Thursday, 10 September 2015

#FAMJAHANAM_10_31_88



Sebagai peminat sukan bola sepak ,aku mengaku aku bukan peminat tegar pasukan bola sepak kebangsaan. Aku lebih mengutamakan pasukan Arsenal. Malah kalau perlawanan Liga Malaysia dan Arsenal clash  live di TV, aku pilih untuk menonton Arsenal.Yang membuatkan aku menyampah untuk melihat bola sepak liga malaysia ialah kegagalan demi kegagalan pasukan kebangsaan dalam arena antarabangsa. Bukan maksud tidak boleh terima kekalahan, tetapi perkara ini terlalu lama dan bertambah parah!!!

Kejuaraan diperingkat Sukan SEA dan AFF langsung tidak mengujakan aku, namun aku faham, sepatutnya kejuaraan sekecil itulah yang harus menjadi titik tolak untuk mencapai objektif layak ke Piala Dunia atau sekurang-kurangnya layak ke Piala Asia secara merit. Mengikut sejarah, pasukan kita mampu dan pernah beraksi di peringkat Olimpik dan Asia. Bukan sekadar jaguh kampung (ASEAN/Nusantara). Tapi, malangnya, dari tahun ke tahun ke makin pasukan bola sepak negara merudum ke lembah kehinaan pula.



Tapi satu yang mengujakan, dengan tertubuhnya Ultras Malaya (UM), ia telah memberikan aku satu dimensi yang berbeza dalam mendukung pasukan bola sepak kebangsaan. UM telah membuka minda aku, dan mungkin banyak pihak lagi untuk sentiasa memberikan padu pasukan bola kebangsaan. Selepas itulah aku mula berjinak-jinak ke stadium untuk melayan permainan pasukan Perak dan pasukan kebangsaan. Bukan sekadar menonton, malah sekali sekala turut bersama-sama UM berdiri melaungkan chant UM sehingga tamat perlawanan, biar apapun keputusannya. Tapi agak-agak la!!!kesabaran peminat ada batasnya jugak.



Melihat kepada keaturan gerak kerja organisasi dan dan semangat yang membara, aku yakin yang kesungguhan mereka tidak akan luntur dalam terus menyokong pasukan bola sepak kebangsaan. Sebab itu, apabila UM bertindak 'biadap' pada perlawanan MAS v Arab Saudi tempoh hari, aku sedikit pun tidak rasa apa-apa, kerana itu membuktikan mereka sudah jelek dan berasa hina melihat puak-puak atasan FAMB yang menjadikan pasukan kebangsaan yang ada pada hari ini. Bukan faktor kekalahan 0-10 ditangan UAE semata-mata, malah banyak lagi faktor-faktor lain yang membuat UM dan peminat-peminat hilang sabar dengan BAJINGAN-BAJINGAN DI FAMB. Aku yakin, bukan UM sahaja, malah banyak pihak (terutamanya silent majorityyang merasakan perkara yang sama, cuma mungkin tidak akan membuat seperti apa yang UM buat.

Tapi, kalau dah itu satu-satunya cara untuk FAMB lebih membuka mata, maka pada aku itu tindakan UM adalah sangat  WAJAR sekali. Biarkan apa orang nak kata, "memalukan" , "bodoh" , "pengkhianat" , asalkan FAMB merasakan amarah UM yang telah sekian lama berusaha berjuang dengan cara yang lebih sopan. Biarlah jika FAMB digantung sekalipun, biarlah tiada apa-apa perlawanan bola sepak sepanjang digantung, asalkan UM & peminat hilang marahnya. Asalkan FAMB diSAMAK DAN DIBERSIHKAN SUPAYA MENJADI FAM yang sebenar-benarnya, di mana pengurusan tertinggi membuang egonya dan mampu mengangkat kembali martabat bola sepak negara. Biarlah pemain-pemain sekarang dikambing hitamkan dan dikorbankan di atas sikap UM dan FAMB jika digantung jika itu mampu membantu memulihkan FAMB menjadi FAM,

Biarkan media-media bermain api dengan UM, asalkan UM tidak luntur dalam perjuangan dan matlamat mereka untuk terus menekan FAMB supaya dapat mengembalikan kegemilangan sukan bola sepak tanah air di peringkat Olimpik dan Asia. Kita perlu ingat, media akan buat apa sahaja yang perlu untuk melariskan jualan akhbar dan berita,. Jadi aku tak hairan langsung dengan propaganda media. Sebab memang itu kerja diaorang untuk propa dan lariskan jualan.  



Pada bangkai bangkai dan mayat hidup di dalam PENGURUSAN TERTINGGI FAMB, ingat!!! Ultras Malaya, walaupun tidak mewakili suara majoriti rakyat Malaysia, tapi mereka orang ke-12 yang mampu mengubah destini sesuatu perlawanan dan sesebuah organisasi seperti FAMB.



















Monday, 25 May 2015

Tamyong Po / Tanjung Pauh

Hari Ahad 24 Mei 2015, hari yang agak membosankan sebenarnya sebab tiada apa-apa aktiviti yang nak dilakukan. So, aku dan azwan & wife pun plan nak ke Tamyong Po, ataupun nama Melayu dia Tanjung Pauh. Perjalanan dari Arau ambil masa kira-kira 1 jam 30 minit. Senang cerita dari Border Wang Kelian-Wang Prachan (Thai) kira-kira 45 minit sahaja ikut jalan shortcut. Kalau tak tau, gunakan Cygic. Sangat mudah. 

