Monday, 29 July 2013

finally, ho chi minh..dah basi dah pun..hehe

dah lama dah..tapi hari ni baru teringat..hamsap tul..

punya la dah lama ke ho chi minh, baru hari teringat nak menulis trip ke ho chi minh...anyway, thanx to Huzz, Ijam & wife coz mmg enjoy tri ke vietnam pada 30 Nov-3 Dis 2012...
kongsi skit ceritera dan gambar semasa kat Ho Chi minh

alkisah start dari airport kepala batas, aloq staq, sambil tggu flight ke KL on 29 Nov 2012, rupa2nya ada sedikit sambutan ketibaan YDPA di airport..sempat snap, x lama lps tu tetiba ada announcement flight delay ke jam 12.30..tipikal Air Asia, tapi murah...wth!!!??tggu dari jam 8.00 pagi sbb asalnya flight 8.30 pagi, tetiba delay..lame siot!!jam 9.30 pagi lagi satu annoucement flight delay lagi ke jam 1.45..perhhh..albosan cam nak mampus, sudahnya tertidur di atas kerusi urut.. alarm kerusi urut tu memang bunyi coz duduk lama2 x guna..peduli apa, janji sempat tidur before depart!!! 

tiba je kat LCCT, terus tukar dollar & dong..tak tukar semua, coz duit malaysia still boleh dipakai di sesetengah kedai..siap bole campur2 lagi nak bayar dong, dollar & RM..hebat org2 vietnam ni...yg penting, kalo nak dkt balik, abiskan duit dong, sebab kalau nak tukar kat malasia pun, nilai dong rendah dari RM.

then terus check in ke Tune Hotel..nasib beli time ade offer..berbaloi2...jalan kaki je LCCT-Tune Hotel..kalo naik bas, satu ringgit..elok bebeno le jln kaki..time to rest & tido..sedar tak sedar jam 3 pagi rupanya Huzz dah samapai..kah!kah!kah!!!x perasan, hanya perasan jam 5.00 pagi jaga2 tgk ada org tdo sblh..terkejut beruk aku!!!tgk Huzz..tgk hp,amik ko, 20 misscall..nasib dia mintak tolong receptionist, kalo x, tido luar la ko Huzz..
 asalnya nak naik teksi Vinasun, tapi sebab x nampak batang hidung teksi Vinasun, naik Saigon Air je la..Vinasun sebenarnya murah sikit sebenarnya & tak tipu meter, teksi lain berisiko tinggi untuk menipu penumpang..Saigon Air ni agak mahal..so, yg mn nk g ho vhi minh, naiklah teksi Vinasun..

haa..ni lalu Banh Thanh Market, on the way ke hotel...tak capture gambar kat sini sbb sama je mcm bazar2 kat malasia, bexanya harga murah..tapi sebenarnya ade lagi yg lagi murah especially kedai2 lain sekeliling Banh Tanh..kena pandai carik..lagipun kedai2 kat luar Banh Thanh Market ni ramai pengusaha2 melayu champa yang beraga islam banding dgn Banh Thanh market..

lepak kat Kingston Hotel, tempah thru Agoda dapat RM150 satu malam..ok la..kongsi dua org..bilik luas, & bersih..datang aku & Huzz, abis bersepah..hahaha..


dah lupa ape nama awek ni...tapi mmg cute.x jadi nak marah sebab rupa2nya bilik belum ready lgi..perhhh..sampai pnt thari, bilik belum ready lagi...sudahnya g mkn dlu


 menu pertama dipesan di restoran yang beragama islam yang namanya ada serai, x igt ape namanya, tapi sebelh Kingston Hotel... kopi vietnam, study blog orang yg pnh pergi kata sedap...try tgk...


x dan 3 minit dah kering..perhhh..mmg masyukk kopi vietnam...order lagi secawan..mai secawan

ni kira mee sup org2 vietnam la ni...tgk campuran pudina2, ulam2, taugeh..memang menyelerakan dan menyihatkan makan  menu2 mcm ni...daging potong halus2 je..nasib cukup semangkuk..hahaha...

