nak balik dari kem ke jalan besar...memang thorrbaekk!!!



























Tuesday, 13 October 2015

Selamatkan Tapak Arkeologi Sungai Batu



Tak perlu nak hurai tentang tamadun yang dijumpai di Sungai Batu. Dekat Page FB Sungai Batu 500BC sudah banyak huraian tentang apa yang dijumpai di Sungai Batu. Di Page FB Srikandi & The Patriots juga ada dibuat artikel mengenai Sungai Batu. 

Jangan la tamak sangat sampai tamadun sendiri tak terjaga. Kalau panda boleh dijaga..binaan-binaan tinggalan penjajah boleh dipelihara dan dibaikpulih malah hingga diiktiraf oleh UNESCO, mengapa tidak Sungai Batu yang tamadun dia lagi tua. 

Usaha Pusat Penyelidikan Arkeologi Global USM perlu disokong dan dijana dengan pelaburan berjuta-juta ringgit supaya banyak lagi tapak dapat diekskavasi demi kepentingan khazanah negara dan generasi kini dan akan datang. Malah tempat tempat sejarah sebegini boleh dijadikan tarikan pelancong dalam dan luar negara terutamanya buat para Indiana Jones seluruh dunia.

Tandatangan petition di bawah sebagai sokonan kita bagi mendesak pihak kerajaan pusat dan negeri Kedah untuk terus menyalurkan dana bagi kerja-kerja ekskavasi Sungai Batu:

http://goo.gl/ZrIeGk

"embracing the future, preserving our past"


Thursday, 10 September 2015

#FAMJAHANAM_10_31_88



Sebagai peminat sukan bola sepak ,aku mengaku aku bukan peminat tegar pasukan bola sepak kebangsaan. Aku lebih mengutamakan pasukan Arsenal. Malah kalau perlawanan Liga Malaysia dan Arsenal clash  live di TV, aku pilih untuk menonton Arsenal.Yang membuatkan aku menyampah untuk melihat bola sepak liga malaysia ialah kegagalan demi kegagalan pasukan kebangsaan dalam arena antarabangsa. Bukan maksud tidak boleh terima kekalahan, tetapi perkara ini terlalu lama dan bertambah parah!!!

Kejuaraan diperingkat Sukan SEA dan AFF langsung tidak mengujakan aku, namun aku faham, sepatutnya kejuaraan sekecil itulah yang harus menjadi titik tolak untuk mencapai objektif layak ke Piala Dunia atau sekurang-kurangnya layak ke Piala Asia secara merit. Mengikut sejarah, pasukan kita mampu dan pernah beraksi di peringkat Olimpik dan Asia. Bukan sekadar jaguh kampung (ASEAN/Nusantara). Tapi, malangnya, dari tahun ke tahun ke makin pasukan bola sepak negara merudum ke lembah kehinaan pula.



Tapi satu yang mengujakan, dengan tertubuhnya Ultras Malaya (UM), ia telah memberikan aku satu dimensi yang berbeza dalam mendukung pasukan bola sepak kebangsaan. UM telah membuka minda aku, dan mungkin banyak pihak lagi untuk sentiasa memberikan padu pasukan bola kebangsaan. Selepas itulah aku mula berjinak-jinak ke stadium untuk melayan permainan pasukan Perak dan pasukan kebangsaan. Bukan sekadar menonton, malah sekali sekala turut bersama-sama UM berdiri melaungkan chant UM sehingga tamat perlawanan, biar apapun keputusannya. Tapi agak-agak la!!!kesabaran peminat ada batasnya jugak.



Melihat kepada keaturan gerak kerja organisasi dan dan semangat yang membara, aku yakin yang kesungguhan mereka tidak akan luntur dalam terus menyokong pasukan bola sepak kebangsaan. Sebab itu, apabila UM bertindak 'biadap' pada perlawanan MAS v Arab Saudi tempoh hari, aku sedikit pun tidak rasa apa-apa, kerana itu membuktikan mereka sudah jelek dan berasa hina melihat puak-puak atasan FAMB yang menjadikan pasukan kebangsaan yang ada pada hari ini. Bukan faktor kekalahan 0-10 ditangan UAE semata-mata, malah banyak lagi faktor-faktor lain yang membuat UM dan peminat-peminat hilang sabar dengan BAJINGAN-BAJINGAN DI FAMB. Aku yakin, bukan UM sahaja, malah banyak pihak (terutamanya silent majorityyang merasakan perkara yang sama, cuma mungkin tidak akan membuat seperti apa yang UM buat.

