Saturday, 14 December 2013

Pulau Mabul : Takdir itu pasti..tapi???!!!

Sekembali aku dari Mabul mengikut trip Momo dari 29 Nov-3 Dis 2013,  aku sedar, Mabul bukan sekadar tempat untuk menyelam..banyak yang aku belajar dan insafi dari kehidupan warga Mabul, walau cuma dua hari berkesempatan menjengah ke kampung-kampung di sana...

malam terakhir di Mabul selepas kena prank birthday boy,cadangnya hendak mandi di dive centre membersihkan diri akibat penangan telur & tepung & kemudian baring di "jambatan kasih sayang" Billabong Scuba Backpakers..sampai sahaja di jambatan menuju ke dive centre,Billabong Crew yang sedang melepak di situ menyapa aku, "bang,teh o ais limau".. teh o ais limau sememang minuman trademark mereka hampir setiap malam apabila berehat di jambatan tersebut..apabila dijemput,terus je join diaorang..terbantut sebentar hasrat nak mandi..

memang sedap teh o ais limau yang diaorang buat..mungkin sebab menggunakan teh sabah..apatahlagi menikmatinya di bawah jutaan bintang yang bersinar & bergemerlapan..senyap sepi sebentar suasana di jambatan..mereka ni memang peramah & baik,tetapi mungkin segan nak mulakan bicara dengan aku..lantas aku mulakan bicara tentang keindahan Mabul terutamanya di waktu matahari terbenam & pada waktu malam..berkongsi sedikit pengalaman menyelam di Mabul-Kapalai-Sipadan...riak gembira terpancar di muka mereka mendengarkan cerita aku..

alang-alang berbicara tentang Mabul, sememangnya aku ingin sekali berbicara tentang warganya..teragak-agak pada mulanya kerana aku bimbang mereka berkecil hati..namun aku picu juga isu warga Mabul..bermula dengan makanan yang tidak pedas sehinggalah kepada keadaan kehidupan bajau laut,bajau darat & suluk..lega rasanya apabila mereka tetap sudi berkongsi maklumat-maklumat berkenaan kehidupan warga Mabul...dari loghat bahasa Bajau,Sulu yang berlainan..kisah tiada IC,tapi ada passport..ada yang langsung tiada apa-apa dokumen pengenalan diri...hinggalah kepada kehidupan peribadi masing-masing...

begitu mesra mereka bercerita meluahkan apa yang mungkin terbuku di hati mereka..bercerita seolah-olah tiada siapa pernah ambil pedulii tentang mereka sebelum ini...namun di sebalik kemesraan & keceriaan mereka bercerita, ternyata timbul sedikit kecewa apabila isu IC ditimbulkan..terima kasih Momo yang kebetulan turut datang lepak sedikit lewat kerana timbulkan isu IC..itulah antara kisah yang aku benar-benar nak tahu,cuma tak terpacul lagi dari mulut aku..

ada di antara mereka yang hanya belajar hingga darjah 1-3 shj..ada yang beria-ia mahu menyambung pengajian hingga ke peringkat tinggi..namun sebab tiada IC & kemampuan kewangan menyebabkan hasrat mereka terbantut...senyap sebentar mendengarkan apa aku boleh anggap luahan hati mereka...pada mereka, "apa boleh buat,IC tiada,asal boleh membaca & mengira lebih kurang," itu sudah ok untuk bekerja di Mabul..

sukar menerima kenyataan apabila ada antara mereka yang tiada kad pengenalan, sedangkan pulau tersebut sudah sah menjadi milik negara...yang ada hanya passport yang ditulis warganegara Malaysia, tetapi masih tidak mempunyai IC...apakah??bagaimanakah??mengapakah???

mungkin ibu bapa mereka ada yang tidak diketahui taraf kerakyatannya,namun,anak-anak muda yang lahir di Mabul??memang diakui ketat peraturan (kalau ikut buku la) untuk dapatkan ic..namun apabila ditanya tahukah mereka di mana hendak memohon ic,mereka tidak tahu...malah nama jabatan pendaftaran negara juga mereka tidak  pernah dengar atau tahu...ternyata mereka tidak didedahkan dengan perkara-perkara macam ni..