 berehat2 di bilik nizam sementara tggu bilik aku & Huzz tgh disiapkan oleh housekeeping..lps mkn dah ni..x setel2 lagi bilik...bila dah masuk bilik, apalagi..bertarung berjuang deruan enjin siapa paling kuat dan panjang mengeruh..hahaha...


 haaa..hati2 dgn peniaga2 mcm ni..bukan x boleh beli, tapi tgk keliling dlu baru beli..nanti dtg lagi sorang yg mcm ni offer..then dtg lagi sampai penat melayan..mak cik ni ikut Huzz ade kot dalam 500 meter. Mungkin terpegun dgn Huzaifah, lambang kekayaan dan kebahagiaan..hahaha...

sempat bergambar di dataran..x jauh dari hotel, 5-10 minit jalan kaki je..nak masuk post office dah tutup time ni..post office blkg tu, senibina Perancis, tgk bangunan memang cantik.
 keluar2 dari hotel otw nak ke pasar malam, trjumpa kassim kariya..jual tudung..murah2 jugak..dirembat oleh Huzaifah..lupa aku berapa rege dia..


Hj. Halim, tour guide kami untuk ke Mekong River..fasih cakap melayu style malaysia...hehehe...kira boleh faham la..kedai haji halim juga tak jauh dari hotel kami..kos tour rasanya USD25-USD28 seorang..termasuk makan dikedai beliau.

naik bot untuk tour Mekong River...sume orang2 kita je..

kat sungai pun boleh jem,.tu diaa!!ramai pelancong time ni..Hj. Halim cakap ni kira ok lagi..kalo time betul2 pny ramai dekat 10 minit tggu dalam sampan nak gerak tak boleh..

dah naik, duduk elok2..jari jgn nak menggatal letak kat tebing bot..tak pasal2 lebam bengkak..the worst caase scenario silap2 boleh putus oo coz laluan hilir sungai ni kecil dan sampan2 berpotensi untuk terlanggar antara satu sama lain..ape pun mmg layan coz ni la 1st time aku naik sampan kecik macam ni redah sungai..

antara tempat yang disinggah ialah tempat ini..dia ada nama pulau-pulau di setiap sungai, tapi ana sudah lupa lahh...kami diberi makan madu dicampur dgn limau kasturi dan air teh o panas..pada aku mmg sedap..

sblm join nasyid versi vietnam ni, kami dijamu dengan buah2an..macam2 ada..betik, tembikai & buah naga merah..
sepatah haram tak paham..layamkan aje budak ni menari..hehehe
perhh..kesian plak tgk makcik ni..bkn senang nak mendayung sampan especially org2 berat macam aku ni..perlukan tenaga dan kudarat..Hj. Halim cakap, memang orang2 sini kena rajin bekerja untuk sesuap nasi dan family...meneurut Hj. Halim, ada dua perkara yang memalukan pada orang2 vietnam ni..1st, meminta sedekah...2nd ditangkap polis...dua benda ni kalau buat atau kalau terjadi, akan memalukan dan menjatuhkan maruah keluarga...what a lesson to learn!!!patut dah berumur makcik ni, tpi masih tegar mendayung...

otw balik ke jeti..memang santai abis..
rangkumkan semua lawatan2 ketika Mekong Tour..atas sekali tempat buat gulan2 candy untuk di crush di dalam mulut..hehehe..naik kereta kuda sampai topi hard rock osaka aku pun jatuh ke mana x sedar...hilang mcm tu j..xde rejeki namenya..osaka mari tu!!!member tlg belikan masa kat Osaka..aku nya tak la ke Osaka lagi..hehehe..
lps sampai, balik bilik jap, kuar balik..jalan2 cari baju,tudung dll..sambil jalan layan pak cik jual kelapa muda..memang berat beb..
kalau dah sampai shopping pun duduk, tu tandanya lebih dari sejam dua...hahaha
nasib tauke kedai memahami....dijamu kpoi o kaww!!memang sedap kopi2 kat sini..pasal ape x tau!!??macam gian..tapi bila buat bawa balik malysia, buat sendiri, x sama rasa dia..nak kena minum kat sana jugak..
lupa nama tauke tu ape..tapi org melayu champa la..pandai cakap melayu,,kedai area Ban Thahn Market jugak..dekat area gerai Basiroh..boleh pulak x snap gerai Basiroh tu..tapi memang popular la gerai dia..makanan memang ikut selera melayu kita la..& murah compare harga2 di restoran..
suasana pasar malam di sebalah Ban Thanh Market..pandai nego, harga memang boleh dapat murah..nego kaw2 pny k..coz harga diaorg markup smpi lebih dari 100%


