Thursday, 28 February 2013

Pencerobohan Lahad Datu : Satu Legasi Kanser

Setelah hampir 3 minggu Sabah (Lahad Datu) diceroboh oleh puak bersenjata "Sultan Sulu", nampak gaya isu ini bakal berpanjangan. Walaupun rundingan demi rundingan diadakan, namun, ketua puak bersenjata "Sultan Sulu", "Raja Muda" Azimuddin Kiram masih berdegil enggan meninggalkan Sabah (Lahad Datu). Ditambah pula dengan sokongan "Sultan Jamalul Kiram III" yang mengaku sebagai "Sultan Sulu", kumpulan ini dilihat terdesak dan sanggup mati di Sabah, apa yang dianggap sebagai tanah warisan mereka. Apalagi yang mampu dibuat???Kerajaan Malaysia berusaha berunding dengan cara yang baik terhadap PENCEROBOH, tetapi puak bersenjata ini tegar memilih perjuangan mereka sendiri. Kerajaan Filipina, yang sebenarnya dilihat boleh mengambil kesempatan ini dalam menuntut semula Sabah, namun memilih jalan perdamaian dari dengan merayu puak bersenjata "Askar Sulu" segera pulang semula ke Filipina.

Isu tuntutan apa yang "Sultan Sulu" inginkan sangat???setelah 50 tahun Sabah menyertai Malaysia, mengapa baru sekarang "Sultan Sulu" ingin menuntut Sabah???disaat negara bakal berdepan PRU13. Aku tidak mahu menuduh sesiapa yang menjadi dalang kepada pencerobohan ini, kerana ia hanya akan membawa kepada satu isu politik yang tidak akan berakhir. Apatah;agi aku sendiri tiada bukti untuk menuduh orang ini dalangnya...orang itu dalangnya...bakal menjadi FITNAH. Akhir zaman memang penuh dengan fitnah.....

Jujurnya, dari segi sejarah, secara rasminya, aku hanya mengetahui Sabah menyertai Malaysia pada tahun 1963 hasil daripada pungutan suara rakyat Sabah oleh Suruhanjaya Cobbold yang turut melibatkan Sarawak & Singapura (disingkir dari Malaysia 1965). Serba sedikit tentang konfrontasi 1965 oleh Indonesia serta kecaman dan tuntutan Filipina yang mewakili kesultanan terhadap Sabah. Hmmm...Satu interpretasi terhadap pembelajaran Sejarah arus perdana di sekolah-sekolah yang nyata perlu dikaji semula 110% walaupun aku mendapat 1A SPM dalam subjek ini dengan menghafal kisah-kisah sejarah hanya dalam buku teks sahaja.  Namun, alhamdulillah, dengan teknologi yang ada sekarang, banyak ilmu-ilmu sejarah yang menarik tentang dunia melayu yang membuatkan aku sangat teruja yang dapat diperoleh melalui blog-blog.

Berbalik semula kepada isu pencerobohan askar "Sultan Sulu", memang tidak dapat dinafikan, mereka ini mudah menerobos masuk ke perairan negara. Sabah begitu luas, dan panjang perairannya. Tidak mungkin kapal-kapal keselamatan dan bot-bot penguatkuasa akan membuat kawalan begitu ketat (jika tidak ada isu sebegini) yang membolehkan bukan sahaja askar "Sultan Sulu" ini menceroboh masuk, malah, orang persendirian yang mempunyai hubungan kekeluargaan antara Selatan Filipina dan Sabah turut boleh berulang-alik. Ibarat Sg. Golok yang memisahkan Kelantan & Selatan Thai.  Mudah sahaja dimasuki seisapa sahaja. Aku berminat menulis tentang isu pencerobohan ini bukannya apa. Bukan isu pengawalan sempadan yang aku ingin kupas. Bukan isu siapa dalangnya yang ingin dituduh. Juga bukan isu siapa "Sultan Jamalul Kiram III" ini. Bukan isu siapa yang membekalkan senjata kepada penceroboh ini (selepas ini aku guna istilah penceroboh untuk askar "Sultan Sulu" ni kerana masuk ke Sabah tidak menggunakan passport sambil membawa/mempunyai senjata). Tetapi ada satu isu sahaja yang paling sangat menarik perhatian aku, iaitu apa akan terjadi selepas ini.

