Monday, 20 July 2020

Tak Ada Running Event?? LSD kan Boleh..

Tahun 2020 ni menyaksikan semua running event road & trail yang dijadualkan dari Mac-Disember 2020 dibatalkan atau ditunda ke tahun 2021 berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Apapun, dengan kelonggaran melaksanakan aktiviti rekreasi yang diberi kerajaan, kita gunakan sebaik mungkin. So, acara larian tak ada, kita teruskan larian secara Long Slow Distance (LSD). 

LSD Fraser Hill 2.0 yang diadakan pada 12 Julai 2020 sebenarnya bermula dengan LSD Fraser Hill 1.0 yang aku join pada 17 Februari 2020, iaitu sebelum event Selangor Marathon 2020 dan Langkawi Ultra 2020.

LSD Fraser Hill 1.0 ni dirancang oleh CD yang menemukan runners dari Muallim Runners dan The Boss Afro. Selain itu, LSD Fraser Hill 1.0 menjadi pelepas rindu sebab event Fraser Ultra bagi tahun 2020 tidak dianjurkan.

Manakala bagi LSD Fraser Hill 2.0 menemukan lebih ramai runners dari KL, Penang dan Perak. Sebenarnya memang dah kenal kebanyakan runners ni di event2 marathon, ultra trail dan road. Cumanya kali ni bertemu di LSD sebab semuanya melepas gian untuk berlari akibat pembatalan dan penangguhan event.

Route Fraser Hill pula sememangnya menjadi route kesukaan aku sebab ia menggamit 1001 memori gila dan drama selain route hutan hujan di mana aku selesa berlari. Fraser Hill menjadi tempat aku berlari 42km buat pertama kalinya (virgin FM) di event Fraser Ultra 2018 yang mana ramai yang kata aku gila. Mana taknya, kebanyakan orang memilih route yang landai untuk pecah dara 42km. Aku pilih kawasan berbukit. Walaupun persediaan dibuat, debaran makin terasa bermula seminggu sebelum event sehingga awal pagi sebelum event.

Gambar atas ni yazid snap. Memang aku minta dia snap seolah-olah seperti berlakon berdebar, tapi sebenarnya masa ni memang aku tengah berdebar-debar bercampur penyesalan. Apapun pun dah register, dah datang, hadap je. Alhamdulillah, berjaya juga tamatkan dengan masa 6 jam 25 minit yang masih catatan FM terbaik aku sehingga entri ini ditulis, dengan mengambil kelebihan kelajuan semasa berlari menuruni bukit. Haa..di sini aku melihat kelebihannya jika join Fraser Ultra ni. Lepas tu masa uphill, pandai-pandai la nak survive elak cramp dan keletihan otot.




Ok, berbalik kepada entri sebenar, kedua-dua LSD Fraser Hill 1.0 dan 2.0 bermula dari Sungai Chiling sehingga menara jam di Bukit Fraser. Jarak keseluruhan 54km iaitu 27km uphill sehingga menara jam dan 27km downhill balik semula ke Sungai Chiling.

Route yang sedikit mencabar ialah apabila sampai di Gap untuk uphill ke Bukit Fraser yang berbaki 8km sahaja. Tapi jalan dari Gap ke Bukit Fraser sebenarnya sedikit curam, Kebanyakan masa memang berjalan dan cuba fast walk.

Untuk downhill pula, aku suggest sebaiknya ikut jalan semasa uphill. Sebabnya jalan downhill route kenderaan dari Bukit Fraser ke Gap banyak kera. Kalau berlari dalam kumpulan yang ramai lebih 10 orang ok la lalu situ. Tapi kalau setakat berlari 3 ke 5 orang baik tak payahlah untuk menjaga keselamatan diri.

Untuk LSD, sebenarnya yang paling penting ialah untuk menguji ketahanan dan kemampuan badan untuk berlari jarak ultra. Catatan masa nombor dua. Namun penting juga catatan masa ini untuk lihat jika ada penambahbaikan dalam larian kita atau tidak.

So, catatan masa aku

1) LSD Fraser Hill 1.0 (17 Feb 2020): 9 jam 30 minit (tak termasuk rehat sejam)
2) LSD Fraser Hill 2.0 (12 Jul 2020): 8 jam 27 minit (tak termasuk rehat 2 jam)-biasalah bila dah ramai2 ni.

Alhamdulillah, banyak improvement. Hope dapat tambahbaik lagi dengan turunkan berat badan.

Gambar-gambar LSD Fraser Hill 1.0: The Boss Afro ft. Muallim Runners

Mee goreng food truck kat atas tu kena try. Pada aku memang best. 








Gambar-gambar LSD Fraser Hill 2.0: Havoc habis kali ni. Kredit kepada semua jurugambar-jurugambar terlibat. Entah lupa kamera hp siapa.

Yang menarik dengan LSD Fraser Hill 2.0 ni, adalah apabila ada penaja-penaja yang sudi menaja finisher-t, dan makanan yang sedap-sedap dan yang paling terangkat ialah Rendang Dendeng Mak Pah. Memang terbaik.

Haa..LSD je pun..ada orang taja finisher-t. Memang terbaik la

Meriah pulak 

Tempat wajib bergambor..sempadan Selangor (KKB) dan Pahang (Raub) di Bukit Fraser 

Geng the Boss Afro ni  memang buat hal betul la

Meraikan 'bro' gila ni yang mencuba ultra distance buat pertama kali dan berjaya habiskan. Tahniah Eli

Tak sedar aku berdiri tengah2. sebelum flag off.

Kredit video Asma' Bt Mat Yusoff

Kredit video Mummy Sabina Yeo

Untuk next projek LSD punya event, CD, Lukman, Ayah Sham, Jerol, Amir, Zul Ramly & aku tengah workout satu event LSD. Banyak yang aku sedang belajar dalam membantu CD and team dalam uruskan event2 macam ni. Pengalaman join event ultra turut membantu. Event kali ni dikenakan sedikit bayaran sebanyak RM35.00 Berdebar juga menantikan hasilnya 22 Ogos 2020 nanti di event LSD Route 185: Tristate. Pertama kali involved bantu uruskan event larian ni. Semoga berjalan lancar dan tiada penguatkuasaaan semula MCO pada waktu tu.