Tanjung Pauh ni lokasi dia dalam Daerah Mueang Satun di Wilayah Satun kira-kira 10km dari pekan Satun yang mana penduduk majoriti dia orang Melayu Muslim. Masih ada antara mereka yang panggil Setul. Meuang tu kalau terjemah bahasa kita Mambang. Pasal apa ada nama Melayu pulak dan kemudian ditukar pada nama Thai. Pasalnya dulu-dulu punya cerita, Setul ni berada di dalam wilayah Kedah sebelum Perjanjian Bangkok 1909 antara Siam (kini Thailand) dengan penjajah British yang menyaksikan banyak wilayah-wilayah Selatan Thai jatuh ke tangan Thai. Sangat berat sebelah!!!dan merugikan orang-orang Melayu. "Nenek moyang kaya raya, tergadai seluruh harta benda".... Namun mungkin ada hikmahnya. Kenapa?kejap lagi aku cerita sikit2.


Apa yang menariknya???yang menariknya ialah makanan laut dia la. Macam kat Perlis ada Kuala Perlis, kat Kedah ada Tanjung Dawai, kat Satun ada Tanjung Pauh. Empunya gerai yang aku pergi ni nama dia Pak Tam. Tapi masa pergi tu Pak Tam nya tak ada. Yang ada mungkin Mak Tam, Dik Tam, Cik Tam dan Som Tam...hehehe.. Sebenarnya tempat ni belum popular sangat la di kalangan orang kita macam di Songkhla, Hatyai dan Krabi. Yang banyak datang pun mungkin geng abam2 motor, dan orang-orang yang tinggal di Perlis dan Kedah. Mungkin sebab baru di buka kot area ni. Terlupa nak tanya makcik-makcik yang kat situ.

dah sampai area Tanjung Pauh tu jangan lupa cari signboard ni. Nak ke kedai ni jalan dia berbukit-bukau dan selekoh tajam, so, hati-hati kerana terdapat tebing yang belum dipasang dengan penghadang jalan.



Ada beberapa menu yang menarik boleh dicuba di sini. Antaranya,

udang lipan goreng beserta bawang putih kriuk kriuk..yang ini sekilo RM140.00 (duit kita)..pasal apa mahal?jap lagi aku bagitau...yang dah tau, kasi cepat teleport ke Tanjung Pauh.


 banyak jenis ikan ada, kami pilih ikan senangin masak stim..agak berbeza dengan kita di sini, stim di masak dengan lengkuas, bawang putih dll, tapi di sini, ia dimasak dengan cili berapi..berasap telinga..menggigil bibir...tak disyorkan untuk mereka yang tak makan pedas...order la menu lain kalau tak mau yang pedas.



ketam blackpepper..memang sangat sedap dan pedas


ketam masak kari...diadun dengan telur untuk kuah yang pekat, memang best..siap tapau untuk bawa balik dinner...


 yang best kat Thailand ni kopi dia..selalu beli kat 7e dia je...tapi kali ni nak try Green Tea..memang manthopp...dia punya aroma green tea dan kemanisan dia memang power!!!tak cukup secawan, mai secawan lagi..hehehe..tapi, kalau hari2 boleh potong kaki ni..haha..

kemusnahan yang dialami cuma THB1,045.00 atau RM115.00 untuk tiga orang makan...pada aku yang dah selalu makan seafood kat perlis, kedah ini dikira murah melihatkan lauk yang diambil...pakai duit Malaysia dia markup sikit harga pasal duit malaysia nilai rendah banding thai buat masa sekarang..


tadi dah bagitau kenapa udang lipan tu mahalkan?sebabnya...nin dia baq hang!!!! bukan main meriah depa berenang..pilih ja mana yang nak..segar dari air...manis isinya..sangat berbaloi...barang fresh, barang hidup, memang mahal la kan...tapi berbaloi2x..


so, jangan ragu-ragu tentang isu  suntikan formalin pada ketam di sini....tempat lain aku tak tau...tapi di sini aku dah check dah, memang tak ada kesan-kesan suntikan..tengah hidup apejadah nak suntik formalin kan?sorry lupa nak tangkap gambar yang tiada kesan suntikan tu..tapi memang itu yang 1st aku check...

cantik kan pantai dia?

Dari kedai Pak Tam ni pemandangannya cantik. Boleh nampak Gunung Mat Chinchang, Langkawi dari sini. Dekat je nak ikutkan kalau ada jambatan dari Kuala Perlis or Langkawi nak ke Tanjung Pauh. Sambil tu aku bayangkan dulu-dulu orang Tanjung Pauh/Satun dan Langkawi/Kuala Perlis berulang-alik naik sampan je. Tiada passport, tiada negara Thailand, tiada sempadan antara mereka.  

Satu yang terkesan adalah orang kat sini masih boleh cakap Melayu cakap loghat utara sama macam orang Kedah cakap. Sampai ada sorang budak kecil tu cakap "mak, cheq nak balik" kat mak dia yang tengah buat air kat kedai ni. Rupanya dia ajak mak dia balik nak ambil kereta mainan. Tapi sayangnya kini, dah terpisah dek sempadan dua negara.

Bercakap tentang hikmah saudara yang terpisah oleh dua negara, yang menariknya tentang Tanjung Pauh ni ialah suasana persekitaran kedai makanan laut mereka. Lihat sajalah pemandangannya. Sangat bersih. aku nak cari puntung rokok pun sikit punya susah sampai nak buang puntung rokok pun rasa malu. Sampah sarap apatahlagi. Hampir tidak kelihatan langsung di sekitarnya.

pantai bersih, boleh mandi...mungkin kawasan terlindung angin menjadikan air lautnya boleh dimandi 

persekitaran yang nyaman dan bersih



Pada aku, ini semua adalah berkenaan mentaliti dan sikap. Sikap dan mentaliti yang rajin, akan membantu kepada perkhidmatan yang baik. Pandai depa jaga persekitaran. Kalau depa sendiri tak jaga, perokok yang merokok tentu akan membuang merata puntung rokok dan dah tentu banyak sampah sarap bertaburan. 