Seperti yang dinyatakan diperenggan mula, kita dapat lihat penceroboh Lahad Datu ini degil dan tidak mahu pulang ke Filipina, malah sanggup mati untuk terus berada di Sabah dan menuntut Sabah. Apa lagi yang boleh kita jangkakan jika sekiranya pintu rundingan telah ditutup???

Mengisytiharkan perang terhadap penceroboh

Masa telah diberi, namun penceroboh masih berdegil. Tidak dapat tidak dalam memastikan keamanan dan kedaulatan negara, kerajaan Malaysia perlu mengisytiharkan perang terhadap penceroboh. Kerahkan keseluruhan sumber ATM (Darat, Udara & Laut) termasuk pasukan khas, bagi memerangi penceroboh ini. Perang bermakna, perlu memindahkan dahulu penduduk-penduduk di Kg. Tanduo dan sekitarnya bagi memastikan kemusnahan  maksima terhadap penceroboh serta memastikan tiada rakyat kita yang menjadi mangsa collateral damage. Di dalam hal ini, walaupun penceroboh jauh lebih kecil dari ATM, namun, mereka tidak boleh dipandang ringan. Ini kerana mereka berpengalaman dalam perang gerila (taktik yang pasti akan digunakan oleh penceroboh di Lahad Datu) ketika menghadapi tentera Filipina. 

Namun mengisytiharkan perang terhadap penceroboh ini, ada satu sahaja kesannya. Penceroboh ini akan memastikan bahawa Sabah tidak akan aman untuk tempoh masa yang agak panjang. Kerana :

1) Penceroboh ini sudah tentu akan berpecah kepada kumpulan-kumpulan kecil yang akan sukar dikesan masuk ke dalam hutan dan kawasan pedalaman. Ikhtiar hidup pada mereka mungkin tiada masalah kerana mereka adalah askar gerila di Selatan Filipina.

2)  Setelah berpecah, mereka akan membuat "kecoh" di tempat lain pula di bandar- bandar sekitar persisiran pantai Sabah, agar mudah melarikan diri mengikut jalan laut sekiranya tidak dikawal ketat seperti sekarang.

3) Penceroboh ini adalah orang Tausug yang degil dan keras hati serta cekal "mempertahan" Sabah sebagai warisan mereka. Mereka ini juga turut ada sifat kejam kepada musuh mereka, walaupun tidak semua. Berperang secara gerila dengan penjajah Sepanyol, Amerika & kerajaan Filipina satu track record yang "mengagumkan". Seperti pejuang Mujahidin yang berperang dengan tentera Soviet & Amerika.

4) Segelintir orang-orang Sulu (rakyat Sabah) yang bersimpati kepada perjuangan "Sultan Sulu" sudah pasti akan menghulurkan bantuan kepada penceroboh ini. Bantuan perlindungan, tempat tinggal, makanan, pakaian untuk menyamar sebagai orang awam dan maklumat-maklumat pergerakan ATM. Sukar untuk mengenali orang-orang penceroboh ini apabila mereka berpakaian awam kerana sama sahaja dengan orang Sulu yang berwarganegara Malaysia. Malahan, aku rasa segelintir orang-orang Sulu yang mendapat kewarganegaraan Malaysia mungkin turut akan mengangkat senjata bersama-sama penceroboh ini.

Sudah diberi kerakyatan (IC), sudahnya mungkin ada yang akan berpaling tadah menyokong penceroboh. Aku cuba bersangka baik kepada usaha-usaha yang dilakukan sejak tahun 1960an dulu di mana ramai orang-orang Sulu di Selatan Filipina yang melarikan diri ke Sabah akibat perang di Selatan Filipina mencari perlindungan, dan seterusnya diberi taraf warganegara yang membolehkan mereka hidup aman dan sejahtera di negara bertuah ini. Aku hanya mampu bersangka baik dalam usaha pemimpin-pemimpin sebelum ini memberi kerakyatan kepada orang-orang Sulu ini atas dasar membantu sesama Muslim, memandangkan ke mana lagi mereka hendak melarikan diri???Di mana lagi mereka hendak hidup aman dan sejahtera???jika tidak di negara bertuah ini.