lantas aku menceritakan sedikit maklumat yang aku tahu mengenai Jab Pendaftaran Negara sebagai tempat untuk memohon mendapatkan ic.sebenarnya aku lagi terkejut mereka tiada surat beranak..mungkin itu sebab mereka tidak dapat IC..mungkin ibu bapa mereka tidak mendaftarkan nama mereka semasa lahir..tapi bagaimana mahu mendaftar jika mereka tidak tahu ataupun diberi pendedahan & taklimat???inilah persoalannya...mereka menerima takdir seadanya,tapi....apa tindakan pihak berwajib???

menurut mereka,ada yang memang nekad dan tegar mengekalkan cara hidup mereka, itu pilihan mereka sendiri...mungkin mereka lebih selesa dengan cara hidup mereka...itu sudah jauh lebih baik dari mereka memilih cara hidup yang mereka sendiri tidak mampu hadapi..kebanyakannya memang terdiri daripada Bajau Laut yang lebih selesa tinggal di dalam sampan dari di darat...tidak bersekolah, & hanya memerah keringat  mencari rezeki di lautan indah ini..

ada juga yang gigih berusaha mengubah nasib diri...namun sayang, sebahagian dari merekalah yang hanya mempunyai passport  yang tertulis warganegara Malaysia, tetapi tidak mempunyai IC. & surat beranak..mereka ini pasrah...tapi tidak berputus asa..selagimana mereka mampu mengubah cara hidup mereka ke arah yang lebih baik,mereka tetap berusaha...



itulah satu dari 1001 kisah yang dapat dikongsi...kisah yang pasti mempunyai skrip yang sama di mana-mana sahaja..di sebalik keceriaan mereka,memang wujud rasa sayu & kepasrahan kepada takdir...mereka terima dengan redha, namun yang pasti,mereka tidak berputus asa..kerana mereka tetap punya 1001 impian,sama sahaja seperti kita..


Monday, 9 December 2013

Mabullllll!!!!! aku rentung!!!!aku rinduuuuuu!!!!

Di sana...angin sepoi-sepoi hinggap membelai wajah..terlalu lembut..tidak mencengkam...bayang-bayang cahaya matahari terbenam menjadi mainan peminat fotografi baik amatur dan profesional...mendongak ke langit melihat bintang-bintang yang tak terhitung jumlahnya membuat diri terasa terapung menggapai cahayanya...terlalu kerdil rasa diri di sisi Yang Maha Pencipta...itulah suasana di Mabul..sebuah perkampungan pulau yang kecil tapi padat penduduknya yang terdiri daripada Bajau Laut, Bajau Darat & Suluk..

melayan sunset di Mabul ibarat candu...terlalu leka..ditambah aksi-aksi terjunan gaya bebas anak-anak bajau dan rakan-rakan...perghhh!!!

memang terasa seperti kehilangan sesuatu apabila tiada lagi semua itu di tanah tempatku mencari rezeki...memang aku tertinggal mafla Arsenal yang dibeli direct dari Arsenal shop di Emirates Stadium..ada hikmahnya mungkin untuk aku kembali pada 28 Feb - 4 Mac 2014...

mana mungkin suasana sunset di Kuala Perlis dan di sawah padi sama seperti suasana di Mabul...apatahlagi untuk melihat bintang-bintang berkelipan...bintang satelit?space station?itulah 'bintang' yang selalu kelihatan di sini....

mungkinkah kegalauan melanda diri!!!???

Mabullllll!!!!! aku rentung!!!!aku rinduuuuuu!!!!
.
.
.
28 Feb - 4 Mac 2014 -insyaAllah, akan menuntut ilmu basah (advance) bersama Hj Ahmat...skali lagi di Mabul!!!




























Sunday, 8 December 2013

MABUL-KAPALAI-SIPADAN (MKS) (29 Nov-3 Dis 2013) @Billabong Scuba Backpackers, Mabul, Sabah, Malaysia with Shah Momo

Alhamdulillah...sampai juga aku ke MKS pada 29 Nov- 3 Dis lepas..seperti biasa, ikut trip shah Momo..layankan je video-video amatur yang aku upload ni..banyak lagi aku kena improve supaya video tak shaking..lagi satu lepas ni aku akan cari red filter untuk GoPro 3 (white) aku utk imej yang lebih baik..

untuk visibility memang so so la...bak kata orang yang dah datang 2,3x..vis kali ni mmg failed..pada aku kira ok coz first time datang..