Tapi, kalau dah itu satu-satunya cara untuk FAMB lebih membuka mata, maka pada aku itu tindakan UM adalah sangat  WAJAR sekali. Biarkan apa orang nak kata, "memalukan" , "bodoh" , "pengkhianat" , asalkan FAMB merasakan amarah UM yang telah sekian lama berusaha berjuang dengan cara yang lebih sopan. Biarlah jika FAMB digantung sekalipun, biarlah tiada apa-apa perlawanan bola sepak sepanjang digantung, asalkan UM & peminat hilang marahnya. Asalkan FAMB diSAMAK DAN DIBERSIHKAN SUPAYA MENJADI FAM yang sebenar-benarnya, di mana pengurusan tertinggi membuang egonya dan mampu mengangkat kembali martabat bola sepak negara. Biarlah pemain-pemain sekarang dikambing hitamkan dan dikorbankan di atas sikap UM dan FAMB jika digantung jika itu mampu membantu memulihkan FAMB menjadi FAM,

Biarkan media-media bermain api dengan UM, asalkan UM tidak luntur dalam perjuangan dan matlamat mereka untuk terus menekan FAMB supaya dapat mengembalikan kegemilangan sukan bola sepak tanah air di peringkat Olimpik dan Asia. Kita perlu ingat, media akan buat apa sahaja yang perlu untuk melariskan jualan akhbar dan berita,. Jadi aku tak hairan langsung dengan propaganda media. Sebab memang itu kerja diaorang untuk propa dan lariskan jualan.  



Pada bangkai bangkai dan mayat hidup di dalam PENGURUSAN TERTINGGI FAMB, ingat!!! Ultras Malaya, walaupun tidak mewakili suara majoriti rakyat Malaysia, tapi mereka orang ke-12 yang mampu mengubah destini sesuatu perlawanan dan sesebuah organisasi seperti FAMB.



















Monday, 25 May 2015

Tamyong Po / Tanjung Pauh

Hari Ahad 24 Mei 2015, hari yang agak membosankan sebenarnya sebab tiada apa-apa aktiviti yang nak dilakukan. So, aku dan azwan & wife pun plan nak ke Tamyong Po, ataupun nama Melayu dia Tanjung Pauh. Perjalanan dari Arau ambil masa kira-kira 1 jam 30 minit. Senang cerita dari Border Wang Kelian-Wang Prachan (Thai) kira-kira 45 minit sahaja ikut jalan shortcut. Kalau tak tau, gunakan Cygic. Sangat mudah. 

Tanjung Pauh ni lokasi dia dalam Daerah Mueang Satun di Wilayah Satun kira-kira 10km dari pekan Satun yang mana penduduk majoriti dia orang Melayu Muslim. Masih ada antara mereka yang panggil Setul. Meuang tu kalau terjemah bahasa kita Mambang. Pasal apa ada nama Melayu pulak dan kemudian ditukar pada nama Thai. Pasalnya dulu-dulu punya cerita, Setul ni berada di dalam wilayah Kedah sebelum Perjanjian Bangkok 1909 antara Siam (kini Thailand) dengan penjajah British yang menyaksikan banyak wilayah-wilayah Selatan Thai jatuh ke tangan Thai. Sangat berat sebelah!!!dan merugikan orang-orang Melayu. "Nenek moyang kaya raya, tergadai seluruh harta benda".... Namun mungkin ada hikmahnya. Kenapa?kejap lagi aku cerita sikit2.


