Monday, 2 March 2020

ETS Kelas Perniagaan (ETS-Business Class)

Entah apa yang difikirkan, tiba-tiba je nak mencuba ETS Kelas Perniagaan (Business Class) dari Arau ke Batu Gajah, walhal 3 jam je pun perjalanan. Jadi, aku ambil keputusan tak nak baca review orang lain, nak buat palatao.. dan nak alami sendiri. ETS je pun.. bukannnya pergi Jepun🙄

Sebenarnya aku ke Langkawi join event Langkawi Ultra 2020 (100km).  Event ni nanti la aku review sikit. Takde mood nak review sekarang. So, masa pergi Arau ambil koc biasa, masa balik ke Batu Gajah gatai tangan klik koc perniagaan.

1) Damage RM127. Sebab beli last minit jugak. KTMB buat harga flexi ala2 Air Asia. Lagi awal, lagi murah kot.

2) Goodies

Business Class Kit ni akan jadi hakmilik kita. Jadi jangan segan letak dalam beg sebelum turun ETS. 

Ada earphone

sarung lengan/inner kalau sejuk boleh pakai. Memang sejuk aircond dia suhu 22°c. Tak sure boleh request blanket or tak, cuba la tanya, untung-untung jadi hakmilik korang, sebab aku tak request. 

Dalam plastik ni bantal yang letak kat tengkuk. Aku tak tau apa nama sebab tak pernah guna sebelum ni. 

tak kembung lagi

kena tiup baru kembung... jangan sampai orang sebelah annoyed dengan hembusan korang. 


tag identiti

letak tag ni kat drop bag larian pun cara gak. 


3. Kemudahan

(abaikan tumit yang dah nak barai tu) 
ini yang dinanti-nantikan. Tempat mengecas. Ada mode USB & 3 pin plug. Sebenarnya untuk mode USB tak perlu pun switch on plug tu, tapi biasa la, buat palatao, bila ter off, baru tau hanya dengan cucuk je, hp tersedia cas. kalau nak guna 3 pin plug je baru switch on. 

kalau bosan, boleh layan movie, lagu, order makanan dan layan internet kat tab ni. Tab ni ada kat tempat letak lengan sebelah kiri. Tarik je keluar dengan tag yang disediakan di bahagian bawah sebelah kiri tu. Butang on/off ada sebelah kanan bawah tempat cucuk earphone tu...
haa..nampak?? semua ni kesan buat palatao

4. Tempat duduk
Aku tak snap sebab rasa macam akan ganggu privasi orang lain bila snap. Apa yang boleh aku katakan, tempat duduk dia luas & selesa untuk aku yang berbadan besar ni. Penat habis event ultra, memang sedap lunjur kaki. Boleh pilih double seat atau single seat bergantung pada keselesaan dan kekosongan. 

5. Makanan
Sebab aku naik jam 3.58 petang, menu makanan yang aku dapat ialah untuk minum petang dan makan malam. Semuanya telah termasuk dalam harga tiket. Kalau tak cukup, nak yang lain, boleh pergi kantin atau order je guna kemudahan tab yang disediakan. Nanti sampai la makanan yang di order tu. Tapi makanan yang di order dari tab tu kena la bayar 

menu minum petang ada muffin, kek dan air kotak

kalau you terbaca, this is for you.
(14 Mac) 

menu makan malam disajikan jam 6.15 petang.. awal juga.. jadi, aku ada masa sehingga 6.55 petang untuk setelkan sebelum turun di Batu Gajah. 

not bad, licin tala aku kerjakan 


6. Layanan
Jika dilihat dari perkhidmatan yang diberi oleh pelayan koc (macam pramugari tugas dia) memang terbaik. Bersedia memberi khidmat dan melayan pertanyaan penumpang. Mereka duduk di kerusi paling depan di koc yang sama.

So, kalau diberi sponsor, memang aku nak lagi la guna koc perniagaan ni.. hahaha..

apapun bergantung bajet masing-masing.. yang penting semua selamat sampai ke destinasi yang ingin dituju. 

Twincity Marathon 2020

Tahun 2020 dibuka dengan penyertaan Twincity Marathon 2020 untuk jarak 42km. Kali pertama sertai Twincity adalah pada tahun 2018 dan edisi 2020 merupakan penyertaan kali kedua.