Lagi satu yang menarik ialah tentang jalan. Di sini jalannya baru hendak disiapkan yang menghubungkan antara pekan Satun dan Tanjung Pauh, tetapi, jalan yang sedang disiapkan itu terasa seperti sudah siap!!faham maksud aku? Kalau di negara kita, jalan yang sedang dibuat akan ada batu kerikil yang besar-besar yang mengganggu kelancaran perjalanan kenderaan serta debu yang teruk, tapi di sini, batu-batu tersebut digelek dan kemudian dibubuh tar. Macam tu la kot. Senang cerita tengok la gambar ni.

jalan ni belum siap, belum ditar sepenuhnya...tapi macam dah ditar sedikit..tiada gangguan kelancaran kenderaan oleh batu kerikil dan debu tanah  yang teruk..


jalan ni telah ditar sebelah..jalan sebelah lagi yang kami lalui masa perjalanan belum ditar sepenuhnya...tapi perjalanan sangat lancar seolah-olah telah ditar sedikit.aku rasa, pembinaan jalan macam ni sangat selesa dan sangat perlu dipelajari oleh pihak JKR. Lepas raya ni siap lah bak kata Pak Tam kepada Azwan. Azwan dah datang sini dulu minggu sebelumnya.

dari sini boleh nampak Kuala Perlis..bukit yang belakang tu...sayup je.. 


seperti biasa, trademark "Kamikazie Diver  was here" hehehe..nasib Azwan bawa.

kalau perasan, ada gambar Che Det masa on the way nak ke Tanjung Pauh sebelum nak masuk pekan Satun..mungkin promosi pelancongan ni...bukan senang orang Thailand nak buh gambar orang luar besar-besar macam ni selain dari gambar raja dan kerabat raja Thai. Mungkin Che Det besar pengaruhnya terhadap pemimpin dan masyarakat di Satun ni. 

Apapun melayan seafood sambil melihat dan mengamati budaya setempat di Satun, terutamanya di Tanjung Pauh ni sangat berbaloi. Orang-orang Melayu Muslim di Tanjung Pauh dari segi percakapannya tidak jauh berbeza dengan orang-orang utara. Sangat sama. Sebut je ikan apa nak makan, ikan senangin?ikan siakap?ikan kaloi?ketam?sotong?udang?sama je dengan kita..depa faham..tak payahlah nak cakap Melayu lenggok2 thai ala2 saya suka Pon..siam ka...speaking London ka...cakap je bahasa kita, insyaAllah, depa faham..sebelum balik siap depa ajak makan kenduri di Ban Sai Yao, depan sikit je dari Tanjung Pauh ni. Terpaksa tolak sebab perut dah full tank...

tak tau pasal apa nak sangat ambil gambar signboard ni...walhal signboard Tamyong Po tak ambil pun...mungkin sebab nama signboard tu Che Bilang tu nama Melayu kot..


















Thursday, 14 May 2015

Daulat Tuanku!!!

Sekongkong Tanah Minangkabau
Selilit Pulau Perca
Di lengkong ular Saktimuna
Perpisahan Beta di selat Melaka
Jika Sah Beta Raja berdaulat
Lepaslah sekalian malapetaka


Daulat tuanku!!!
Daulat tuanku!!!
Daulat tuanku!!!

Semoga Allah merahmati dan mengurniakan taufik dan hidayah kepada Sultan Perak ke-35, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dalam memerintah watan.


Sangat menarik untuk melihat pelbagai adat istiadat yang perlu dilalui oleh setiap insan yang bergelar Sultan Perak. Segala adat istiadat tersebut disifatkan sebagai satu petunjuk kerana ia memberi sebab hingga seolah-olah ia perlu dilakukan.

Kenapa???

Panjang dan bersimpang siur sejarahnya. Sejarah yang aku sendiri tidak tahu sebelum ni(tidak pernah ambil tau sebenarnya). Sekurang-kurangnya dengan beberapa petunjuk dari penulisan Srikandi di FB dan Riwayat Melayu, dapatlah sedikit pencerahan tentang mengapa adat-adat tersebut perlu dilakukan. 

Melalui pencarian untuk mendapatkan sedikit maklumat, sekurang-kurangnya aku tau serba sedikit apa kaitan keturunan Kesultanan Perak zaman moden ini dengan Kesultanan Melayu Melaka, Aceh, Pasai Kelantan, Orang Asli,  malah jauh sebelum itu lagi seperti Sailendra, Srivijaya, Gangga Negara, Beruas dan Manjung.




Semuanya ini ada kaitan dan juga pertalian. Sejarah kesultanan dari berbagai garis keturunan diraja dan sejarah Melayu itu sendiri yang bersimpang siur, membuatkan banyak antara kita sukar mencari petunjuk-petunjuknya. Silap masuk simpang, kita mungkin akan tersesat dan mula mengatakan sejarah kita hanya fiksyen rekaan penjajah. Salah simpang, kita mungkin mengaku kita berasal dari Yunnan atau India. 



Jika diamati, ia bukan fiksyen kerana orang putih sendiri memerlukan tandatangan sultan-sultan Tanah Melayu ketika hendak menubuhkan Malayan Union. Mengapa mereka tidak membunuh sahaja semua sultan di Tanah Melayu jika hendak menubuhkan Malayan Union seperti yang berlaku di Indonesia??Mereka sangat penyabar dengan orang-orang Melayu. Pasti ada sebab sangat utuh!!!

