punya la dah lama ke ho chi minh, baru hari teringat nak menulis trip ke ho chi minh...anyway, thanx to Huzz, Ijam & wife coz mmg enjoy tri ke vietnam pada 30 Nov-3 Dis 2012...
kongsi skit ceritera dan gambar semasa kat Ho Chi minh
alkisah start dari airport kepala batas, aloq staq, sambil tggu flight ke KL on 29 Nov 2012, rupa2nya ada sedikit sambutan ketibaan YDPA di airport..sempat snap, x lama lps tu tetiba ada announcement flight delay ke jam 12.30..tipikal Air Asia, tapi murah...wth!!!??tggu dari jam 8.00 pagi sbb asalnya flight 8.30 pagi, tetiba delay..lame siot!!jam 9.30 pagi lagi satu annoucement flight delay lagi ke jam 1.45..perhhh..albosan cam nak mampus, sudahnya tertidur di atas kerusi urut.. alarm kerusi urut tu memang bunyi coz duduk lama2 x guna..peduli apa, janji sempat tidur before depart!!!
tiba je kat LCCT, terus tukar dollar & dong..tak tukar semua, coz duit malaysia still boleh dipakai di sesetengah kedai..siap bole campur2 lagi nak bayar dong, dollar & RM..hebat org2 vietnam ni...yg penting, kalo nak dkt balik, abiskan duit dong, sebab kalau nak tukar kat malasia pun, nilai dong rendah dari RM.
then terus check in ke Tune Hotel..nasib beli time ade offer..berbaloi2...jalan kaki je LCCT-Tune Hotel..kalo naik bas, satu ringgit..elok bebeno le jln kaki..time to rest & tido..sedar tak sedar jam 3 pagi rupanya Huzz dah samapai..kah!kah!kah!!!x perasan, hanya perasan jam 5.00 pagi jaga2 tgk ada org tdo sblh..terkejut beruk aku!!!tgk Huzz..tgk hp,amik ko, 20 misscall..nasib dia mintak tolong receptionist, kalo x, tido luar la ko Huzz..
asalnya nak naik teksi Vinasun, tapi sebab x nampak batang hidung teksi Vinasun, naik Saigon Air je la..Vinasun sebenarnya murah sikit sebenarnya & tak tipu meter, teksi lain berisiko tinggi untuk menipu penumpang..Saigon Air ni agak mahal..so, yg mn nk g ho vhi minh, naiklah teksi Vinasun..
haa..ni lalu Banh Thanh Market, on the way ke hotel...tak capture gambar kat sini sbb sama je mcm bazar2 kat malasia, bexanya harga murah..tapi sebenarnya ade lagi yg lagi murah especially kedai2 lain sekeliling Banh Tanh..kena pandai carik..lagipun kedai2 kat luar Banh Thanh Market ni ramai pengusaha2 melayu champa yang beraga islam banding dgn Banh Thanh market..
lepak kat Kingston Hotel, tempah thru Agoda dapat RM150 satu malam..ok la..kongsi dua org..bilik luas, & bersih..datang aku & Huzz, abis bersepah..hahaha..
dah lupa ape nama awek ni...tapi mmg cute.x jadi nak marah sebab rupa2nya bilik belum ready lgi..perhhh..sampai pnt thari, bilik belum ready lagi...sudahnya g mkn dlu
menu pertama dipesan di restoran yang beragama islam yang namanya ada serai, x igt ape namanya, tapi sebelh Kingston Hotel... kopi vietnam, study blog orang yg pnh pergi kata sedap...try tgk...
x dan 3 minit dah kering..perhhh..mmg masyukk kopi vietnam...order lagi secawan..mai secawan
ni kira mee sup org2 vietnam la ni...tgk campuran pudina2, ulam2, taugeh..memang menyelerakan dan menyihatkan makan menu2 mcm ni...daging potong halus2 je..nasib cukup semangkuk..hahaha...
berehat2 di bilik nizam sementara tggu bilik aku & Huzz tgh disiapkan oleh housekeeping..lps mkn dah ni..x setel2 lagi bilik...bila dah masuk bilik, apalagi..bertarung berjuang deruan enjin siapa paling kuat dan panjang mengeruh..hahaha...
haaa..hati2 dgn peniaga2 mcm ni..bukan x boleh beli, tapi tgk keliling dlu baru beli..nanti dtg lagi sorang yg mcm ni offer..then dtg lagi sampai penat melayan..mak cik ni ikut Huzz ade kot dalam 500 meter. Mungkin terpegun dgn Huzaifah, lambang kekayaan dan kebahagiaan..hahaha...
sempat bergambar di dataran..x jauh dari hotel, 5-10 minit jalan kaki je..nak masuk post office dah tutup time ni..post office blkg tu, senibina Perancis, tgk bangunan memang cantik.
keluar2 dari hotel otw nak ke pasar malam, trjumpa kassim kariya..jual tudung..murah2 jugak..dirembat oleh Huzaifah..lupa aku berapa rege dia..
keluar2 dari hotel otw nak ke pasar malam, trjumpa kassim kariya..jual tudung..murah2 jugak..dirembat oleh Huzaifah..lupa aku berapa rege dia..
