Proton terus melangkah apabila bakal melancarkan model terbaru Proton Suprima S atau sebelum ini disebut sebagai Preve Hatchback dijangka pada 17 Ogos 2013 (sumber Paultan). Terlalu cepat Proton mengeluarkan model terbaru apabila baru sahaja setahun selepas pelancaran Preve. Spec kereta seperti gambar di bawah:
Sekali lagi proton mengutamakan ciri-ciri keselamatan pada model kali ini sama seperti Preve versi Premium dengan menambah airbags & juga reverse camera yang mana ia tiada dalam Preve. Spec Jika dilihat dari segi spec yang diberi, performance dijangka memang manthopp, tetapi adakah ia bakal menghadapi bermacam-macam masalah seperti Preve yang dikeluarkan pada 1st batch??Menjengah ke forum preveclub,keluaran pertama memang bermacam-macam masalah timbul.
Aku dah pun booking Preve Exec 1.6 MT Fire Red masa cuti Nuzul Quran ramadhan tadi. Aku sangat selesa membawa manual,apatahlagi duduk di kawasan kampung,tak perlulah auto. Nak ambil Premium tak mampu memikirkan komitmen yang ada sekarang dan masih belum membeli rumah. Diharap proton telah membuat penambahbaikan bagi model Preve untuk tahun 2013.
Diharap proton dapat memperkenalkan enjin terbaru yang lebih baik dari campro. Apapun lepas balik cuti beraya ni,aku nak test jugak Proton Suprima ni di Kangar nanti. Negokkan harga memang tak lepas la nak beli,dapat test drive pun jadi la..hehehe..
setelah 3 minggu,aku masih menanti preve aku..hehe
Cantik juga. Built in turbo ke? Adakah kualitinya boleh dipercayai lagi?
ReplyDeleteyup, built in turbo..dah 3x test drive, prestasi memang sangat terbaik dari beberapa kereta import..tapi dari segi ketahanan & kualiti, saya tak pasti...tengok la nanti review pengguna2 lain macam mana..
Delete