cuma sipadan je aku tak edit lagi...tapi tak pe, aku akan masukkan entri khas untuk Sipadan...max depth dive di Mabul-Kapalai aku ialah 22 meter....ok la untuk lesen OWD aku...huhu..

simple sangat entri percutian aku ni...hahaha..sebenarnya aku dah tak ada idea..hahaha..tumpuan aku sebenarnya lebih kepada warga mabul..akan ada juga entri khas tentang warga Mabul untuk dikongsikan, kerana baru aku sedar, bercuti di Mabul bukan hanya tertumpu kepada dive sahaja, sebenarnya ia lebih dari itu...insyaallah, akan dikongsikan...untuk sementara waktu, biarlah video-video dan gambar sepanjang percutian diving aku di Mabul, Kapalai dan Sipadan menceritakan 1001 kisah...

apapun thanx a lot kat Shah Momo..organizer paling sempoi yang pernah aku jumpa...x byk berkira..
to Scuba Jeff, terima kasih daun keladi atas layanan mesra dan masakan kasih sayang hang...ketam cili yang sedap...tq jugak coz sudi sharing basic tips on photography..bisnes is bisnes..kawan tetap kawan...i lap u Jeff...
dive buddy Che Dy, sehati sebasah wpun ada skip dive..haha
Abg Chik, Arie, Akim, Along..4A yang kapla gila-gila pny masuk air...
Azni, the macho man and always cool..tqvm pinjamkan lappy untuk transfer data memory card dari GoPro aku ke External.. 
thanx to bro Ramlie, bro Eman, Emir, nice to know all of you..
tiga snorkler aka gedix pingitan Alin, Cima, Sha...aku bagi idea bancuh tepung dan air rendaman nak prank birthday Momo, skali korang kenakan aku ek,..hahaha...
to Fikri, Roslee, Shue & Haziq, welcome to da club...enjoy your OWD...learn from each dive, kerana itulah pengalaman yang paling berharga dalam memperbaiki pelbagai teknik penting seperti pernafasan, bouyancy dan juga lain-lain teknik..yang penting jgn panik!!!

seaventures dive site

Gooners @Kapalai

 review video sunset dive

 uolsss sempoi!!!
  Billabong Scuba waterfront

 birthday boys got prank'd

 mr. crab &mr. lobster
 treat by Scuba Jeff (ketam tarrbekkk)

 gila2 team @Scuba Jeff

 seafood mania

 Divemaster Gillab & Momo

Instructor Luzia & Billabong Scuba Backpackers crew...paling sporting...GREAT HOSPITALITY just @budget homestay!!!

 seafood mania!!!

seafood mania!!!

masakan kasih sayang Scuba Jeff

overall, 5 star holiday @Billabong Scuba, Mabul, Sabah!!!!
.
.
.
.

entri akan datang berkaitan trip ini:

1) Mabullllll!!!!! aku rentung!!!!aku rinduuuuuu!!!!
2) Pulau Mabul : Takdir itu pasti..tapi???!!!
3) Sipadan...Dive!!Dive!!Dive!!
 

 







Monday, 25 November 2013

Mabul Kapalai Sipadan...TUNGGUUUUUU AKUUUUUUUUUUU!!!!

Seperti biasa selepas makan malam, sambil melayan Maharaja Lawak Mega 2013 (siaran ulangan) saluran percuma astro yang entah berapa lama diberi, jari jemari tidak sah kalau tidak 'slide' iphone4 aku ni..sudah semacam satu ketagihan apabila iphone aku sentiasa berada di sisi...galau semacam jika iphone aku lupa dibawa atau bateri 'kong'...tidak seperti 10-15 tahun dahulu..tidak kisah pula jika tiada telefon di sebelah..seperti tiada apa-apa jika jari tidak menyentuh telefon...inilah penangan gajet moden...perhhh!!!skema semacam ayat aku..haha..sekali sekala tulis macam ni pun ok juga...jika dulu aku rajin menulis karangan semasa zaman SPM, tapi selepas itu tidak lagi...aku terasa penulisan aku tidak setajam dulu lagi...terkadang ayat-ayat yang terlintas di benak fikiran, sukar untuk dilontar menjadi tulisan...mungkin ada hikmahnya aku terjebak dalam dunia penulisan blog ni (lihat : http://iammosas.blogspot.com/2012/09/tiba-tiba-aku-terjebak.html