Itu belum lagi diperincikan, siapakah Tok Temong?Satu figura yang yang sangat berpengaruh kepada Sultan Perak yang mana makamnya wajib diziarahi oleh setiap Sultan Perak yang baru ditabal.Apakah ia nama, atau gelaran?

Apa kaitan Tok Temong dengan Sultan Perak Pertama, Sultan Muzaffar Shah I? Kenapa tidak Tun Saban sendiri melantik Tok Temong menjadi Sultan/Ratu negeri Perak?atau melantik dirinya sendiri. Tok Temong boleh sahaja menjadi Ratu Negeri Perak jika dia mahu. Atau Tun Saban boleh sahaja menabalkan Maharaja Lambor dan pembesar-pembesar lain yang ketika itu turut berkuasa ke atas jajahan masing-masing di Perak. Kenapa perlu menjemput pewaris Melaka-Srivijaya sendiri untuk menjadi Sultan di Perak? Banyak persoalan timbul apabila mendapat maklumat mengenai sistem kesultanan melayu khususnya di negeri Perak.


Walau apapun, institusi beraja perlu memegang kuat pada tali Allah, supaya ia menjadi contoh dan ikutan rakyat. Waadat antara Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun harus difahami dengan jelas melalui pendidikan dan pemahaman. Ayat-ayat yang tersirat di sebalik waadat itu perlu diterjemah dengan jelas agar dapat difahami generasi kini. Jangan hanya melihat yang tersurat sahaja, tanpa memahami yang tersirat di sebalik perjanjian mereka. Jika ini boleh difahami oleh raja dan rakyat, peranan dan fungsi institusi beraja sudah pasti akan kekal relevan hingga akhir zaman.


Daulat tuanku!!!




     



Sunday, 1 March 2015

Diving Koh Lanta Event Siri 1/2014 Batch 2 Scuba Jeff : Bahagian 2 - Pusing-Pusing Koh Lanta

Kisah di Koh Lanta diteruskan lagi...Walaupun lama aku perap sebab tak berapa ada masa dan malas nak mengadap blog sendiri, tapi cerita perlu diteruskan..sekadar berkongsi maklumat...ok..banyak kisah menarik yang boleh digarap berkenaan Koh Lanta. Kali ini berkenaan kisah
- bergaya di Koh Lanta
- pekan lama Koh Lanta
- kali pertama memegang joran
- warung 'Wardina'

Bergaya di Koh Lanta

Antara kemudahan perkhidmatan yang disediakan di Koh Lanta, terutamanya di pekan Saladan ialah perkhidmatan menjahit pakaian. Yang menarik, mereka boleh menyiapkan pakaian yang ditempah dalam tempoh 24 jam masa yang ditempah. Kat Malaysia aku tak tau ada ke tak perkhidmatan macam ni sebab tak amik port sangat bab-bab tempah pakaian ni. Tapi bila ini dah kali ke-2 aku tau ada perkhidmatan macam ni di Koh Lanta, aku teruja juga nak tau mcm mn proses menyiapkan baju 24 jam ni. Kalau dulu apabila ke Ho Chi Minh, aku tak amik port, so, kali ni aku amik port sikit la.

So, apabila Hapes cakap nak tempah set baju 3 pieces, sia, akupun follow. Proses dia nampak mudah la. Mula-mula pilih la fabrik mana kita nak, Bila dah pilih, ambil ukuran badan sambil bagitau tailor nak fesyen yang macam mana, Dah siap-siap ukur dan beri gambaran fesyen lagu mana yang kita nak kat tailor, tailor akan minta untuk datang semula selepas 45 minit. Ini kerana, dalam tempoh 45 minit tu ,tailor akan memotong fabrik yang telah kita pilih tadi. Sambil-sambil tu layan la kopi kat kedai 7e diaorang sambil pusing-pusing pekan Saladan. Sedap nak mampos!!!apasal tak ada kopi macam tu kat Malaysia!!!kalau ada pun mahal nak mampos!!!

Lepas 45 minit, sebenarnya sejam la, kami pergi balik ke kedai dia. Masa ni la fabrik yang telah dipotong seolah-olah 'diikat' dengan jarum peniti bagi tujuan fitting. Time ni lah masa yang penting untuk pastikan ukuran fabrik yang telah dipotong ngam dekat bada kita. Kalau terketat lebih, minta tailor longgarkan sikit dan vice-versa. Nak ubah apa-apa time ni la ye. Ia bergantung juga pada budi bicara tailor sebenarnya. Kasi bincang elok-elok bagi setel. So, lepas dah puas hati dengan fitting, bayar deposit, kemudian tailor tu jahitkan la. Dijamin siap ESOK DAN MURAH!!!

proses fitting, 3 pieces ini Hapes menempahnya dengan harga cuma RM750, fabrik apa???aku tak tau...tapi kalau kat malaysia RM1200++ harganya. 

yang penting dah tempah, kerap pakai takpa..berbaloi2...aku nak tempah takut berhabuk bersawang ja nanti..hahaha..tak reti nak pakai ber pieces pieces mcm ni, melainkan jika terpaksa akibat dipaksarelakan

Pekan Lama Koh Lanta

Tidak pula aku tau di Koh Lanta ada pekan lamanya, malah sehingga kini masih wujud dan menjadi tumpuan pelancong. Rumah kedainya dibina dengan senibina kayu berwarna coklat kehitaman dan diselang seli dengan bangunan batu, suasana kiri kanannya seakan-akan berada di Jonker Walk, Melaka. Itu pemandangan di pekan Lama Koh Lanta. Majoriti mereka yang berniaga di Old Lanta Town adalah orang Cina yang dah tak pandai cakap Mandarin/Kantonis pun. Bahasa mereka ialah bahasa Dambro/Paktai dan Bahasa Thai. Apa beza Bahasa Dambro dan Bahasa Thai? Boleh rujuk di https://www.facebook.com/srikandisejarah/posts/927783580580201

Apa yang menarik di Old Lanta Town ini adalah ia merupakan satu pekan yang bersih. Sukar sangat untuk melihat sampah-sarap bertaburan di ata dan tepi jalan. Kedai-kedai cenderamata dan kedai kopinya juga turut bersih.