5) Taktik ambush menjadi makanan untuk puak-puak penceroboh ini. Ini yang ATM perlu berhati-hati, hatta komando-komando ATM sekalipun. Taktik seperti memasang perangkap, bom dan berpura-pura menyerah diri, kemudian menyerang tentera, merupakan taktik-taktik yang boleh menjadi perangkap kepada anggota ATM kita. Mudah-mudahan anggota ATM kita lebih berhati-hati memandangkan geografi Sabah yang berbukit-bukau. Jika perlu, bekerjasama dengan VAT69 (Komando 69 PDRM)...macam kerjasama Lautan Biru pula, dalam memastikan operasi berjalan dengan baik.

6) Pihak-pihak seperti Amerika sedang melihat bagaimana isu ini akan diselesaikan oleh kerajaan kita. Amerika mempunyai kepentingan di filipina, sudah pasti memikir dan merancang sesuatu untuk menakluk Lautan Sulu dan Laut China Selatan bagi menyaingi China. Mujur juga dalam hal ini, Malaysia dilihat lebih lunak dengan China berbanding Amerika. Mungkinkah Malaysia yang selama ini menjadi medan percaturan dan perancangan perisik dan pengganas, kini bakal berubah menjadi medan proksi???Orang-orang Melayu bijak berdiplomasi dengan orang asing, maka perlulah lebih bijak untuk mengelakkan menjadi proksi bagi mana-mana negara. Namun ternyata, sesama Melayu, sukar untuk berdiplomasi, yang akhirnya bercakaran sesama sendiri. Bagi Filipina pula, memang mereka mengidamkan Sabah, tapi bagaimana mahu menuntutnya semula??Menuntut bagi pihak kesultanan Sulu ini bermakna, mereka mengiktiraf kesultanan sulu, walaupun mereka mendakwa tidak lagi mengiktiraf mana-mana kesultanan Sulu. Sultan Sulu yang palsu, jadi-jadian memang ramai.

Namun hanya ada beberapa keluarga sahaja yang layak mengaku waris kesultanan Sulu. Siapa dia???tak larat nak melanjutkannnya di sini....huhuhu....Filipina walau tegar bagaimana sekalipun untuk menuntut Sabah, pasti tidak akan menghantar pengikut  "Sultan Sulu" ini ke Sabah, tak tahu la pula kalau berlaku behind the scene. Namun sebagai sebuah kerajaan, Filipina perlulah memainkan peranannya juga dalam memastikan penceroboh ini menyerah diri dan perlu akur pada undang-undang Malaysia. Disarankan juga kerajaan Malaysia memohon kepada kerajaan Filipina mengekstradisikan "Sultan" Jamalul Kiram III untuk dibicarakan di Malaysia kerana dialah yang bersubahat serta menghasut penceroboh-penceroboh untuk terus kekal di Sabah. Aku rasa, tiada perjanjian ekstradisi antara Malaysia dan Filipina, tetapi ia perlu diusahakan oleh kerajaan Malaysia. Kalau dulu kerajaan Malaysia boleh menyerahkan Nur Misuari kepada kerajaan Filipina, mengapa Filipina tidak boleh melihat ini sebagai satu bantuan kepada negara jiran??

Sepanjang tempoh pencerobohan ini, sukar untuk memastikan mungkinkah akan ada kemalangan jiwa di kalangan anggota kita atau tidak. Di pihak penceroboh, itu seakan sudah pasti berdasarkan tekad mereka. Tetapi di pihak ATM kita??Apabila gendang perang sudah dipalu, nyawa diibarat telur dihujung tanduk. Kuatkan semangat wahai warga ATM. In Shaa allah, warga Malaysia pasti mendoakan keselamatan anda sepanjang perjuangan ini. Andai ada yang gugur, semoga roh anda dicucuri rahmat dan anda akan tetap dikenang sebagai wira negara yang sanggup mengorbankan diri demi agama, bangsa, & negara.

Isu pencerobohan Lahad Datu ini bolehlah aku anggapkan seperti kanser yang mengambil lama untuk sembuh. Musnah satu kumpulan, pasti akan ada lagi satu kumpulan lain yang muncul. Jika tidak dihapuskan sepenuhnya kanser ini, maka akan tumbuh kanser yang baru. Bagaimana pula jika kanser ini tidak musnah-musnah???Malang buat Sabah dan kerajaan Malaysia. Namun ini perihal manusia. Angkara manusia. Perbuatan tangan-tangan manusia sendiri. Tidak dapat tidak, isu ini pasti akan berlarutan untuk satu tempoh yang lama yang bakal diperturunkan kepada anak cucu kita. Sebagaimana legasi kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka yang diperturunkan kepada moyang-moyang kita terdahulu, yang membawa kepada apa yang kita ada pada hari ini. Hanya Allah yang menentukan bila dan ketikanya isu ini akan tamat.



