Sebenarnya aku sedikit frust tak dapat join kursus Advanced anjuran JBS Kedah pada 14-17 Nov 2013 lantaran kerja-kerja di pejabat yang masih tertangguh!!walaupun tertarik kepada falsafah "BORN TO DIVE, FORCE TO WORK" , namun aku harus sedar kehidupan aku buat masa ini....falsafah itu ibarat magnet, tapi awas, jangan melekat!!!

terkejut juga apabila dapat tau Hapes tak dapat join trip ni walaupun dah bayar deposit sebab baru dapat notification wife dia bakal konvo 30hb Nov 2013...entah berapa banyak, tapi deposit yang telah dibayar tidak akan dikembalikan...aku pulak dah abis bayar full RM1480.00 untuk pakej ke Mabul, tidak termasuk flight...harap tiada apa-apa halangan.

alamak!!!!tiba-tiba pulak alamak...hahaha..tiba-tiba terkeluar pula iklan astro 1st tentang filem berkonsepkan real dokumentari iaitu filem Highland Towers..aku dah tengok movie ni..nak tengok sekali lagi??boleh!!TENGOK WAKTU SIANG SAHAJA!!!!huhu..

5 minit lagi game bola Man U v Cardiff...layankan aje walaupun aku ni peminat Arsenal...Sambil menaip entri kali ini yang aku fikir mungkin antara yang terpanjang, seperti biasa melihat wassup group Mabul/Sipadan...pasal trip nak ke Mabul ni lah tetiba jari jemari aku gatal hendak menaip..panjang pun panjang lahh..asalkan aku sendiri puas menulis...

Sebenarnya aku tidak sabar untuk Mabul..begitu teruja!!!bila dah ke Mabul, semestinya akan ke Sipadan!!!inilah trip menyelam aku yang pertama ke Mabul/Kapalai/Sipadan dijangka pada 29 Nov-3 Dec 2013...ibarat cuti hujung tahun aku...aku tambah teruja melihat semua posting bro Jeff di FB (owner Scuba Jeff) tentang keadaan di Mabul ketika hujung tahun ni..katanya, "airnya sangat jernih", membuatkan aku bertambah-tambah teruja!!ditambah dengan gambar-gambar yang Momo & Lukman upload kat group wassup, ketenangan di Mabul memang mengasyikkan dan sangat menggamit perasaan...walaupun nanti aku akan duduk di Billabong Scuba sebab ikut trip Momo, tak kisahlah, asalkan dapat menyelam, kemudian timbul semula untuk hidup di darat sebab hidup kita adalah di darat. Meminjam kata-kata dan falsafah legenda fotografi alam basah mengenai kehidupan penyelam, Bam B (Bahaman Hashim) melalui facebooknya (mengambil sebahagian darinya yang aku kira itulah mesej yang hendak disampaikan)

"....Jauhilah sindrom Neutral Buoyancy. Bercita citalah untuk menjadi insan basah yang positif, neutral bila perlu..negatif jangan sekali."

"Saya memilih untuk menjalani hidup dangan sikap positif kerana pada realitinya 98 peratus kehidupan saya berada positif dipermukaan air dan bernafas melalui rongga hidung."
(Bahaman Hashim)


Memang cantik dan menarik kata-kata ni..berusahalah menjadi insan positif, jangan jadi lalang dan negatif...perlu ada pendirian!!!kerana kita hidup menyedut oksigen darat, bukan udara di dalam laut!!! dan insyaAllah, lain tahun aku akan ke ScubaJeff pula..

Dek kerana ayat-ayat ini terlintas di fikiran aku semasa melihatkan Jep Sepahtu dan bulu ayamnya , tiba-tiba aku teringatkan sebuah buku yang aku ambil dari TNC ICAN UiTM semasa program Seminar Amalan Terbaik ICAN di Auditorium iLQAM UiTM Shah Alam pada 20-21 Nov 2013 yang lepas..buku bertajuk The Consulting Business: Cashing in on Your Skills, Knowledge, and Experience. Buku ini ditulis sendiri oleh TNC ICAN UiTM Shah Alam Prof. Dr. Norsaadah Ismail dan Chris Saville. Lantas aku capai buku yang masih terperap di dalam goodie bag seminar.

