Sunday, 10 March 2013

Pencerobohan Lahad Datu : Teruskan berdoa

Seperti yang dijangka, kerajaan Malaysia telah melancarkan serangan yang tidak pernah kita bayangkan. Menggunakan pesawat pejuang!!Kita hanya melihat kehebatan pesawat pejuang kita hanya ketika LIMA, hanya ketika ia terbang tanpa menggurkan sebarang bom, tapi kali ini, ia benar-benar digunakan ke atas pengganas Tentera "Kesultanan Sulu". Selama ini kita fikir negara kita aman. Rupanya, tidak!!!Ada pihak yang tidak senang melihat kita aman, sama ada pengkhianat negara, apatahlagi pihak luar!!!

Cumanya, jangkaan aku tersasar (lihat post Pencerobohan Lahad Datu : Satu Legasi Kanser). Tidak sangka pula VAT69, SB dan anggota polis yang terkorban.Setelah membaca beberapa blog, dan penjelasan anggota keselamatan, mengapa kita menggunakan polis, barulah faham keadaan sebenar. Tak perlu lagi diperdebatkan mengapa tindakan awal tidak menggunakan tentera. Setelah melihat beberapa perkara, tidak perlu kita berdebat sebab-sebab polis digunakan pada peringkat awal, dan bukan tentera. Sokonglah apa sahaja tindakan anggota keselamatan kita, kerana mereka lebih arif dan berpengetahuan luas dalam perkara keselamatan negara berbanding diri kita. Malah sanggup mempertaruh dan mengorbankan nyawa demi keselamatan dan kedaulatan negara. Alfatihah & salam takziah kepada wira-wira negara & ahli keluarga mereka. Bersyukurlah kepada Allah yang mereka SYAHID mempertahankan kedaulatan agama, bangsa & negara (rujuk fatwa Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan anggota beragama Islam yang terkorban insiden Lahad Datu)

Setelah hampir seminggu operasi dilancarkan dan dari hari pertama anggota keselamatan diserang, ada beberapa isu yang mungkin dapat aku lihat:

1) Pengganas "Kesultanan Sulu" ternyata terdesak, kerana apa???Kerana mereka juga kelihatan tidak dapat bertahan di Kg. Tanduo untuk tempoh masa yang panjang kerana mereka sedang dikepung oleh pasukan PDRM. Pergerakan mereka dikawal. Tuntutan mereka kerajaan Malaysia tidak penuhi. Filipina mendesak mereka pulang. Siapa yang hendak melayan jika menceroboh membawa senjata???3 minggu masa cukup lama untuk berunding. Memang mereka boleh mendapat bantuan makanan, pakaian dari sumber mereka atau dari penduduk kampung, tetapi mereka juga manusia. Oleh kerana terdesak, mereka mula mencari punca dengan menyerang anggota VAT69 yang membuat recce dengan berpura-pura menyerah diri dan kemudian terus menyerang anggota VAT69 sehingga menyebabkan dua anggota terkorban, dan tiga cedera. Namun anggota VAT69 berjaya membunuh 12 orang pengganas "kesultanan sulu". Begitu murah darah manusia di tangan pengganas "Kesultana Sulu" ini!!!!

2) Kerajaan Malaysia memberikan respond yang sangat baik. Menggunakan pesawat pejuang untuk mengebom kedudukan musuh, dapat membuka mata pengganas-pengganas "Kesultanan Sulu" ini yang kerajaan Malaysia serius untuk menghapuskan mereka. Selain itu, kerajaan Malaysia perlu membuat sedikit show-off kepada jiran-jirannya agar tidak memperlekehkan kedaulatan negara Malaysia!!!Serampang dua mata yang begitu strategik!!!Pembangkang selalu kata peralatan pertahanan mebazir wang rakyat, tetapi kali ini ia benar-benar digunakan untuk tujuan asalnya!!!Selain itu, ia menunjukkan betapa dalam hal-hal kecemasan sebegini, kerajaan mampu menggerakkan sumber-sumbernya, mencerminkan ekonomi negara berada dalam keadaan baik.

Berbalik kepada penggunaan pesawat pejuang untuk membedill kedudukan musuh, mula-mula aku agak musykil akan kejayaan operasi pembedilan ini, kerana tiada mayat dilaporkan ditemui, selain mayat-mayat pengganas yang telah ditanam. Namun, aku dapat lihat bahawa, mungkin pembedilan ini sengaja tidak mengenai kedudukan sebenar musuh, sebaliknya, strateginya ialah menghalu pihak musuh ke suatu tempat yang lain dan memudahkan tentera masuk ke dalam Kg. Tanduo dan menguasai Kg. Tanduo. Ini bermaksud, ialah untuk menghalau pengganas-pengganas ini ke dalam hutan untuk mengelakkan dari berkomunikasi dengan penduduk setempat. Manakala penduduk setempat pula dihantar ke pusat pemindahan. Mungkin ada penduduk setempat yang bersubahat dengan memberi bantuan kepada pengganas "Kesultanan Sulu" ini. Inilah anasir-anasir musuh dalam selimut yang paling berbahaya. Mengikut laporan, hampir 70 suspek yang disyaki bersubahat, sehinggakan ada khabar angin yang mengatakan salah seorangnya adalah anggota polis sendiri!!!sungguh bahaya!!!memang wajar keputusan PM untuk mewujudkan Kawasan Keselamatan Khas di Sabah dan menambah lagi 5 batalion tentera di Sabah. Ala-ala penempatan kaum cina ketika zaman komunis dulu, tapi ini zaman moden. Jadi, sama-sama lah kita melihat bagaimana pelaksanaannya nanti.