Wednesday, 13 February 2013

Open water NAUI..dah masuk air


 pny la lama baru nak upload gambar yang Pak Su dah compile..ada la skit2...macam ni lah kepala bila dah masuk air..penangan open water..scuba gear semua dah beli pada YES 2012..murahlah sikit kat Rainbow Runner, Ampang..

anyway, tak sabar-sabar nak warmup skills...bila??ntah ler..Kapten Amri pun x plan lagi..geng Kamikaze Divers time org cuti CNY lak wat kat Dangli...adoiyaiii...org balik kg mohon restu bonda & ayahanda...tggu next trip la agaknya..kapla dah masuk air..paru2 sudah ngembang..mau narcosis ni nnt..hehehe...anyway before g Tioman bulan 4 nanti, kena warmup balik..review balik semua asas-asas keselamatan scuba...bukan apa..dive lebam-lebam pun, nak hidup atas darat..bukan dalam air..hehe..


beria2 dengor..30 saat tahan nafas..

ditch & don BC

semangat!!!

alhamdulillah...selesai..'berseri-seri' & meghelip sume..5 hari 4 malam lebam di payar..hahaha...

wpun terselit Gull Vader di situ, mares tetap menjadi pilihan..yang penting fit & selesa..hehehe..

semacam poyo di sini..cam ne la boleh terbeli..bajet tak nak beli..skali terbeli..acener tu??yg penting mares!!!

mares sokmo!!!tapi merah habis daaa....

wetsuit mares coral 0.5mm...nipisnya..semenanjung malaysia je kot dulu..tebal2 nanti tak tenggelam plak..hahaha..lemak dah tebal...tggu warmup dlu baru tau!!!yang penting mares!!!seram!!!!hehehe...













selamat datang 2013

alhamdulillah..sudah 44 hari menyelusuri Tahun 2013..baru hari ni nak rasa??!!!hahaha..penangan i-iDeA 2013 yang bakal menjelang 28-30 Mei 2013...dunia..dunia...ini semua poyo!!! buat kapla jingga aku pusing seketika..so, skrg alignment & balancing dah ok kot..anyway, harapan 2013 sangat tinggi...tak tinggi sangat pun, amik rendah skit dari tinggi sgt..hehehe..."apa diaaaaa????" bak kata ex-big big bos aku kepda ex-big bos aku...hehehe..tunggu je la...nanti aku upload...

lagi satu tahun 2013 ni jugak merupakan PRU13..nak tak nak bulan april dah kena form government..so antara pertengahan Feb (start esok) -Mac akan ada pengumuman pembubaran Parlimen dan PRU13...so, just harapkan terbaik untuk negara bertuah ini...kemanan dan kedamaian...rezeki melimpah ruah..dilindungi Allah sekalian isinya...

bertuahnya jadi rakyat Malaysia...bersyukurlah menjadi rakyat Malaysia disaat ada negara masih berkonflik, perang saudara, perang untuk merdeka...disaat ada negara yang tampak indah dari kaca mata seekor burung, tapi nampak kotor dan jijik dari lubang cacing...ahhh!!!itu semua memang dirancang sedemikian...sengaja menampakkan keindahan luaran..tapi tidak dalaman...supaya ada pihak yang terpengaruh, kononnya sistem mereka yang terbaik...perfect..tetapi haprak...itupun masih cuba untuk menyibuk tentang hal ehwal negara bertuah ini....biarlah rakyat negara bertuah ini membuat keputusan untung nasib mereka...


hormati juara majoriti, dekatkan diri pada minoriti....
negara ini punya raja...diberkati berkat keimanan ahlul-bait...
negara ini negara bertamadun dulu, kini, & selamanya...