Kali ini lebih meriah dengan penyertaan geng-geng The Boss Afro yang semakin membiak selepas Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2019. Jadi, untuk menjayakan tema geng-geng The Boss Afro, buat pertama kalinya, aku berlari dengan mengenakan rambut afro untuk jarak jauh. Peserta dilepaskan pada jam 4.00 pagi.


Panas?? semestinya!! 5km pertama ok lagi, masuk km15 mula terasa panas, so, sekejap buka, sekejap pakai sehinggalah km22 untuk solat Subuh.

Selepas solat Subuh, terus mengenakan afro sehingga ke garisan penamat. Yang menariknya, walaupun hari sudah cerah, tidak pula terasa panas walaupun pakai afro tebal ni.

Ada runners yang tertarik dengan penampilan geng-geng The Boss Afro, sehingga ada yang berhenti seketika untuk bergambar. Yang komen tengok kami kelakar pun ada, bukan sahaja pada rambut, tapi beberapa siri kekecohan, lawak yang kami sembangkan sambil berjalan/berlari. Yang best, kami berhenti memeriahkan suasana di cp yang ada karaoke lead by Ihsan. Sempat lagi berkaraoke lagu Hati Emas.

Gambar oleh Fiz Said





Gembira bila dapat komen yang positif, terutamanya apabila ada yang menyatakan hilang penat tengok telatah kami. Apa yang penting kita enjoy masa berlari. Jangan stress & serius sangat, unless kalau ada target nak podium atau dapatkan personal best. Biasa la, setiap orang ada target masing2 bila berlari. Kita raikan perbezaan tersebut sebab itulah yang menarik dan membantu industri larian ke arah yang lebih sihat dan matang.




Tentang route, keseluruhannya ok, cuma sedikit berbukit ketika menghala ke garisan penamat di Persiaran Flora, Cyberjaya. Tentang masa, berjaya tamatkan dalam tempoh 6jam59minit. Tak target apa-apa catatan peribadi terbaik. Cukup sekadar tamatkan dalam tempoh masa yang ditetapkan iaitu 8 jam, apatahlagi dengan berafro, berkaraoke, bergambar dan lain lain ragam.



Gambar oleh Empty Kotak

Ada rezeki, berjumpa lagi di edisi 2021.




Wednesday, 26 February 2020

Review Larian 2019

Sekilas pandang larian 2019. Untuk tahun tersebut, aku lebih memilih untuk sertai acara. 

1) Lumut Eco run 2019 (21km)

Personal best aku dengan masa 2j20minit. Tak ada target pun sebenarnya nak buat PB sebab aku anggap ini hanya warmup untuk next event. Cuma nampak berhasil la latihan selama ni sebab sebelum ni timing 21km 2j45minit






2. Borneo Ultra Trail Marathon (BUTM) 2019 (32km)

First time join event di Sabah, atau tepatnya di kawasan Kiulu. Tengok elevation 32km setara dengan 50km Janda Baik Ultra (JBU) 2018, terus tak jadi ambil 50km yang setara pulak dengan 100km JBU 2018. Join 32km je. Kawasan denai mostly memang open ditambah dengan cuaca kemarau, memang kena hydrate betul2.. memang standby banyak air & garam...biar beg berat dengan air, asal tak kena heat stroke dan kena sentiasa pantau heart rate. Event ni water station adalah air yang dijual oleh orang kampung. Menarik kan? Membantu juga pendapatan mereka. View memang cantik. Boleh nampak gunung kinabalu dari jauh. Air sungai kiulu walaupun sebahagian kawasannya kering akibat kemarau, tetap mengalir sejuk. Ada rezeki, memang nak repeat lagi event ni. 






3. Titi Ultra 2019 (50km)

Ultra Marathon Road yang ketiga dan yang kedua as finisher. Flagoff jam 1.00 pagi di Sekolah Kebangsaan Sungai Tekali, Hulu Langat menghala ke Genting Peras (or popular dengan Perez) berhampiran sempadan Negeri Sembilan dan kemudian uturn semula ke SK Sg Tekali. Cuaca dingin di area Genting Peras. Menyesal tak pakai lengan panjang & tak bawa emergency blanket. Agak tak tahan, tapi kena terus berlari agar badan dan kaki panas. 