Apa yang menariknya???yang menariknya ialah makanan laut dia la. Macam kat Perlis ada Kuala Perlis, kat Kedah ada Tanjung Dawai, kat Satun ada Tanjung Pauh. Empunya gerai yang aku pergi ni nama dia Pak Tam. Tapi masa pergi tu Pak Tam nya tak ada. Yang ada mungkin Mak Tam, Dik Tam, Cik Tam dan Som Tam...hehehe.. Sebenarnya tempat ni belum popular sangat la di kalangan orang kita macam di Songkhla, Hatyai dan Krabi. Yang banyak datang pun mungkin geng abam2 motor, dan orang-orang yang tinggal di Perlis dan Kedah. Mungkin sebab baru di buka kot area ni. Terlupa nak tanya makcik-makcik yang kat situ.

dah sampai area Tanjung Pauh tu jangan lupa cari signboard ni. Nak ke kedai ni jalan dia berbukit-bukau dan selekoh tajam, so, hati-hati kerana terdapat tebing yang belum dipasang dengan penghadang jalan.



Ada beberapa menu yang menarik boleh dicuba di sini. Antaranya,

udang lipan goreng beserta bawang putih kriuk kriuk..yang ini sekilo RM140.00 (duit kita)..pasal apa mahal?jap lagi aku bagitau...yang dah tau, kasi cepat teleport ke Tanjung Pauh.


 banyak jenis ikan ada, kami pilih ikan senangin masak stim..agak berbeza dengan kita di sini, stim di masak dengan lengkuas, bawang putih dll, tapi di sini, ia dimasak dengan cili berapi..berasap telinga..menggigil bibir...tak disyorkan untuk mereka yang tak makan pedas...order la menu lain kalau tak mau yang pedas.



ketam blackpepper..memang sangat sedap dan pedas


ketam masak kari...diadun dengan telur untuk kuah yang pekat, memang best..siap tapau untuk bawa balik dinner...


 yang best kat Thailand ni kopi dia..selalu beli kat 7e dia je...tapi kali ni nak try Green Tea..memang manthopp...dia punya aroma green tea dan kemanisan dia memang power!!!tak cukup secawan, mai secawan lagi..hehehe..tapi, kalau hari2 boleh potong kaki ni..haha..

kemusnahan yang dialami cuma THB1,045.00 atau RM115.00 untuk tiga orang makan...pada aku yang dah selalu makan seafood kat perlis, kedah ini dikira murah melihatkan lauk yang diambil...pakai duit Malaysia dia markup sikit harga pasal duit malaysia nilai rendah banding thai buat masa sekarang..


tadi dah bagitau kenapa udang lipan tu mahalkan?sebabnya...nin dia baq hang!!!! bukan main meriah depa berenang..pilih ja mana yang nak..segar dari air...manis isinya..sangat berbaloi...barang fresh, barang hidup, memang mahal la kan...tapi berbaloi2x..


so, jangan ragu-ragu tentang isu  suntikan formalin pada ketam di sini....tempat lain aku tak tau...tapi di sini aku dah check dah, memang tak ada kesan-kesan suntikan..tengah hidup apejadah nak suntik formalin kan?sorry lupa nak tangkap gambar yang tiada kesan suntikan tu..tapi memang itu yang 1st aku check...

cantik kan pantai dia?

Dari kedai Pak Tam ni pemandangannya cantik. Boleh nampak Gunung Mat Chinchang, Langkawi dari sini. Dekat je nak ikutkan kalau ada jambatan dari Kuala Perlis or Langkawi nak ke Tanjung Pauh. Sambil tu aku bayangkan dulu-dulu orang Tanjung Pauh/Satun dan Langkawi/Kuala Perlis berulang-alik naik sampan je. Tiada passport, tiada negara Thailand, tiada sempadan antara mereka.  

Satu yang terkesan adalah orang kat sini masih boleh cakap Melayu cakap loghat utara sama macam orang Kedah cakap. Sampai ada sorang budak kecil tu cakap "mak, cheq nak balik" kat mak dia yang tengah buat air kat kedai ni. Rupanya dia ajak mak dia balik nak ambil kereta mainan. Tapi sayangnya kini, dah terpisah dek sempadan dua negara.