Tuesday, 4 December 2012

wet world..diving world..underwater world..Open Water 2012 (NAUI) bersama JBS Perlis

alhamdulillah...akhirnya..underwater world berjaya dijinakkan..trrima kasih byk2 pada Kak Su (staf aku)..Abg Zul JBS Perlis, Pak Su Zuber, JBS Perlis & KBS di atas peluang yang diberikan untuk menyertai Kursus Scuba (NAUI)...kepada Instructor Tuan Mujahid Lee, Tuan Shafie,En Sohaimi,Firdaus (Daus), jutaan terima kasih atas ilmu dan bantuan yang dicurahkan..satu ilmu yang cukup bermakna dan menyedarkan diri betapa kerdilnya manusia di alam basah...mohon halal & berkat ilmu yang dicurahkan.

24-28 Nov di Pulau Payar aku dan rakan2 yang baru kenal berkampung dan bermalam bertemankan deruan ombak pasang surut dan nyamuk, dan beralaskan meja dan kerusi sahaja, akhirnya aku berjaya  menamatkan kursus selam scuba dengan jayanya...dan sepanjang 35 tahun Tuan Mujahid memberi kursus scuba,batch akulah yang paling cemerlang kerana berjaya memahirkan dengan beberapa asas keselamatan penting scuba hanya dalam masa kurang 45 minit. Jom kongsi sedikit pengalaman aku menjalani kursus scuba bersama instructor2 dari NAUI.

23hb Nov
lapor diri di JBS Perlis. Buku selam scuba NAUI diedarkan dan taklimat oleh Abg Zul & Pak Su. Since dah pernah buat discovery di Pulau Payar bersama PADI anjuran ILQAM UiTM Perlis,so,sesi taklimat membuatkan aku sedikit mengantuk kerana dah tau apa yang ada di Payar. Keje aku time tu adalah membelek2 buku penyelam scuba NAUI. Sebelah malamnya pula ialah taklimat dari Tuan Mujahid & Tuan Shafie mengenai scuba equipment. Cara memasang dan menggunakannya. Malam tu jgk dah expert bab2 pasang tangki udara dgn BCD & regulator.

buku skuba NAUI kini dalam BM lagi..mcm lagi poning plak kepala den baco..hahaha


taklimat pengenalan scuba oleh Tuan Mujahid Lee

teknik pasang alatan scuba...


24hb Nov
sampai di Payar, rehat2 & lunch, then jam 4 ptg,lps dugong2 pulang ke langkawi ujian pertama terus dimulakan:
1) Berenang menggunakan wetsuit,face mask,snorkel & fins.Lulus.
2) Tahan nafas dalam air selama 30 saat. Lulus.
3) Apungkan badan atas air selama 10 minit. Lulus. Kental menahan pedih mata dan hidung penangan air masin.
4) Berenang dalam air tanpa wetsuit & snorkel. Skin dive sikit..hehe.. Hanya pakai mask dan fins. Tahan nafas anggaran jarak 30 saat. Lulus
Alhamdulillah..thanx sgt2 kat Kapten Amri & Dr Khor sbb bgi peluang guna kolam Kangar time class renang student. Thanx to Daus sebab ajar cara skin dive & teknik apungan masa kat kolam Kangar.

So,jangan ingat nak scuba, boleh untuk tidak pandai berenang..berenang la gaya apa pun, asalkan sampai..tapi jgn la sampai satu hari satu malam plak!!kalau tak reti berenang, aku rasa time tu jgk instructor2 akan ajar..

Sebelah malam pulak teori kemahiran keselamatan peralatan scuba yg wajib dikuasai dan akan diuji dan beberapa isyarat tangan yg sgt2 la pentingya....Penting utk survival ketika di dalam air utk diri sendiri dan buddy.


1st day sampai Pulau Payar..mendung & hujan tak lama lps tu

teori sebelah malam



25hb Nov
Pagi
Sebelah malam teori dah di ajar,sebelah pagi pula praktikal dan ujian kemahiran keselamatan scuba equipment.  Masa nak masuk air tak mau tenggelam pulak sebab weight x ckup..x tau pulak pakai wetsuit 3mm...cetek ilmu lgi la katakan..main rembat je barang2 yg JBS provide..mmg x tenggelam la aku..last2 pkai 8 weight..amik ko!!!mcm nk tercabut badan dari pinggang...baru boleh tenggelam & melutut. Tapi keadaan air sedikit berombak dan penglihatan agak terhad kerana air sedikit keruh akibat penangan angin timur.
Kemahiran yg diuji:
1) Face mask clearing.Lulus sekali buat.
2) Ditch & Don face mask. Lulus dua kali buat sebab panik jap tetiba kne bukak mata dalam air sebab  kemahiran kena cabut terus mask then pasang balik. Tak pedih,tapi terkejut biawak jap....hahaha..mental mental....
3) Recover Demand Valve. Lulus sekali buat
4) Tracing Demand Valve/Octopus. Lulus sekali buat
5) Ditch& Don weight belt. Lulus 3x buat. Susah jugak,tapi ada teknik & tips...hehehe..
6) Buddy Breathing. Lulus 2x buat, sebab mula2 tiada koordinasi yg baik dgn buddy. Baru kenal & baru blajo la katakan...hehehe...
Bila instructor dah puas hati,dia bawa g leisure dive..huhu..itulah dive pertama aku...thanx to Instructor Suhaimi.