Bangunan rumah kedai dijaga dengan baik dan nampak cantik sekali


Di sebuah kedai hammock yang menjadi tumpuan pelancong terutamanya dari pelancong Barat. Sangat berkualiti.


kedai ni diuruskan oleh sepasang suami isteri...hanya satu hotpost ni sahaja yang ada dikedai ni, sesuai la untuk backpakers yang pergi honeymoon...lihat pemandangan di belakang gambar ni, waktu air surut, bersih tanpa ada sebarang sampah..sangat rare berbanding sesetengah tempat di Malaysia yang kualanya menjadi 'tempat pembuangan sampah'. 


Kali pertama memegang joran

Entah kenapa trip kali ni aku buang tebiat untuk memegang joran. Tak pernah-pernah seumur hidup aku memancing. Trip kali ni pulak gatai nak memancing. Sejam seingat aku dalam 300 Bath dan jika hendak ambil ikan akan dikenakan caj 400 bath sekilo...mahal der....dapat ikan terus lepas je la...alkisahnya selama hampir sejam seekor ikan pun aku tak dapat...puas tukar-tukar umpan..tukar pulak tempat baling joran, seekor ikan pun tak dapat lagi...mmg suwey..hahaha..last call dari Jeff masa tinggal lagi seminit, akhirnya dapat juga sekor ikan..


tauke molten ni plak paling banyak dapat ikan takdan 2-3 minit...aku pulak dah berapa kali tukar tempat tak tau la..

last call baru dapat...hehehe..puas!!tapi malas dah aku pegang joran lepas ni..haha


Warung 'Wardina'

Kenapa Warung 'Wardina'? tak perlu cakap banyak..tengok je gambar..hehehe


credit untuk Azni kasi troll ini gambar..hehehe..bukan main diaorg berbut2..haha...orang Melayu Koh Lanta yang tak boleh cakap Melayu..reti cakap Siam je..tapi bila tanya, adakah depa melayu, yup!!mereka mengaku orang Melayu (Malai)....kakak dia pandai cakap English..2 malam berturut2 pergi makan kat kedai depa ni,..ada iras2 Wardina...saja syok2 mengusik.....memang sowaiii....hehe


sedap makan kat kedai ni, tak jauh dari Pada Hotel..tak ingat kedai apa nama dia.. 

So, banyak ktiviti yang menarik sepanjnag di Koh Lanta. Kisah disebaliknya banyak yang boleh dipelajari dan diambil pengajaran. Terutamanya betapa Melayu di sana banyak yang tak pandai cakap Melayu dah kecuali generasi tua dan Melayu Kelantan dan Pattani. 

 







Monday, 5 January 2015

Berakhirkah Era iOS Untuk Aku???

3 Januari 2015 , 2004 hours

Tengah sedap melayan FB kat iPhone 4 (ip4) aku sambil makan keladi goreng yang krik krik rangup dia,  tiba tiba pelan pelan je skrin ip4 aku ni kabur lantas membentuk lajur lajur seakan cahaya aurora...what the F??aurora kat Iceland punya jauh aku tak pernah tengok, tiba tiba mai kat ip4 aku!!!kabur jap mata aku..rasa nak hentak hentak kat atas tilam...cuba on off 2-3 kali, jalur jalur aurora makin banyak..rasa nak lenyek lenyek je..marah tahap kyuubi dah time tu!!!damn!!!masalah skrin sudah bermula...


3 Januari 2015, 2050 hours

dengan tahap kepantasan mengatasi cahaya, aku terus memecut ke kedai telefon dengan satu niat yang suci murni..menyambar Nokia 1280 sebagai telefon sementara...damn!!!boleh pulak aku tanya mcm mana nak bukak penutup belakang Nokia 1280 dan ada tak bagi free gift mcm handsfree dan casing!!!amoi cina tu perhati semacam ja...fullamak!!!moden sangat ka aku ni?...terus sambar no maxis....012-5xxxxx1..hihihihi..jadilah untuk sementara waktu pakai hp ni...rasa janggal tanpa wechat..tanpa wassup...jari jemari seakan akan meronta ronta untuk mengetik telefon...apakan daya..Nokia 1280 dibeli kerana terpaksa....tapi satu perkara yang pasti aku berasa sedikit aman sebenarnya, walaupun hati memberontak tiada smartphone....ishhh!!!boleh kot dulu hidup tanpa smartphone...sekarang pun aku akan pastikan aku boleh hidup tanpa smartphone....ditambah menanti bunga yang mekar, aku yakin, aku boleh fokus...

Evolusi Telefon Bimbit Aku

kali terakhir aku pakai hp Nokia N95 kot tahun 2008...bangga boleh MMS gambar dan tangkap gambar...siap boleh layari internet tu...

mula-mula tengok mak bapak aku pakai Alcatel tahun 2000-2001..tet teketet teketet teketet...macam robot Alpha dalam Power Rangers pulak bunyi dia..aiyayaiii....

kemudian tahun 2002 pakai 3310 dengan pakej simcard yang seratus lebih harga dia...mahal siot!!!ketagih main game ular makan dedak..aku telefon siapa?telefon mak bapak dan kawan kawan aku la....