Hj. Halim, tour guide kami untuk ke Mekong River..fasih cakap melayu style malaysia...hehehe...kira boleh faham la..kedai haji halim juga tak jauh dari hotel kami..kos tour rasanya USD25-USD28 seorang..termasuk makan dikedai beliau.
naik bot untuk tour Mekong River...sume orang2 kita je..
kat sungai pun boleh jem,.tu diaa!!ramai pelancong time ni..Hj. Halim cakap ni kira ok lagi..kalo time betul2 pny ramai dekat 10 minit tggu dalam sampan nak gerak tak boleh..
dah naik, duduk elok2..jari jgn nak menggatal letak kat tebing bot..tak pasal2 lebam bengkak..the worst caase scenario silap2 boleh putus oo coz laluan hilir sungai ni kecil dan sampan2 berpotensi untuk terlanggar antara satu sama lain..ape pun mmg layan coz ni la 1st time aku naik sampan kecik macam ni redah sungai..
antara tempat yang disinggah ialah tempat ini..dia ada nama pulau-pulau di setiap sungai, tapi ana sudah lupa lahh...kami diberi makan madu dicampur dgn limau kasturi dan air teh o panas..pada aku mmg sedap..
sblm join nasyid versi vietnam ni, kami dijamu dengan buah2an..macam2 ada..betik, tembikai & buah naga merah..
sepatah haram tak paham..layamkan aje budak ni menari..hehehe
perhh..kesian plak tgk makcik ni..bkn senang nak mendayung sampan especially org2 berat macam aku ni..perlukan tenaga dan kudarat..Hj. Halim cakap, memang orang2 sini kena rajin bekerja untuk sesuap nasi dan family...meneurut Hj. Halim, ada dua perkara yang memalukan pada orang2 vietnam ni..1st, meminta sedekah...2nd ditangkap polis...dua benda ni kalau buat atau kalau terjadi, akan memalukan dan menjatuhkan maruah keluarga...what a lesson to learn!!!patut dah berumur makcik ni, tpi masih tegar mendayung...
rangkumkan semua lawatan2 ketika Mekong Tour..atas sekali tempat buat gulan2 candy untuk di crush di dalam mulut..hehehe..naik kereta kuda sampai topi hard rock osaka aku pun jatuh ke mana x sedar...hilang mcm tu j..xde rejeki namenya..osaka mari tu!!!member tlg belikan masa kat Osaka..aku nya tak la ke Osaka lagi..hehehe..
lps sampai, balik bilik jap, kuar balik..jalan2 cari baju,tudung dll..sambil jalan layan pak cik jual kelapa muda..memang berat beb..
kalau dah sampai shopping pun duduk, tu tandanya lebih dari sejam dua...hahaha
nasib tauke kedai memahami....dijamu kpoi o kaww!!memang sedap kopi2 kat sini..pasal ape x tau!!??macam gian..tapi bila buat bawa balik malysia, buat sendiri, x sama rasa dia..nak kena minum kat sana jugak..
lupa nama tauke tu ape..tapi org melayu champa la..pandai cakap melayu,,kedai area Ban Thahn Market jugak..dekat area gerai Basiroh..boleh pulak x snap gerai Basiroh tu..tapi memang popular la gerai dia..makanan memang ikut selera melayu kita la..& murah compare harga2 di restoran..
suasana pasar malam di sebalah Ban Thanh Market..pandai nego, harga memang boleh dapat murah..nego kaw2 pny k..coz harga diaorg markup smpi lebih dari 100%
suasana malam berhampiran pasar malam..ramai pelancong org2 kita je area ni..hahaha..terasa macam pasar malam kat taman2 rumah aku je...sistem trafik diaorg ikut dan je...spanjang aku kat sana x nmpak lak org eksiden..kalau jalan kaki jangan berenti tengah2 jalan..jalan je slow2..diaorg akan elak pejalan kaki..
malam sebelum pulang, diaorg ni je la yang terberanak beg..aku biase je..beg itu pergi..beg itu jugak la balik..xde tambah2..tai jadi mangsa tambahan berkilo2 kain baju tudung yang diaorg beli..hahaha..timbangm jgn x timbang..hotel ni siap bagi penimbang..esoknya b4 check out nak balik pun timbang lagi..x pasal2 nanti kene charge lebih masa check luggage.
overall enjoy bercuti di Ho Chi Minh..baki yang aku tinggal.. USD15 & 5000 Dong..duit malaysia of coz mmg ade baki byk lagi sbb aku bukan kaki shopping..hehehe..just suka berjalan2 melihat tempat org..
banyak pengajaran sebenarnya ketika di Ho Chi Minh..paling ketara ialah kerja keras...negara yang bangkit dari peperangan yang ngeri di mana rakyatnya sanggup melakukan apa sahaja pekerjaan untuk mencari sesuap nasi...4hari 3malam, tiada aku dengar siren polis, atau adegan polis mengejar perompak pencuri..seperti kata Hj. Halim, ditangkap polis kerana jenayah, bermakna seseorang itu telah menjatuhkan maruah keluarga masing-masing dan mendapat malu..bukan sahaja sebab jenayah, malah kalau ditangkap polis hanya kerana tak bayar saman atau disaman, itu sudah cukup memalukan bagi mereka...
bersyukur hidup di negara yang dilimpahi rezeki melimpah ruah...
No comments:
Post a Comment