sesi ditch & don..sesi ni x dalam..dalam 3-4 kaki

with my buddy, Faiz..Never Dive Alone!!nak tak nak terima juga la tagline ni wpun mcm LiverFOOL!!!hahaha!!!


 
Petang
2nd Dive
Yang ni pulak blajo benda baru, dive bersama dgn Tuan Shafie. Giant Strike entry aka berjalan di udara dengan fins..hehehehe...setelll..mmg excited...teus buat leisure dive..kali ni lgi dalam ...15 kaki...telinga sakit,excited nk sampai dasar,sampai nyaris terlupa equalize..nasib sempat....tpi mmg sakit mula2...tgk karang2...clown fish..so far x jmpa barracuda lgi aka Hj Mustapha...hahaha...layan je coral2, ikan2 yang aku sendiri x tau ape ke nama..tapi cantik2..tgk gauge dah 50 bar..bgi sign kat Tn Shafie untuk ascend..tetiba dia suh melutut sbb nk wat ditch & don BCD..gabra gak takut abis udara..tpi Tn Shafie tenang..dia lgi tau..dia wat demo buka & pkai BCD ...then aku wat..lulus sekali wat...dah setel,ascend pelan2...tamat dan lulus 2nd dive...

standby untuk Giant Strike aka walk on air

debushhhh!!!!tak sempat jalan dah ke bawah..hahaha

aku sorang je macam tak cukup udara kat atas air..hahaha..



Malam
Sesi teori pula..belajar tentang tekanan air dan udara di darat dan laut..perbezaannya...tekanannya..kedalam yang sesuai untuk selaman...kemudian belajar berkenaan Dive time Table (penting untuk seseorang diver yang melakukan selam ulangan)....kemudian diajar berkenaan nitrogen narcosis dan cara2 utk elakkannya berlakunya ketika di dalam air...teknik ascend yang betul...

26hb Nov
Pagi
3rd dive
Kali ni guna backroll entry dan dive pada kedalaman sekitar 30-40 kaki...dalam wehhh!!!mmg kne dlm sbb nk wat emergency ascend..sampai2 dasar debar2 jap...sebab emergency ascend dibuat tanpa alat pernafasan (regulator). Yang penting, pegang prinsip jgn panik dan JANGAN TAHAN NAFAS ketika emergency ascend...keluarkan bubble hingga ke permukaan dan terus inflate...bile semua dah melutut,sign ok..instructor bagi sign utk ascend..apalgi..tarik nafas dalam2...cabut demand valve..naik atas...kepala dongak ke permukaan...kaki kick guna teknik yg betul..yg penting BUBBLE utk elakkan tekanan udara pada paru2 ketika emergency ascend sebab kita perlu pantas naik ke atas...on the way tgk mcm dah dekat..permukaan,tapi sebenarnya jauh lgi..40 kaki beb!!!sampai permukaan terus inflate..terapung..tercungap2 d buatnya...minum air masin lgi..hahaha..terbatuk2 sume dibuatnya...ada sorang tu berdarah sikit telinga.itulah kesan tekananan...apapun sume lulus sekali buat..tahniah!!!apalgi!!deflate balik utk leisure dive..hehehe..

Petang
group aku x dive..group lain (group no ganjil dive lak)
it is snorkeling time!!!

27hb Nov
Pagi
Tidor sbb group aku (group genap) x dive..group ganjil dive dlu..
huhuhu...pnt...sengal2 otot..lenguh2 tdo atas kerusi panjang....sambil melihat pemandangan dugong-dugong berjemur..hahaha...