Sebenarnya semasa seminar tersebut, di dalam ucaptamanya, beliau sudah terangkan serba sedikit mengenai apa yang kita boleh lakukan selepas pencen. Apakah persediaan yang perlu dilakukan semasa kita masih dalam tempoh berkhidmat untuk menjadikan seseorang itu dapat menjadi perunding terbaik selepas berpencen atau menamatkan perkhidmatan di sektor awam.

Walaupun dilihat beliau memberi penekanan kepada ahli akademik, tapi aku yang bukan ahli akademik pun mula terfikir dengan lebih serius...bukan maksud aku tidak berfikir apakah yang perlu aku lakukan selepas berpencen, tetapi ia sekadar angan-angan tanpa ada apa-apa tindakan. Ibarat air jatuh ke daun keladi, itulah ibaratnya, tidak serius. Sekadar memenuhi ruang-ruang fikiran yang mungkin kosong.

Ibarat melepaskan sedikit nitrox ke enjin kereta, aku mula mengambil serius atau sekurang-kurangnya ambil peduli dengan kata-kata TNC ICAN mengenai persediaan untuk menjadi seorang perunding....Perunding itu tidak semestinya untuk ahli akademik semata-mata...staf bukan akademik turut boleh menjadi perunding..asalkan kita ada kelayakan, kemahiran, dan pengalaman bidang berkaitan, selebihnya bergantung pada cara kita melaksanakan dan mempromosikannya...jadi, jangan sempitkan definisi perunding...yang penting kita ada sesuatu yang unik atau yang berharga yang boleh kita tawar dan kongsikan bersama-sama pelanggan..

.....separuh masa Man U di depan 2-1 mengatasi Cardiff..tidak fokus keseluruhan perlawanan seperti mana aku layan Arsenal..hanya fokus kepada ulangan gol jaringan Rooney, Campbell dan Evra..

...dan..YA!!!aku yakin dengan apa yang menjadi angan-angan aku sebelum ini  seusai aku menatap muka depan buku The Consulting Business: Cashing in on Your Skills, Knowledge, and Experience....bukan wang yang menjadi keutamaan..asalkan ada kepuasan dan keseronokan dalam apa yang aku lakukan, insyaAllah, semuanya akan seiringan.

GOOD LUCK!!!mudah-mudahan tercapai...Aminnn...

Mabul Kapalai Sipadan...TUNGGUUUUUU AKUUUUUUUUUUU!!!!

Sunday, 6 October 2013

My Vented Helmet Strap : My New Hero

tediaaaa!!!tajuk omputih..kandungan Bahasa Melayu...amaca??ada rupa 1Malaysia tak??hahaha...

apapun, Vented Helmet Strap aku dah sampai..cepat geng2 Prestige Scuba ni bekerja..aku emel bukti payment thari..ptg dah siap pack untuk pos laju..lusanya terus sampai..mmg puas hati servis macam ni...

hanya RM69+RM7 (postage)
boleh rasmi ni rafting kat Gopeng nanti..hehehe..tapi kena make sure helmet bervented vented la ek,,
kalo helmet macam tak bervented2, kne beli spec lain la..

layan2 dulu vid tips & trick mcm mn nak pasang kat vented helmet seperti di bawah



Sunday, 8 September 2013

My GoPro Hero 3 (White)

akhirnya..dapat juga disiapkan 2 video hasil kamera GoPro yang aku beli..tapi video aku video amatur je la...orang baru belajar nak merangkak..hehehe..aku gunakan persisian VideoPad untuk hasilkan dua-dua video ni..so, boleh view dengan set the highest quality kat setting youtube tu..tengok la yang tertinggi yang compatible dengan korang punya lappu untuk dapatkan visual yang cantik...

1) My Merdeka Hero
Aku gelarkan My Merdeka Hero kerana kamera ini digunakan pada 30-31 Ogos 2013 semasa menyertai Payar Coral Rescue & Merdeka Dive di Pulau Payar, Langkawi


2) My Merdeka Raya Hero
Yang ini aku baru terfikir nak guna nama ni masa tgh tulis entri ni..bersempena sambutan Majlis Mesra Aidilfitri Merdeka UiTM Perlis 2013 pada 6 September 2013. Last day Syawal & bulan kemerdekaan masih terasa lantaran 31 Ogos dan 16 September tidak jauh jaraknya...

tak tau pasal apa nak search kat youtube tak boleh...nak tunggu upload video berjanggut gak kat kampung ni..so, ada link kat sini..uols followwwww ---->  http://www.youtube.com/watch?v=XbXsR_mUGTk

apapun sangat puas hati menggunakan GoPro ni..tak sangka lak ramai berkenan tengok masa program mesra aidilfitri lantaran kecomelannya...tapi satu, tiada LCD bacpac..apapun aku rakam gunakan gerak hati.puiii!!!loya plak aku dgr..hahahaha!!!

so, sebelum ke Sipadan bulan 11 nanti, harap-harap ada bajet untuk dapatkan LCD bacpac..