Bercakap tentang hikmah saudara yang terpisah oleh dua negara, yang menariknya tentang Tanjung Pauh ni ialah suasana persekitaran kedai makanan laut mereka. Lihat sajalah pemandangannya. Sangat bersih. aku nak cari puntung rokok pun sikit punya susah sampai nak buang puntung rokok pun rasa malu. Sampah sarap apatahlagi. Hampir tidak kelihatan langsung di sekitarnya.

pantai bersih, boleh mandi...mungkin kawasan terlindung angin menjadikan air lautnya boleh dimandi 

persekitaran yang nyaman dan bersih



Pada aku, ini semua adalah berkenaan mentaliti dan sikap. Sikap dan mentaliti yang rajin, akan membantu kepada perkhidmatan yang baik. Pandai depa jaga persekitaran. Kalau depa sendiri tak jaga, perokok yang merokok tentu akan membuang merata puntung rokok dan dah tentu banyak sampah sarap bertaburan. 

Lagi satu yang menarik ialah tentang jalan. Di sini jalannya baru hendak disiapkan yang menghubungkan antara pekan Satun dan Tanjung Pauh, tetapi, jalan yang sedang disiapkan itu terasa seperti sudah siap!!faham maksud aku? Kalau di negara kita, jalan yang sedang dibuat akan ada batu kerikil yang besar-besar yang mengganggu kelancaran perjalanan kenderaan serta debu yang teruk, tapi di sini, batu-batu tersebut digelek dan kemudian dibubuh tar. Macam tu la kot. Senang cerita tengok la gambar ni.

jalan ni belum siap, belum ditar sepenuhnya...tapi macam dah ditar sedikit..tiada gangguan kelancaran kenderaan oleh batu kerikil dan debu tanah  yang teruk..


jalan ni telah ditar sebelah..jalan sebelah lagi yang kami lalui masa perjalanan belum ditar sepenuhnya...tapi perjalanan sangat lancar seolah-olah telah ditar sedikit.aku rasa, pembinaan jalan macam ni sangat selesa dan sangat perlu dipelajari oleh pihak JKR. Lepas raya ni siap lah bak kata Pak Tam kepada Azwan. Azwan dah datang sini dulu minggu sebelumnya.

dari sini boleh nampak Kuala Perlis..bukit yang belakang tu...sayup je.. 


seperti biasa, trademark "Kamikazie Diver  was here" hehehe..nasib Azwan bawa.

kalau perasan, ada gambar Che Det masa on the way nak ke Tanjung Pauh sebelum nak masuk pekan Satun..mungkin promosi pelancongan ni...bukan senang orang Thailand nak buh gambar orang luar besar-besar macam ni selain dari gambar raja dan kerabat raja Thai. Mungkin Che Det besar pengaruhnya terhadap pemimpin dan masyarakat di Satun ni. 

Apapun melayan seafood sambil melihat dan mengamati budaya setempat di Satun, terutamanya di Tanjung Pauh ni sangat berbaloi. Orang-orang Melayu Muslim di Tanjung Pauh dari segi percakapannya tidak jauh berbeza dengan orang-orang utara. Sangat sama. Sebut je ikan apa nak makan, ikan senangin?ikan siakap?ikan kaloi?ketam?sotong?udang?sama je dengan kita..depa faham..tak payahlah nak cakap Melayu lenggok2 thai ala2 saya suka Pon..siam ka...speaking London ka...cakap je bahasa kita, insyaAllah, depa faham..sebelum balik siap depa ajak makan kenduri di Ban Sai Yao, depan sikit je dari Tanjung Pauh ni. Terpaksa tolak sebab perut dah full tank...

tak tau pasal apa nak sangat ambil gambar signboard ni...walhal signboard Tamyong Po tak ambil pun...mungkin sebab nama signboard tu Che Bilang tu nama Melayu kot..


















Thursday, 14 May 2015

Daulat Tuanku!!!

Sekongkong Tanah Minangkabau
Selilit Pulau Perca
Di lengkong ular Saktimuna
Perpisahan Beta di selat Melaka
Jika Sah Beta Raja berdaulat
Lepaslah sekalian malapetaka


Daulat tuanku!!!
Daulat tuanku!!!
Daulat tuanku!!!