2003 pulak pakai 3210...juga ketagih game ular dan ketagih nak jadi komposer lagu...yang ianya nak dengar lagu cucuk sikit earphone berbunyi lah radio...

2005 aku pakai Nokia bunga...aku tak ingat nokia jenis apa..tapi orang dok panggil Nokia bunga...nokia bunga ni pemberian seseorang...TITIK!!!

2008, terus beralih arah ke Nokia yang sedikit moden iaitu Nokia N95..masa tu macam macam jenis hp...nokia lipat lipat..senget sana senget sini...pusing sana pusing sini...tapi antara yang menjadi bahan ketawa aku dan kawan kawan serumah tentulah Nokia sabun atau N-gage..pada kami nampak pelik masa tu...pada mata si pemakai mungkin unik...citarasa lain lain..apa ada hal...

semua hp tu ada yang aku jual, ada yang dah rosak total lost, dan ada yang aku pulangkan semula...TITIK!!!

tapi dulu aku tak sangka 3310 sekarang telah menjadi antara telefon legenda sepanjang abad yang menyimpan memori memori indah dan kelakar....hehehe...kalau aku tau, aku simpan buat koleksi vintaj...tapi aku bukan pengumpul barang barang vintaj ni...aku lebih kepada minat membaca....kalau 20 tahun dulu aku minat kumpul setem, sudah pasti hari ni aku minat kumpul barang barang vintaj..biasanya macam tu lah..apa pun minat masing masing..apa ada hal....

Era iOS Hampir Berakhir???

dah hampir 5 tahun aku pakai ip4 dari 2010, baru sekarang buat hal ip4 ni..lasak jugak lah...jatuh terhempas ke lantai tanpa sebarang amaran dari transponder dah tak terkira banyaknya...nyaris nak jatuh dalam lubang jamban banyak kali....penangan smartphone sampai ke jamban!!ape kejadahnya!!!nasib tak membawa ke sembahyang...iOS sangat sebenarnya pada aku agak sofistikated tetapi tidak terlalu kompleks sehingga tidak mesra pengguna...agak mudah sebenarnya kerana pihak Apple telah mengeluarkan telefon yang pada aku sangat berteknologi, mesra pengguna (sesama pengguna Apple sahaja), nampak sedikit sombong dan berlagak di situ kerana Apple berada dalam dunia dan kelasnya tersendiri...

yang ianya aku suka pakej celcom yang aku ambil sekarang ni..guna internet data sesedap hati....jika gunakan lebih dari data yang diberi, tiada caj fair usage policy dikenakan...hanya terima notification mengatakan aku telah melebihi penggunaan dan internet aku jadi perlahan..tapi boleh lagi menggunakan wassup, text wechat dan ber FB, cuma kalau nak layan youtube tu, boleh tidur mimpi-mimpi dahulu jadi super saya sementara nak tunggu youtube tu bergerak dari 00:00 ke 00:01...

bila sekali skrin dah rosak dan dibuka, ip4 ni pasti akan berjangkit penyakitnya...sama ada penyakit lama iaitu penyakit skrin berulang atau penyakit baru datang menyerang...butang home memang dah lama jahanam..tapi aku tak kisah sangat sebab tak memberikan penyakit yang serius...boleh set kat setting..ni masalah skrin ni..biasanya ia akan berpanjangan ke penyakit lain suatu hari nanti dan berpotensi untuk diserang semula...biasa lah hp...

dengan kerosakan skrin ip4 aku hingga menjadi jalur jalur aurora, aku mula tertanya-tertanya berapakah kos untuk memperbaikinya??kos nak ke Iceland memang jauh lagi...siasatan terperinci telah dilakukan dan ia memakan kos sekitar rm300-450!!!what the F!!!kalau macam ni baik aku beli telefon baru yang guna Android memandangkan ip6 tersangatlah mahal harganya..nak kena kumpul duit dulu baru boleh beli ip6....takkan nak keluarkan seketul duit gaji kot....tak berbaloilah pada aku keluarkan seketul duit gaji beli ip6.....kalau aku nak rasa makan pasir rumput bulan ni cuba la!!!!duit simpanan jangan sesekali guna dalam hal ni!!!!

apapun tunggu la isnin ni..ip4 sedang di diagnosis oleh technician kat sebuah kedai di Perlis ni..tengok berapa kos dia nak kenakan...sekarang ni tengah pening nak beli ip6 celcom atau Asus Zen 6 atau Xperia Z3 celcom....nak beli fon dari telco kena tunggu 3-4 bulan gaji dulu kumpul2 baru ada bajet...nak beli Asus Zen 6, hujung bulan Januari ni boleh on dah..tapi aku skeptikal sikit sebab macam macam nak kena update pulak secara manual...kena download kat pc dulu la..then cucuk hp ke pc...yeke???aku yang kompleks mcm ni aku malas...tambah kalau sangkut sangkut sebab wassup banyak sgt. macam Samsung...memang aku reject dah samsung dari apa yang aku lihat sendiri dari kawan kawan yang heavy duty guna wassup dengan Samsung..sampai ada yang dah tukar ke ip5..vivo dan xz3...tak tau la orang lain...may be sebab tak update firmware dia kot...

cuma kalau nak beli telefon dari telco, aku tertarik kat ip6 dan xz3 shj..iOS v Android..tak boleh nak banding2 dowh dua ni..Apple dan Android berbeza...sudah pengalaman yang berbeza kerana sistem yang berbeza...

perlu ke aku tukar ke pengalaman baru menerokai dunia Android?atau setia berkasih sayang bersama Apple?