suasana malam berhampiran pasar malam..ramai pelancong org2 kita je area ni..hahaha..terasa macam pasar malam kat taman2 rumah aku je...sistem trafik diaorg ikut dan je...spanjang aku kat sana x nmpak lak org eksiden..kalau jalan kaki jangan berenti tengah2 jalan..jalan je slow2..diaorg akan elak pejalan kaki..
malam sebelum pulang, diaorg ni je la yang terberanak beg..aku biase je..beg itu pergi..beg itu jugak la balik..xde tambah2..tai jadi mangsa tambahan berkilo2 kain baju tudung yang diaorg beli..hahaha..timbangm jgn x timbang..hotel ni siap bagi penimbang..esoknya b4 check out nak balik pun timbang lagi..x pasal2 nanti kene charge lebih masa check luggage.
overall enjoy bercuti di Ho Chi Minh..baki yang aku tinggal.. USD15 & 5000 Dong..duit malaysia of coz mmg ade baki byk lagi sbb aku bukan kaki shopping..hehehe..just suka berjalan2 melihat tempat org..
 banyak pengajaran sebenarnya ketika di Ho Chi Minh..paling ketara ialah kerja keras...negara yang bangkit dari peperangan yang ngeri di mana rakyatnya sanggup melakukan apa sahaja pekerjaan untuk mencari sesuap nasi...4hari 3malam, tiada aku dengar siren polis, atau adegan polis mengejar perompak pencuri..seperti kata Hj. Halim, ditangkap polis kerana jenayah, bermakna seseorang itu telah menjatuhkan maruah keluarga masing-masing dan mendapat malu..bukan sahaja sebab jenayah, malah kalau ditangkap polis hanya kerana tak bayar saman atau disaman, itu sudah cukup memalukan bagi mereka...

bersyukur hidup di negara yang dilimpahi rezeki melimpah ruah...





























Wednesday, 17 April 2013

Pulau tioman : Suatu pengalaman berharga

12-14 April 2013, masa yang aku tunggu2..menyelam di Pulau Tioman.yang ini 1st dive aku setelah dapat lesen pada bulan Nov 2012 yang lalu..5 bulan dah tak dive...agak sedikit menurun water confidence level aku, since dah lama x ke kolam kangar sebab kerja2 naiktaraf untuk SUKMA..

gemuruh, nervous, takut, & macam2 ada..tapi semangat tetap membara!!!melihatkan semua diver2 yang ada semua dah otai2 sekurangnya sudah lebih 10 selaman atau dah level advanced, aku & che dy je still open water level & 1st dive after dapat lesen, mmg saiko wooo...yang penting,tarik nafas dalam & tenangkan fikiran...rileks..& fokus...ingat balik ape yang telah dipelajari..then, layannn wet world...yezzaa...

 10hb gerak ke Penang dari Kangar,lepak semalam di rumah saudara Che Dy..jam 1.40thari dari Bayan Lepas ke Kuantan..sampai kuantan jam 3.00 ptg ambil bas ke Mersing (Maju Ekspress), mintak driver turun di Tg. Gemok..since ada masa lagi..sempat ke Teluk Chempedak melayan paintball..hahaha..

semakin cantik pantai Teluk chempedak ni..

