Thursday, 10 September 2015

#FAMJAHANAM_10_31_88



Sebagai peminat sukan bola sepak ,aku mengaku aku bukan peminat tegar pasukan bola sepak kebangsaan. Aku lebih mengutamakan pasukan Arsenal. Malah kalau perlawanan Liga Malaysia dan Arsenal clash  live di TV, aku pilih untuk menonton Arsenal.Yang membuatkan aku menyampah untuk melihat bola sepak liga malaysia ialah kegagalan demi kegagalan pasukan kebangsaan dalam arena antarabangsa. Bukan maksud tidak boleh terima kekalahan, tetapi perkara ini terlalu lama dan bertambah parah!!!

Kejuaraan diperingkat Sukan SEA dan AFF langsung tidak mengujakan aku, namun aku faham, sepatutnya kejuaraan sekecil itulah yang harus menjadi titik tolak untuk mencapai objektif layak ke Piala Dunia atau sekurang-kurangnya layak ke Piala Asia secara merit. Mengikut sejarah, pasukan kita mampu dan pernah beraksi di peringkat Olimpik dan Asia. Bukan sekadar jaguh kampung (ASEAN/Nusantara). Tapi, malangnya, dari tahun ke tahun ke makin pasukan bola sepak negara merudum ke lembah kehinaan pula.



Tapi satu yang mengujakan, dengan tertubuhnya Ultras Malaya (UM), ia telah memberikan aku satu dimensi yang berbeza dalam mendukung pasukan bola sepak kebangsaan. UM telah membuka minda aku, dan mungkin banyak pihak lagi untuk sentiasa memberikan padu pasukan bola kebangsaan. Selepas itulah aku mula berjinak-jinak ke stadium untuk melayan permainan pasukan Perak dan pasukan kebangsaan. Bukan sekadar menonton, malah sekali sekala turut bersama-sama UM berdiri melaungkan chant UM sehingga tamat perlawanan, biar apapun keputusannya. Tapi agak-agak la!!!kesabaran peminat ada batasnya jugak.



Melihat kepada keaturan gerak kerja organisasi dan dan semangat yang membara, aku yakin yang kesungguhan mereka tidak akan luntur dalam terus menyokong pasukan bola sepak kebangsaan. Sebab itu, apabila UM bertindak 'biadap' pada perlawanan MAS v Arab Saudi tempoh hari, aku sedikit pun tidak rasa apa-apa, kerana itu membuktikan mereka sudah jelek dan berasa hina melihat puak-puak atasan FAMB yang menjadikan pasukan kebangsaan yang ada pada hari ini. Bukan faktor kekalahan 0-10 ditangan UAE semata-mata, malah banyak lagi faktor-faktor lain yang membuat UM dan peminat-peminat hilang sabar dengan BAJINGAN-BAJINGAN DI FAMB. Aku yakin, bukan UM sahaja, malah banyak pihak (terutamanya silent majorityyang merasakan perkara yang sama, cuma mungkin tidak akan membuat seperti apa yang UM buat.

Tapi, kalau dah itu satu-satunya cara untuk FAMB lebih membuka mata, maka pada aku itu tindakan UM adalah sangat  WAJAR sekali. Biarkan apa orang nak kata, "memalukan" , "bodoh" , "pengkhianat" , asalkan FAMB merasakan amarah UM yang telah sekian lama berusaha berjuang dengan cara yang lebih sopan. Biarlah jika FAMB digantung sekalipun, biarlah tiada apa-apa perlawanan bola sepak sepanjang digantung, asalkan UM & peminat hilang marahnya. Asalkan FAMB diSAMAK DAN DIBERSIHKAN SUPAYA MENJADI FAM yang sebenar-benarnya, di mana pengurusan tertinggi membuang egonya dan mampu mengangkat kembali martabat bola sepak negara. Biarlah pemain-pemain sekarang dikambing hitamkan dan dikorbankan di atas sikap UM dan FAMB jika digantung jika itu mampu membantu memulihkan FAMB menjadi FAM,

Biarkan media-media bermain api dengan UM, asalkan UM tidak luntur dalam perjuangan dan matlamat mereka untuk terus menekan FAMB supaya dapat mengembalikan kegemilangan sukan bola sepak tanah air di peringkat Olimpik dan Asia. Kita perlu ingat, media akan buat apa sahaja yang perlu untuk melariskan jualan akhbar dan berita,. Jadi aku tak hairan langsung dengan propaganda media. Sebab memang itu kerja diaorang untuk propa dan lariskan jualan.  



Pada bangkai bangkai dan mayat hidup di dalam PENGURUSAN TERTINGGI FAMB, ingat!!! Ultras Malaya, walaupun tidak mewakili suara majoriti rakyat Malaysia, tapi mereka orang ke-12 yang mampu mengubah destini sesuatu perlawanan dan sesebuah organisasi seperti FAMB.