Petang
It is leisure dive!!!100% leisure dive!!!!!!!hoooraahhhhhhh!!!!!!tapi kejap sbb air tank Tn Mujahid tinggal sedikit krn sblm tu geng2 instructor ni g dive kat coral garden...kali ni dive memang mencabar sbb pergi ke batu karang yg byk landak laut dan cetek..haaaaa!!!!terkial2 ngelak landak laut..almaklum x pandai lgi nk control buoyancy & teknik pernafasan nk bg dpt neutral buoyancy...

Malam
Sebelah malam pulak masa yang dinantikan...hehehe...tetibe je Tn. Mujahid isytiharkan semua lulus dan layak di certify lesen scuba..hoooorahhhh!!!!giler sume happy...smgt!!!excited!!!kemudian, Instructor Suhaimi bagi sedikit taklimat mengenai penjagaan BCD, reulator dan alatan selam yang lain.

28hb Nov
Pagi
Bot pukat tunda datang untuk ambil kami.






asal boleh tidur...eat SLEEP dive..hahaha


gudbye Pulau Payar





Anyway, tak sabar nak tunggu gambar-gambar yang paksu compile, dan yang paling penting tak sabar untuk menerima lesen scuba dan tak sabar nak mulakan selaman sebagai NAUI Scuba Diver.


Saturday, 17 November 2012

don't stop believin'!!! pray for Gaza


mungkin kadang diri ini terleka...terlupa...tapi diri tidak bodoh...tidak terlalu bodoh untuk hanyut dalam kesenangan dunia...tanah haram Zionis laknatullah,kami tetap berdoa untuk Gaza...walau beribu-ribu roket kau humbankan ke bumi suci negara Palestin...walau berpuluh-puluh ribu askar yang engkau hantarkan...kami tetap akan berdoa untuk kemenangan penduduk Gaza, para mujahidin, & para syuhada!!!


 
setiap darah para syuhuda yang syahid,setiap darah wanita & kanak-kanak yang menitik di muka bumi Palestin...ia akan menjadi igauan ngeri buat kamu wahai orang-orang Zionist!!!

 

Gaza akan menjadi medan kubur untuk askar-askar kamu wahai Zionist!!!

 


Monday, 12 November 2012

road to Ho Chi Minh part 4 : pre-fly

alhamdulillah..hari ni, dah web check in AOR-KL-AOR & KL-HCMC-KL..kena check in awl2 sebab dok nampak bz sgt2 utk 2 mggu mendatang...bkn bz sgt dgn kje pun...bz dgn aktvt...hehe...aktvt yang paling aku tggu2....ambil lesen scuba di Pulau Payar...FOC toq...sapa nak kasi...hahahaha...alhamdulillah...rejeki Allah..so, wat yang tarrrbekkk!!!!x sabo nak join geng2 SERAM!!!

Monday, 5 November 2012

eat-sleep BOOMM!!!

2 Nov 2012...eat-sleep-BOOMM!!!memang manthop penangan elbow falls!!terasa seperti terjun dari kayangan...hahaha...memang puas sebab rafter2 yang join merupakan staf uitm perlis pertama dapat rafting untuk medium distance (dalam 2 jam)...tolak Kapten Amri la...hehehe..short distance hari tu dah rasa dengan geng2 student kapten (geng polis PJJ uitm shah alam)

pengalaman yang memang menarik, melalui beberapa falls yang mencabar terutamanya elbow falls, memang menguji ketahanan mental dan fizikal dan yang paling penting ialah kerjasama, dan mendengar arahan, rafting sedim challenge berjaya dengan tamat dan selamatnya..hehehe...alhamdulillah...

otw balik, gebang punya gebang ,memang nak jadikan rafting acara bulanan,..& the next rafting is on 22 Dec 21012...hehe..jadila dari terpacak duk kat rumah tgk tv n dinding...hehehe... & lps ni layan long distance pulak (6 hrs)...kalo menjadi 6hrs pny raf, memang dah layak bagi nama dah ni...hehehe...

 posing..jgn x posing..after 10 minutes warm up

sanggup kuar dari raft balik semata2 nak bergambor..hahaha...just b4 launch..hehe..
dari : aku, farid, khairi, hapes

skipper otai..tiada ragu!!!teamwork!!!

briefing just b4 elbow falls dari rafter guide Hafiz...teknik dan keselamatan elbow falls

elbow falls

dare to do!!or die for nothing!!just before elbow falls