Wednesday, 19 November 2014

Diving Koh Lanta Event Siri 1/2014 Batch 1 Scuba Jeff : Bahagian 1- Koh Lanta dan Sisi Sosialnya

Koh Lanta bukan sekadar menyelam 
Alhamdulillah, bersambung semula untuk entri trip ke Koh Lanta. InsyaAllah, kali ini aku akan kongsikan sedikit sebanyak pengalaman sepanjang 4h3m berada di Koh Lanta.

Apabila tiba sahaja di Koh Lanta Yai, kami terus menghala ke Khlong Nin di mana terletaknya Pada Hotel tempat kami menginap sepanjang di Koh Lanta. Jarak ke Khlong Nin dari pekan Saladan adalah kira-kira 12km. Sepanjang perjalanan dari jeti, melalui pinggir pekan Saladan sehingga ke hotel, suasananya tidak ubah seperti Langkawi. Pekan Saladan ibarat pekan Kuah di Langkawi yang mana ia menjadi pusat bandar bagi Koh Lanta. Sepanjang perjalanan dari pekan Saladan hingga ke hotel, kiri kanannya diselang-seli dengan pelbagai kedai makan, kedai tempahan baju (siap dalam masa 24 jam), kedai menjual kain baju, dan hotel-hotel bajet sehingga ke resort-resort mewah.
Sampai sahaja di hotel, kami terus check-in. Aku satu bilik dengan Hapes. Azni pula sebilik dengan Pucuk. Hotel ni dimiliki oleh seorang pedagang Arab-Mesir. Ayat pedagang tu..haha..macam zaman dulu-dulu pulak!!seorang yang baik dan sangat bertoleransi. Mungkin sudah lama berada di dalam lingkungan orang-orang Melayu dan Siam yang lebih banyak berlembut dan bertolak ansur. Keadaan hotelnya sangat selesa dan biliknya luas. Yang penting, aroma di dalam bilik termasuk bilik air diharumkan dengan aroma yang sangat menyenangkan. Aroma Arab!!!Berbaloi-baloi untuk untuk tinggal di sini. Kedai 7e dekat, masjid pun di sebelah hotel sahaja, & kemudahan akses kepada gerai-gerai Melayu juga dekat dan mudah.


Mungkin ada keliru, kenapa dipanggil Melayu. Kenapa tidak dipanggil Siam. Yang perlu kita tahu ialah, sebelum ada orang-orang Siam di Segenting Kra, telah wujud orang Melayu di kawasan tersebut sejak beribu-ribu tahun dahulu. Mereka telah menubuhkan kota-kota kerajaan Melayu di Segenting Kra yang kini sangat-sangat dijaga dan dilindungi tetapi digelap dan disembunyikan oleh Kerajaan Thailand.  Mereka beragama Islam,  yang mana sebahagiannya kekal beragama Islam sehingga hari ini. Bezanya kini, orang-orang Melayu di Koh Lanta sudah kurang/tidak lagi fasih berbahasa Melayu seperti saudara-saudara mereka di Pattani. Proses menThailandkan orang-orang Melayu dan Siam berlaku dengan pesat di seluruh kawasan Segenting Kra yang kini telah menjadi milik Thailand terutamanya selepas Perjanjian Bangkok 1909 antara Raja Thailand dan pihak British yang sangat berat sebelah kerana tidak melibatkan raja-raja Melayu. Hasilnya, walaupun mereka masih mengamalkan adat-adat Melayu, mereka tidak lagi pandai berbahasa Melayu. Majoriti mereka hanya pandai berbahasa Siam, Thai & English sahaja. Namun yang pasti, mereka tetap beragama Islam dan masih mengamalkan ajaran-ajaran Islam.  

Yang dipanggil orang Siam pula ialah mereka yang mempunyai keturunan campuran antara Mon, Khmer, Thai & juga Melayu. Dan bahasa mereka juga bahasa cedokan dari bahasa-bahasa 4 bangsa tersebut. Kebanyakan mereka beragama Buddha. Orang Siam juga telah lama menetap di Segenting Kra sebelum orang-orang Thai. Terdapat pertalian keturunan yang erat antara orang Siam dan orang Melayu. Ada juga yang beragama Islam. Ini terbukti apabila kami bersembang seorang pak cik Melayu yang menjadi tuan tanah kepada dua (2) pintu kedai yang disewakannya kepada peniaga. Dah tak ingat apa nama dia. Berasal dari Satun, dan telah menetap di Koh Lanta selama 32 tahun. Pak Cik tu bagitau ada juga peniaga Siam di sini masuk Melayu (maksudnya masuk Islam). Mereka berbahasa Siam, yang mana bahasa mereka juga tidak difahami dengan baik oleh Wanchalerm Pao (dia ni antara top 5 underwater photographer terbaik di Thailand). Ibarat orang Rantau Panjang, Kelantan bercakap dengan orang Bota, Perak..haa..macam tu la..korang bayangkan lah ye..