Che Dy & member dia Naz (baju putih)..thanx to Naz sebab amik di airport..geng2 AADK ni..

gerak dari Kuantan jam 8.00 malam..turun di Tg. Gemok lebih kurang jam 9.50 mlm..cuak tgk driver bawa..kalo boleh nak ikut jalan belah kanan lawan arus sepanjang jln..ni bukan dia ni..hahaha (bak kata Bang Chik) ...sampai2 terus makan..then berjalan lebih kurang 200 meter dari kedai ke Mei Wah Hotel (hotel bajet je ni)

satu malam RM50.00..berbaloi2...kongsi dua org pulak tu..bolehlah untuk tidur dan bersihkan diri...yang penting luas, bersih & kemas (tidak lagi selepas kami check in)..hahaha..
 dari hotel ke jeti dalam 300meter..jalan sudah..

lps breakfast..semua kumpul di jeti..Hapes, Farid, Bang Chik geng2 utara semua dah sampai..ada jugak kenalan baru kenalan...ni bagus join outdoor xtvt ni..semua dah diuruskan oleh Momo, event manager..mmg otai dah dia ni..Kinabalu dah panjat..cycling dah redah..rafting..hampir semua xtvt outdoor dia involve & organized..

tu dia bro momo baju hitam tiga dari kanan..

jeti Tg. Gemok ke Tioman..beratur agak panjang..nasib semua beg2 Momo & gang dah uruskan dengan crew2 feri..
bertolak 12/4/2013 jam 11.00 pagi dari Jeti tg. Gemok ke Pulau Tioman, nyata, gelombang air laut tak menyebelahi kami..ombak yang beralun agak tinggi membuatkan ramai yang mabuk laut dan muntah2...

dari kanan : aku, Bang chik, Farid & Azni (baru kenal) lepaking di bahagian belakang bot..bak kata Bang Chik time tgk ombak ni.. "Ni bukan dia ni"..hahaha..aku pun agak pening..tapi tak mabuk sampai muntah2..agak gemuruh jugak sebab memikirkan arus bawah laut jika dilihat ombak beralun2...mesti kuat arus..


lupa nak tny apa nama pulau ni..tapi memang cantik..

sampai di jeti Kg. Genting lebih kurang jam 1.00 t/hari..merupakan 1st checkpoint bot..Pulau Tioman ni byk kampung,antara yang popular, Kg. Tekek  & Kg Salang..Kg. Tekek kira pusat bandar di Tioman la..ada airport dan kedai bebas cukai..mcm2 ada...

 ni map pulau tioman..Momo dah pilih kat Kg. Genting..berjalan approx. 600-700 meter dari jeti ke Genting Bayu Resort...

tempat-tempat yang dibawa dive ialah:

12 April 2013

1) Pirate Reef - time ni agak debar2 sebab tgk ombak beralun2..sampai tak nampak bot nelayan yang bawa diver2...tapi fokus dan layann aje..sini bayak hard coral..cantik jugak ..ikan x brp byk..yang ada pun, aku bukan tau sgt..hahaha..tapi vis agak mengecewakan dan arus boleh tahan kuat, ditambah pulak dengan teknik pernafasan & bouyancy yang masih lemah, so air aku pun cepat habis..tinggal 20 bar dalam tempoh 35 minit, terus ascend & safety stop...sempat lagi..hehehe..cuma agak merisaukan, aku tak ada sosej 'Diver Below'...setiap kali safety stop & ascend kepala dongak mana tau ada bot tetiba drift atas kepala..yg best timbul2 je, terus termuntah, nasib sempat remove reg..bukan ape..mkn t/hari kul 1.45 t/hari..lps tu 2.30-2.45 terus g dive..amik ko!!!

2) Renggis - haaa...yang ni yang benar2 buat aku termengah2..aku rasa lebih kurang 20 minit je kat bawah..sebabnya, first, vis mmg sangat mengecewakan..ade kot dlm 7-8 kaki..second, then sampai je dekat satu tukun (macam playground-boleh test bouyancy kat sini), tetibe je rasa macam arus menolak kami..apalagi, hampir semua diver drift dibawa arus..dengan pantas, DM ajak cepat keluar dari arus, aku tgk mcm nak lawan arus..cuba pny cuba, mcm x bergerak lawan arus..lagi jauh ade la dari DM..try adjus kepala ke bawah, tapi i'm too struggle sampai cramp kaki...sudahnya bebrapa diver termasuk aku amik keputusan untuk ascend..skali ascend, tu diaaa...bot pny jauh..dgn kaki cramp, gagahkan jugak kick sampi ke bot..ombak usah cite la..bot kejap nampak, kejap x nmpak..skali berpaling blkg, kepala nyaris terhentak bot..hahaha..