4. Gopeng Ultra (GUT) 2019 (100km)

Cubaan pertama 100km ni sebenarnya gagal di km47 akibat termasuk salah route dan juga akibat timing yang ngam2 membuatkan tak sempat nak patah balik. Kesilapan sendiri selepas CP Drop Beg di Kuala Razila termasuk ke simpang yang lain. Bila dah sampai di satu CP, krew bertugas bagitau ni route menghala ke finishing line.. dalam hati aku "what the heck!!??" 😅 terima je la.. sebab kalau patah balik memang tak sempat dan buat penat je, so rileks kat cp tu tunggu 4wd kutip. 






5. Santai Venom Gunung Berembun & Cameron Night Run (CAMRUN) 2019 (5KM)

Event kali ni event santai2 dengan geng Venom naik Gunung Berembun & masuk event Cameron Night Run 2019 (5km). Menarik jugak Gunung Berembun ni, ada part yang ala2 mossy forest. Turun dari Berembun, layan BBQ. Sebelah malam pulak lari 5km. Plan asal nak berjalan, tapi tu la.. kaki ni gatai nak berlari jugak 🤣






6. Fraser Ultra 2019 (50KM)

Ini memang event favourite aku. Ada masa memang nak join tiap2 tahun. Sebabnya aku suka suasana di Bukit Fraser ni. Tenang dan mendamaikan berbanding Cameron & Genting. 

Kategori 42km dah tak ada. Digantikan dengan kategori 50km. So, aku pilih 50km. Belum ready untuk 70km apatahlagi 100km. 

Cuba target masa terbaik dengan ambil advantage downhill, tapi kaki terpelecok terlanding atas jalan tak rata. Nasib tak serius sampai patah or retak, cuma bengkak. Tapi terpaksa DNS last edition of The Magnificent Merapoh Trail (TMMT) 2019 sebab tak sempat sembuh. Jual pada member. 






7. Kuala Lumpur Standard Chartered Malaysia (KLSCM) 2019 (42KM)

Memang meriah, sebab ramai runners, tapi event macam ni kurang menjadi pilihan untuk aku. Cukup sekali. Kalau nak join lagi, may be 2 ke 4 tahun sekali atau kalau ada yang ajak.




8. Denai Ultra Sungkai (DUS) 2019 (50KM)

Kali kedua join & event wajib join ni sebab dekat. Flagoff di Felda Residence Hot Spring Sungkai. Route 2019 sedikit ditukar, menjadikan ia mencabar berbanding tahun 2018. Yang menarik, kali ni melalui perkampungan orang asli & kawasan air terjun Lata Enggang. Sayangnya DUS tiada untuk edisi 2020. Maybe 2021 nanti ada balik. 





9. Janda Baik Ultra (JBU) 2019 (50KM)

Event ni pun antara yang aku minat sebab suasana area Janda Baik yang tenang. Route yang mencabar especially 8km terakhir. So, dua kali dah join 50km (2018 & 2019), untuk 2020 try target 100km.





10. Larian Harian Keputeraan Sultan Nazrin Shah (LHKSNS) 2019 (15KM)

Event fun run wajib join. Di sini lahir dan membiaknya geng The Boss Afros.  Harap tahun ni boleh register lagi. 




11.  Melaka Ultra (MATRA) 2019 (50KM)

Event ni aku suka sebab lalu kawasan kampung dan route dragon back yang memanjang. 2018 aku DNF km48. 2019 berjaya juga habiskan dibantu route yang kurang mencabar berbanding tahun 2018. So, 2020, takkan nak ditahap yang sama, kita cuba upgrade 100km. 






12. Malaysia Mountain Trail Festival (MMTF) 2019 (25km)

Event ni memang mencabar. 1st edition  2018 join 36km DNF CP1 km12. Hujan sebelah malam, esoknya trek licin, barai tak boleh bincang. Dapat pace slow macam aku, memang naye ler dapat trek barai. Naik setapak, tergelincirnya bertapak2. Tengok timing, memang boleh agak, sampai CP1 around 10 minit lepas COT.

So, for the 2nd edition decided untuk join 25km je.. itu pun jenuh.. apapun untuk tahun 2020 aku lupakan hasrat nak join MMTF sebab harga yang mahal.






13. Perlis Ultra (PUTRA) 2019 (75KM)

PUTRA 2019 ni merupakan edisi pertama game ultra yang dianjurkan di Perlis. Alhamdulillah rezeki free slot dari Malaysian Ultra Runners Association (MURA). Penutup acara 2019 dan juga merupakan jarak larian  paling jauh untuk aku.