Yang menariknya, baik orang Melayu atau Siam di Koh Lanta, mereka masing-masing menggantung gambar raja mereka iaitu Raja Bhumibol Adulyadej. Menggambarkan betapa setianya mereka kepada Raja Thailand tersebut. Ketika menulis entri ini, tiba-tiba teringat bagaimanakah keadaannya orang-orang Melayu di Segenting Kra ini jika sekiranya raja-raja Melayu dahulu saling tidak bermusuhan, dan bersatu. Jika dahulu Singgora tidak menyerang Pattani hanya kerana untuk menunjukkan keegoaan dan kejaguhannya, Singgora hampir pasti tidak jatuh ke tangan kerajaan Ayutthaya (kerajaan orang Thai). Melayu bersama agama dan bahasanya masihi kekal milik orang Melayu. Sepatutnya kerajaan-kerajaan Melayu di Segenting Kra seperti Ligor, Singgora, dan Pattani bersatu menghadapi serangan Thai Ayutthaya dengan bantuan Kedah. Tapi malangnya, sesama mereka sahaja saling menunjukkan kuat, tetapi, Singgora tewas juga apabila diserang Raja Narai dari Kerajaan Thai Ayutthaya tanpa mendapat bantuan dari mana-mana kerajaan Melayu. Paling sadis, selepas itu, Ligor dan Singgora menjadi kambinghitam kerajaan Ayutthaya bersama-sama Inggeris dan Belanda menyerang dan menjarah kerajaan Pattani dan disambung oleh Era Chakri. Sebenarnya era pendudukan orang-orang Thai di Segenting Kra bermula lagi pada era Kerajaan Sukhotai, dan makin bercambah bila tiba era Kerajaan Ayutthaya dan seterusnya Era Dinasti Chakri sehingga ke hari ini.

 sempadan sebenar Semenanjung TanahMelayu sebelum pendudukan orang-orang Thai.
Orang Siam turut mendiami di kawasan Segenting Kra lama lagi dari orang-orang Thai.
(Sumber Gambar: Blog sejagatraya.com)

perhatikan "Malay Cape" Batu Sempadan sebenar Semenanjung Tanah Melayu yang memisahkan antara negeri orang-orang Thai dan Melayu (Sumber: Blog sejagatraya.com)

Opss..terkeluar pulak topik kisah Koh Lanta...cerita sejarah ibarat candu pada aku!!hehe..namun itulah secebis dari 1001 kisah sejarah mengenai Segenting Kra yang mana peristiwa-peristiwa tersebut membawa kepada perubahan geopolitik Asean pada hari ini, khususnya melibatkan Malaysia dan Thailand, termasuk orang-orang Melayu di Thailand dan Malaysia. Menurut pak cik tadi juga, hanya orang-orang Siam danThai sahaja  yang memanggil orang Melayu sebagai Malai. Manakala orang-orang Melayu di Koh Lanta dan kebanyakan tempat di Segenting Kra, masih ada yang memanggil orang Melayu sebagai Melayu. Boleh nampak perbezaannya di situ dari segi bahasa.

Berbalik kepada kisah pak cik tadi, beliau mempunyai 2 unit kedai yang disewakan kepada peniaga dengan kadar RM4,500.00 sebulan setiap kedai. Isteri beliau juga turut meniaga ayam panggang yang menjadi kegilaan aku sepanjang di Koh Lanta. Itu belum lagi termasuk sawah padi yang luasnya kira-kiranya 100 relung!!!. Yang menariknya, penampilan pak cik tersebut biasa-biasa sahaja. Dengan berbaju kemeja, berkain pelikat di angkat hingga ke paras lutut, berselipar jepun dengan rokok daunnya, sambil bersahaja menceritakan bahawa kebanyakan orang-orang di Koh Lanta yang berniaga sememangnya punya banyak duit dan aset hartanah. Cuma penampilan dan rumahnya apabila ditengok, biasa-biasa sahaja. Tidak banyak rumah-rumah banglo. Cukup sekadar untuk berteduh dan sara hidup anak beranak. Memang hebat la pak cik!!!Bangga juga melihat orang Melayu punya aset walau di negeri orang.

kalau dah kaki makan, pada aku, ayam panggang ni memang berhantu!!bak kata Jeff
"kulit ayam panggang dia memang jahat!!!""

gambar pakcik tu lupa nak snap..tapi inilah family dia yang meniaga ayam panggang berhantu dan sangat jahat sekali!!!hehe

Yang menarik di Koh Lanta juga ialah di pekan Saladan sahaja ada 3 buah kedai 7e yang aku nampak. Sedangkan kawasan pekannya kecil sahaja dan boleh pusing dengan berjalan kaki. Kenapa ya ada banyak 7e??. Itu tidak termasuk lagi sepanjang perjalanan dari dari Pekan Saladan hingga ke Khlong Nin di hotel kami menginap. Sebenarnya bukan sahaja di Koh Lanta, tetapi sepanjang perjalanan dari Wang Prachan sehingga ke Krabi dan kemudian ke Koh Lanta, wujud banyak kedai 7e. Hari terakhir di Koh Lanta baru aku perasan sesuatu. Sepanjang aku di sana, aku dapati tidak ada kedai runcit dan minimarket seperti di Malaysia. Jika ada tentu aku perasan. Tapi ni aku tak nampak langsung. Patut la kedai 7e bercambah di sana.

sekitar Pekan Saladan

dengan berjalan kaki sahaja, kita dapat pusing satu pekan ni..ia ibarat kawasan Arked MARA tetapi dalam skala besar


Menarik sebenarnya untuk bercerita tentang Koh Lanta ni. Cukup dahulu untuk bahagian 1 ni. Nak cerita panjang-panjang sangat tak ada mood pulak dah..hehehe..bersambung di entri seterusnya..

Ada satu gambar bukit yang ingin dikongsi. Sangat menarik perhatian aku setiap kali melalui kawasan ini untuk pergi menyelam..Pada aku nampak cantik, menarik dan tertarik..mengapa ya??berfikir sejenak..



Untuk makluman, info sejarah yang aku masukkan adalah hasil bacaan dari FB Srikandi dan Blog Mistisfiles (yang ditulis oleh Srikandi) mengikut pemahaman aku. Jika ada yang tidak betul, mohon la tegur elok-elok ya.

Entri seterusnya di Bahagian 2 nanti:
-          bergaya di pekan Saladan
-          pekan lama Koh Lanta
-          orang Kelantan di Koh Lanta
-          kali pertama memegang joran

-          warung ‘Wardina’