Monday, 2 September 2013

Payar Coral Rescue 2013 & Merdeka Dive

We do not inherit the earth from our ancestor; We borrow it from our children. Satu kata-kata yang sangat mendalam maksudnya. Alhamdulillah, aku berpeluang menyertai program Payar Coral Rescue anjuran Centre of Ocean Research, Conservation & Advances (ORCA) UiTM Perlis & Kamikazie Divers di Pulau Payar dari 29 Ogos - 1 Sept. 2013. 

1st day berhampiran jeti kuah..
orang kuat ORCA UiTM Perlis, Jamil Tajam (baju biru)
orang kuat Kamikazie Divers, dari kanan, (Hapes & Azwan), dua orang ni tak ada, memang tak akan ada Kamikazie Divers.
tengah, Hafiz, staf makmal marin UiTM Perlis.

Sebenarnya, majoriti ahli Kamikazie Divers ialah staf UiTM Perlis. Azwan dan Hapes lah yang banyak menggerakkan aktiviti-aktiviti Kamikazie Divers dan bolehlah aku katakan mereka ini sebagai pengasas kepada Kamikazie Divers. Sebab mereka ni jenis low profile dan kepala gila-gila.

Program ini turut disertai oleh Scuba Jeff, Dive Buddy (bam B-Bahaman),Sniper Divers (Bang Chik-FB Pucuk Mati dari UniMAP) yang merupakan antara sekutu-sekutu Kamikazie Divers, media rasmi Majalah Salam Traveller  serta wartawan dan editor dari Dewan Masyarakat (DBP) turut hadir bagi membuat liputan. Apapun, program ini takkan diadakan tanpa mendapat sokongan kuat dari pihak Jabatan Taman Laut. Ini kerana segala akses ke pulau-pulau yang diwartakan sebagai Taman Laut yang terletak di bidang kuasa Jabatan Taman Laut di Putrajaya untuk Semenanjung Malaysia, perlulah mendapat kebenaran mereka.

Kali ketiga ke Pulau Payar, aku lihat terumbu-terumbu di sini semakin agak kritikal terutamanya di kawasan snorkeling & beberapa bahagian dive point. Sengaja bertanya kepada beberapa diver Singapura & Swiss, mereka juga mengakui ada beberapa bahagian terumbu yang yang kritikal dan memerlukan pemuliharaan segera, malah mereka mencadangkan supaya pulau ini ditutup untuk beberapa ketika untuk pelancong bagi proses pemuliharaan semula dijalankan. Melalui info yang aku tau dari geng-geng marin, terumbu-terumbu karang ini memerlukan 1-2 tahun hanya untuk tumbuh sekitar 2mm...kegiatan pengkomersialan perlu diseimbangkan dengan perjalanan ekosistemnya supaya pulau ini dapat terus dikekalkan keindahannya untuk tatapan generasi akan datang dan pelancong akan terus dapat menikmati alam semuljadi di dalamnya. Jika terumbu-terumbu di sini mati, tiada apa lagi daya tarikannya, malah salah satu tempat industri pelancongan negara bakal tergugat dan memberi kesan domino kepada masyarakat setempat. Mereka turut memuji usaha-usaha yang dilakukan oleh UiTM Perlis agar keadaan air di sini dipantau agar dapat menghasilkan terumbu yang sihat dan cantik.

bam B (Bahaman Hashim) kita ni always cool..terkenal dengan pelbagai istilah yang sempoi kalau belajar diving dengan dia..mula kenal di Dive Buddy Pusat Akuatik Shah Alam, tak sangka berjumpa semula masa buat DSD di Pulau Payar anjuran ILQAM UiTM Perlis..masa tu aku dah pindah dari UiTM Shah Alam ke UiTM Perlis..

kiri skali diver mana la tak kenal dengan Jeff..1st time jumpa dengan dia di program ni, sgt peramah dan gila2..tak kering gusi dibuatnya..tauke Scuba Jeff Guest House di Mabul tuu!!

editor majalah Dewan Masyarakat sedang temuramah Jamil Tajam mengenai kajian progam dan penyelidikan yang dijalankan seperti, coral planting dan water quality monitoring system. Tak ingat apa nama editor ni.