Semoga Allah merahmati dan mengurniakan taufik dan hidayah kepada Sultan Perak ke-35, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dalam memerintah watan.


Sangat menarik untuk melihat pelbagai adat istiadat yang perlu dilalui oleh setiap insan yang bergelar Sultan Perak. Segala adat istiadat tersebut disifatkan sebagai satu petunjuk kerana ia memberi sebab hingga seolah-olah ia perlu dilakukan.

Kenapa???

Panjang dan bersimpang siur sejarahnya. Sejarah yang aku sendiri tidak tahu sebelum ni(tidak pernah ambil tau sebenarnya). Sekurang-kurangnya dengan beberapa petunjuk dari penulisan Srikandi di FB dan Riwayat Melayu, dapatlah sedikit pencerahan tentang mengapa adat-adat tersebut perlu dilakukan. 

Melalui pencarian untuk mendapatkan sedikit maklumat, sekurang-kurangnya aku tau serba sedikit apa kaitan keturunan Kesultanan Perak zaman moden ini dengan Kesultanan Melayu Melaka, Aceh, Pasai Kelantan, Orang Asli,  malah jauh sebelum itu lagi seperti Sailendra, Srivijaya, Gangga Negara, Beruas dan Manjung.




Semuanya ini ada kaitan dan juga pertalian. Sejarah kesultanan dari berbagai garis keturunan diraja dan sejarah Melayu itu sendiri yang bersimpang siur, membuatkan banyak antara kita sukar mencari petunjuk-petunjuknya. Silap masuk simpang, kita mungkin akan tersesat dan mula mengatakan sejarah kita hanya fiksyen rekaan penjajah. Salah simpang, kita mungkin mengaku kita berasal dari Yunnan atau India. 



Jika diamati, ia bukan fiksyen kerana orang putih sendiri memerlukan tandatangan sultan-sultan Tanah Melayu ketika hendak menubuhkan Malayan Union. Mengapa mereka tidak membunuh sahaja semua sultan di Tanah Melayu jika hendak menubuhkan Malayan Union seperti yang berlaku di Indonesia??Mereka sangat penyabar dengan orang-orang Melayu. Pasti ada sebab sangat utuh!!!

Itu belum lagi diperincikan, siapakah Tok Temong?Satu figura yang yang sangat berpengaruh kepada Sultan Perak yang mana makamnya wajib diziarahi oleh setiap Sultan Perak yang baru ditabal.Apakah ia nama, atau gelaran?

Apa kaitan Tok Temong dengan Sultan Perak Pertama, Sultan Muzaffar Shah I? Kenapa tidak Tun Saban sendiri melantik Tok Temong menjadi Sultan/Ratu negeri Perak?atau melantik dirinya sendiri. Tok Temong boleh sahaja menjadi Ratu Negeri Perak jika dia mahu. Atau Tun Saban boleh sahaja menabalkan Maharaja Lambor dan pembesar-pembesar lain yang ketika itu turut berkuasa ke atas jajahan masing-masing di Perak. Kenapa perlu menjemput pewaris Melaka-Srivijaya sendiri untuk menjadi Sultan di Perak? Banyak persoalan timbul apabila mendapat maklumat mengenai sistem kesultanan melayu khususnya di negeri Perak.


Walau apapun, institusi beraja perlu memegang kuat pada tali Allah, supaya ia menjadi contoh dan ikutan rakyat. Waadat antara Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun harus difahami dengan jelas melalui pendidikan dan pemahaman. Ayat-ayat yang tersirat di sebalik waadat itu perlu diterjemah dengan jelas agar dapat difahami generasi kini. Jangan hanya melihat yang tersurat sahaja, tanpa memahami yang tersirat di sebalik perjanjian mereka. Jika ini boleh difahami oleh raja dan rakyat, peranan dan fungsi institusi beraja sudah pasti akan kekal relevan hingga akhir zaman.


Daulat tuanku!!!