Hari pertama yang mencabar mental dan fizikal..alkisiah disebalik 2nd dive, aku & Che Dy mmg dah nak surrender coz rasa lemah sgt lps 1st dive..sebab 1st dive arus boleh tahan kuat (time ni x cramp lgi), & aku termuntah bila ascend..tapi si Hapes & Momo boleh pulak bakor kaw2 pny atas bot..sudahnya dive jgak...siot je Hapes & Momo..nak x nak mmg kne dive, sebab aku tau, nnti sampai ke UiTM si Hapes & Farid akan membahan aku..Momo pulak, confirm membahan aku kat FB..malam tu mmg awal gile tido..jam 10 semua dah tutup lampu tidur..mmg letih..baru nak tdo, mai lgi cramp kaki..nasib Che Dy bawa minyak balm..

2nd day : jadi bahan gak la aku cramp kaki..hahaha,..x kesah lah...biasa la tu..nak bandingkan kalo aku x turun 2nd dive...hehehe..

13 April 2013

3) Damai Reef - yang ni pulak shore dive..yg ini agak enjoy sebab air laut hari ni tenang..vis pun biasa2..layan je hard coral..tapi byk sgt sea urchin kat sini..layan punya layan, x sedar buddy dah ke mana..sudahnya follow diver lain..ni bukan apa..ni kes selam x seirama la ni...hahaha..sorang decend awal..sorang lagi descend lambat..sorang lagi baru nak pkai fin..sorang lagi baru gerak ke pantai...adoiyaiii..xdak planning & koordinasi...ikut je la mn yg cam...yg ini hampir 40 minit dive..as usual, dah dapat skit2 control bouyancy & teknik pernafasan...tinggal lagi 20 bar, Haikal pun tinggal lagi lebih kurang 20 bar..Akhmal pun sama 20 bar..tapi si Hapes, bila ajak naik, dia suruh kitaorg naik dlu..air dlm tank byk lagi..otaii!!!hahaha...skali ascent sayup je pantai..perhhh..satu koje lagi nak kick ke pantai...

4) Soyak Reef - yang ni tarrbekkk..vis very clear..arus tenang...hard coral..trigger fish..penyu..batu2 besar macam tunnel...layannnn...bouyancy & teknik pernafasan semakin baik..alhamdulillah..ini yang aku mau...ini misi dan objektif aku join event tioman ni...ni yang paling aku puas hati..berjaya control bouyancy & teknik pernafasan....

5) Kerdau - yang ni pun tarrbek gak...vis clear..tpi x dpt lawan mcm kat Soyak Reef..yg best kat sini layan coral kat tebing pulau...ada byk jugak trigger fish..penyu..

14 April 2013 semua rilex2 layan angin bayu..awal pagi hujan..mmg layannn....aku pagi2 sebelum breakfast melepak minum nescafe xdak gula (dah abis gula) kat pantri free flow milo,tea & nescafe..kopi plak yang xde..balun je ape yg ade..

mmg cantik pemandangan dari bilik, tapi pondok tu mencacatkan pandangan..ni bukan pondok x siap lagi, tapi pondok mcm dah hancuss dan terbiar..

pemandangan dari bilik

ni tempat ambil angin group Momo

 resort2 di Genting Bayu Resort

yang penting ada wifi...

 time ni confidence level dah meningkat...thanx to Hapes for this picture..time ni kat Kerdau...coral2 yang tumbuh di tebing2..ramai diver2 dari group lain especially org Eropah & Singapore time ni...mmg smart...lps ni wa nak angkat sosej, dive comp Aeris Manta (simple2 je, janji well function) & underwater camera...bila???x tau meh..hahaha..mau kira bulu kambing biri2 dulu..

ni warm guard melayang RM250 kat Momo..ni semua kena racun ni...hahaha...tapi mmg sedap dive pkai warm guard ataupun pakai rash guard banding wetsuit..hahaha..rugi2 beli wetsuit..diver baru nak belajar..hahaha..


ni pulak melayang RM50 gara2 baju sipadan,kapalai,mabul..ni semua pasal kapla masuk air!!!
color hitam mmg smart..