Sekarang, menurut Panglima ATM, pengganas hanya mampu bergerak antara Kg. Tanduo dan Kg. Tanjung Batu yang dipisahkan oleh semak samun dan kawasan hutan. Jadi, apabila mereka telah terkepung, sudah pasti mereka akan bergerak dalam kumpulan kecil untuk mengelakkan dikesan .Mereka juga terpaksa mencari makanan semulajadi dari tumbuhan-tumbuhan yang boleh dimakan di sekitar hutan. Mereka tidak lagi dapat ke rumah-rumah penduduk kampung kerana kawasan sebegini telah dikuasai oleh ATM. Mereka hanya boleh mengharap kepada informer mereka sahaja, tetapi sampai bila??informer mana lagi nak merisikokan diri memasuki zon panas ini???

3) Kerajaan Filipina dilihat sangat beria-ia ingi menghulurkan bantuan kemanusiaan. Kononnya ingin memberi bantuan ubat-ubatan kepada pengganas-pengganas. Hairan bin ajaib???Di Sabah, banyak hospital, malah di pihak ATM ada medical team siap dengan forensik lagi. Apa bantuan yang mereka nak hulur???  Jika hendak memberi bantuan kepada orang-orang tua, kanak-kanak dan wanita di kalangan pengganas, pihak kerajaan Malaysia akan uruskan. Mengapa perlu risau???Kejam sangatkan kerajaan Malaysia untuk membunuh golongan ini???Melainkan jika pengganas-pengganas "Kesultanan Sulu" ini menggunakan golongan ini untuk menyerang, umpan dan perisai mereka sendiri, pasti ada collateral damage. Siapa suruh bawa golongan sebegini kalau ingin menjadi pengganas menceroboh sambil membawa senjata???memang dasar pengganas sahaja yang mempergunakan golongan tua, wanita dan kanak!!!

Seperti ada sesuatu yang tidak kena. seolah-olah ada ejen kerajaan Filipina di kalangan pengganas tersebut. Inikah yang dirisaukan oleh kerajaan Filipina??Apatahlagi kerajaan malaysia dilaporkan telah mematikan sistem komunikasi pengganas dengan "Sultan" mereka. Jadi, sudah tentu kerajaan Filipina resah memikirkan ejen mereka yang entah masih hidup atau mati. Jika kerajaan Filipina tidak mempunyai ejen di kalangan pengganas "Kesultanan Sulu", serahkan sahaja kepada kerajaan Malaysia untuk menyerang dan membuat apa yang sepatutnya yang perlu. Kerajaan Malaysia tidak sekejam seperti pengganas Sulu yang menyembelih anggota PDRM yang telah terkorban. Kerajaan Malaysia sebuah kerajaan yang bertamadun, dan tahu bertindak. Jika pengganas-pengganas ini meletak senjata tanpa syarat, mereka akan dilayan sepatutnya. Jika ada wanita, orang tua dan kanak-kanak, pasukan keselamatan cukup bijak hendak bertindak, selagi nyawa mereka tidak terancam oleh golongan sebegini.

4) Kesungguhan "Sultan Kiram" ternyata berjaya menarik perhatian Ban Ki Moon SU PBB. Ternyata "Sultan Kiram" ini hendak menarik perhatian antarabangsa (sebenarnya USA) dalam isu ini. Ban Ki Moon dah mengeluarkan komen. Sebaik Ban Ki Moon keluarkan komen, "Sultan Kiram" pula mengumumkan gencatan senjata sebelah pihak (sudah goyang????). Alhamdulillah, kerajaan menyahutnya dengan tembakan demi tembakan. Memang dasar bajingan "Sultan Kiram III " ini. Kau langgar negara kami, kau sembelih polis kami, kemudian kau mintak PBB masuk campur. Inilah bahana ORANG GILA KUASA. Sanggup minta bantuan luar untuk meminta simpati. Tetapi lupa kekhilafan diri!!!!. Tetapi aku tidak yakin PBB akan begitu serius ingin masuk campur. PBB telah mengiktiraf Sabah sebagai sebahagian dari Malaysia, takkan mereka hendak mengiktiraf tuntutan "Sultan Kiram"????

Sokongan Rakyat

Memang sukar untuk menyelesaikan isu pengganas "Kesultanan Sulu" ini dengan kadar segera. Ia memerlukan bukan sahaja tentangan fizikal (tembak-menembak & pengeboman) tetapi memerlukan tindakan risik yang berterusan, propaganda yang efektif dan berterusan serta sokongan rakyat terhadap apa jua keputusan dalam melindungi kedaulatan dan kemanan negara. Semua rakyat perlu bersatu apabila timbul isu sebegini. Janganlah dipolitikkan isu keselamatan dan kedaulatan negara baik di pihak kerajaan dan pembangkang. ada darah telah ditumpahkan. Darah orang-rang yang syahid mempertahankan kedaulatan negara. 

Aku menjangkakan PRU13 tetap diadakan pada April ini. Anggota keselamatan perlu lebih memperketatkan kawalan keselamatan ketika mengundi terutamanya di kawasan panas di Lahad Datu. Risau-risau ada pula pengebom berani mati buat hal di pusat mengundi. Kacau ini kalau berlaku!!!

Aku berdoa semoga Allah memelihara dan menjaga anggota keselamatan kita sepanjang tempoh memburu pengganas-pengganas ini!!! 







 



















No comments:

Post a Comment