 Firdaus, jurugambar Dewan Bahasa & Pustaka..1st assignment untuk membuat liputan melibatkan aktiviti di pulau..semakin teruja katanya untuk ambil lesen selam skuba...hehe..saja aku kasi racun dia tentang selam skuba..hahaha..kemahiran fotografi dah ada, kasi asah lagi untuk underwater photography.




ni dia org kuat Kamikazie Divers, Azwan..staf di Makmal Marin UiTM Perlis..penggerak utama segala macam projek dan aktiviti Kamikazie Divers..



si Hapes ni memang bergaya sokmo..ala2 3 abdul, p.ramlee..orang penting Kamikazie Divers yang selalu bertindak di balik tabir..pensyarah UiTM Perlis..

 1st day @kuah

 perjalan ke Pulau Payar dari Jeti Kuah mengambil masa sejam dengan bot laju

macam-macam peralatan dibawa, yang pasti tangki & scuba gear lah yang paling banyak

tukun dah ready..dibawa dari bot nelayan dari jeti kuala perlis oleh satu lagi team marin dari UiTM Perlis

 rehat sebentar sambil tunggu tukum ke empat...tiga tukun sebagai tapak

 tukun ke empat diletakkan di atas

deploy tukun dah setel..pekena derian peram celah ketiak (ada kisahnya)..hahaha..

 2nd day..Hari Merdeka 31 Ogos 2013..kibarkan Jalur Gemilang

Malaysiaku Berdaulat;Tanah Tumpahnya Darahku

hari kedua ialah coral planting..yang ini aku x join,..bagi yang pakar sebab perlu handle with care..2nd day ni aku layan fun dive!!yezzaa!!!

 layan fun dive..credit to Scuba Jeff..pencahayaan terbaik..otai tu...

aku pula harap GoPro Hero 3 (White) aku tu..1st time..beginner la katakan..xpe..pelan2 kayuh..mulakan dengan langkah kecil dahulu, sebagaimana kecilnya gopro aku tu..

set2 ni semua beli di Prestige Scuba di Pandan Indah..dekat2 sangat ke RM1K..memang dah dalam bajet aku.. tu pasal tak pandang LCD screen lagi..hahaha..dah mengagau nak snap pix & rakam video masa kat Pulau Payar tadi..nak tak nak kena amik jugak sebijik lcd screen nanti..aku dah la bukan pakar..just for fun & kepuasan diri..baru beli seminggu sebelum hari merdeka..tak dan nak study manual..just explore sendiri ikut gerak hati je guna...& many thanx to bam B & Jeff ats info berguna tips & tricks utk mengendalikan GoPro ni

 kecik sangat...ada housing dia skali..boleh terapung, so jangan risau kalau camera tercabut dari lenyard..hehehe..xde koje ler teman nak bagi jatuh dalam laut saje2 mcm tu..haha..


 tanpa LCD screen di belakang ni ibarat memandu sambil pejam mata..hahaha..


 ingat..tak ada micro sd card..maka tiadalah gambar..
boleh beli reader card atau cucuk je gopro usb kat lappy...aku pny ni 16GB..

Aku ucapkan terima kasih banyak-banyak kat Azwan di atas kesempatan yang diberi bagi menyertai program ini. Walau keletihan, tapi sangat enjoy join program-program macam ni. Kerjasama berpasukan sangat penting dan dilaksanakan dengan baik oleh geng Kamikazie Divers, ditambah pula dengan kepala korang yang gila2..memang tak kering gusi aku dibuatnya..hope boleh join lagi program-program macam ni pada masa akan datang bagi membantu pemuliharaan terumbu karang dan memastikan keseimbangan ekosistem hidupan laut. TQVM kepada sekutu-sekutu Kamikazie Divers, Salam Traveller & Dewan Masyarakat dari DBP atas sokongan yang diberikan. Sama-sama kita menaikkan industri selam skuba melalui aktiviti-aktiviti pendidikan dan pemuliharaan marin untuk generasi akan datang. 

“We make a living by what we get but we make a life by what we give”