safety stop, susah jgk xde sosej & roller..yg pegang roller sosej tu DM aka Divemaster..aku yg belah kanan terkapai2 nak control safety stop..jenuh tawaf DM...hahaha...

mmg smart pic diver2 ni..dalam gak ni..tapi x lebih 18 meter..

after last dive, mmg penat tapi puas..with Hapes (kiri) & DM (kanan)
puas sebab scuba gear aku yg x d test, dicuba dulu berfungsi dgn baik for the 1st dive, cuma aku je yg rasa mcm x berfungsi masa 1st & 2nd dive..hehehe...

finaly, balik pada 14 April 2013, feri kul 1.00 t/hari..rupanya feri amik dari jeti kg. ke satu jeti kg. yang lain..tak kesah lah..tapi dah sampai 2x ke tempat yang sama..orang naik muak la pulak..tak pasal2 gerak dari tioman kul 2.15 ptg...sampai jeti Tg. Gemuk jam 4.15 ptg..rasa slow pulak bot masa nak balik...

nak jadi cerita bas Maju Ekspress dari Mersing (singgah Tg. Gemuk) ke Kuantan dah abis..dah tau awal dah hari jumaat masa breakfast sbb dah pergi tny ejen di kedai runcit..nak nyelit pun x boleh dah...mak cik tempat kami breakfast pulak cakap bas lompat sampai jam 4 ptg je kalo hari ahad...nak tumpang geng2 lain semua kereta dah penuh...solusinya tunggu aje bas loncat2 wpun time tu dah kul 4.30....

rupa2nya driver bas Rahmat Alam dah otw nak ke Mersing, nampak aku & Che Dy usung beg scuba gear kuar dari jeti nak ke seberang jalan,so, dia patah balik menghala ke utara...sebab dia cakap dia agak dah aku & Che Dy mesti nak naik bas...perhhh...tu dia instinct orang lama...

 asalnya nak turun di Kuala Rompin amik teksi ke Kuantan...tapi driver bas loncat syarikat Rahmat Alam  bgtau mahal naik teksi dari kuala rompin..so dia suruh ikut turun sampai Pekan..otw nak ke Pekan, dia cakap anak dia kebelulan nak balik Kuantan, so dia minta anak dia tumpangkan aku & Che Dy...alhamdulillah...rejeki Allah...mempermudahkan urusan kami yang memang kena sampai kuantan sebelum jam 9.00 malam sebab bas Utama Ekspress ke Kangar gerak jam 9.00 malam...

rupa2nya, driver yang bawa bas Rahmat Alam tu adalah owner, pemilik!!! syarikat bas Rahmat Alam..baru ambilalih katanya...steady lagi bwa bas..anak dia jaga kat Kuantan, dia pulak rileks jaga area Pekan...semoga Allah mempermudahkan juga urusan keluarga beliau...aminnnn..sampai Kangar kul 7.30 pagi, sarapan, basuh scuba gear, basuh kereta then ZZzzzzzz....

next dive @Sipadan, Mabul , Kapalai!!!! 29 Nov-3 Dec 2013...dah cakap confirm dan dah bagi nama wpun bulu kambing x abis kira lagi!!!...hahaha...ni semua salah Momo!!!!hahaha!!











Monday, 8 April 2013

kursus ber google doc

haa..lagi 2 hari nak g tioman, hari ni pulak ada kursus google doc...sekadar nak penuhi jam latiihan aku yang masih nampak 0 dalam sistem latihan selain membuat revision...almaklum manusia mudah lupa...pada aku google doc ni tersangatlah penting untuk merekod apa2 tindakan, kerja laporan, dan lain-lain...

ni aku panggil data terapung...maksudnya maklumat2 dalam google doc sentiasa boleh diakses di mana-mana sahaja kita berada...kalao nak harap filing office, mcmlah sentiasa ada kat ofis..harap 5 hari bkejerja..sabtu ahad, sumpah aku x datang ofis kalo xde ape2 kerja or aktiviti...nak harap dokumen2 dlm external, anytime external boleh corrupt, so, dokumen2 penting dah ada back up kat google doc...memang compatible!!!yezzaaa....

mood : tak sabor nak dive kat pulau tioman!!!!hehehe...

penceramah & fasilitator : en rashid, uitm perlis librarian