3 Januari 2015 , 2004 hours
Tengah sedap melayan FB kat iPhone 4 (ip4) aku sambil makan keladi goreng yang krik krik rangup dia, tiba tiba pelan pelan je skrin ip4 aku ni kabur lantas membentuk lajur lajur seakan cahaya aurora...what the F??aurora kat Iceland punya jauh aku tak pernah tengok, tiba tiba mai kat ip4 aku!!!kabur jap mata aku..rasa nak hentak hentak kat atas tilam...cuba on off 2-3 kali, jalur jalur aurora makin banyak..rasa nak lenyek lenyek je..marah tahap kyuubi dah time tu!!!damn!!!masalah skrin sudah bermula...
3 Januari 2015, 2050 hours
dengan tahap kepantasan mengatasi cahaya, aku terus memecut ke kedai telefon dengan satu niat yang suci murni..menyambar Nokia 1280 sebagai telefon sementara...damn!!!boleh pulak aku tanya mcm mana nak bukak penutup belakang Nokia 1280 dan ada tak bagi free gift mcm handsfree dan casing!!!amoi cina tu perhati semacam ja...fullamak!!!moden sangat ka aku ni?...terus sambar no maxis....012-5xxxxx1..hihihihi..jadilah untuk sementara waktu pakai hp ni...rasa janggal tanpa wechat..tanpa wassup...jari jemari seakan akan meronta ronta untuk mengetik telefon...apakan daya..Nokia 1280 dibeli kerana terpaksa....tapi satu perkara yang pasti aku berasa sedikit aman sebenarnya, walaupun hati memberontak tiada smartphone....ishhh!!!boleh kot dulu hidup tanpa smartphone...sekarang pun aku akan pastikan aku boleh hidup tanpa smartphone....ditambah menanti bunga yang mekar, aku yakin, aku boleh fokus...
Evolusi Telefon Bimbit Aku
kali terakhir aku pakai hp Nokia N95 kot tahun 2008...bangga boleh MMS gambar dan tangkap gambar...siap boleh layari internet tu...
mula-mula tengok mak bapak aku pakai Alcatel tahun 2000-2001..tet teketet teketet teketet...macam robot Alpha dalam Power Rangers pulak bunyi dia..aiyayaiii....
kemudian tahun 2002 pakai 3310 dengan pakej simcard yang seratus lebih harga dia...mahal siot!!!ketagih main game ular makan dedak..aku telefon siapa?telefon mak bapak dan kawan kawan aku la....
2003 pulak pakai 3210...juga ketagih game ular dan ketagih nak jadi komposer lagu...yang ianya nak dengar lagu cucuk sikit earphone berbunyi lah radio...
2005 aku pakai Nokia bunga...aku tak ingat nokia jenis apa..tapi orang dok panggil Nokia bunga...nokia bunga ni pemberian seseorang...TITIK!!!
2008, terus beralih arah ke Nokia yang sedikit moden iaitu Nokia N95..masa tu macam macam jenis hp...nokia lipat lipat..senget sana senget sini...pusing sana pusing sini...tapi antara yang menjadi bahan ketawa aku dan kawan kawan serumah tentulah Nokia sabun atau N-gage..pada kami nampak pelik masa tu...pada mata si pemakai mungkin unik...citarasa lain lain..apa ada hal...
semua hp tu ada yang aku jual, ada yang dah rosak total lost, dan ada yang aku pulangkan semula...TITIK!!!
tapi dulu aku tak sangka 3310 sekarang telah menjadi antara telefon legenda sepanjang abad yang menyimpan memori memori indah dan kelakar....hehehe...kalau aku tau, aku simpan buat koleksi vintaj...tapi aku bukan pengumpul barang barang vintaj ni...aku lebih kepada minat membaca....kalau 20 tahun dulu aku minat kumpul setem, sudah pasti hari ni aku minat kumpul barang barang vintaj..biasanya macam tu lah..apa pun minat masing masing..apa ada hal....
Era iOS Hampir Berakhir???
dah hampir 5 tahun aku pakai ip4 dari 2010, baru sekarang buat hal ip4 ni..lasak jugak lah...jatuh terhempas ke lantai tanpa sebarang amaran dari transponder dah tak terkira banyaknya...nyaris nak jatuh dalam lubang jamban banyak kali....penangan smartphone sampai ke jamban!!ape kejadahnya!!!nasib tak membawa ke sembahyang...iOS sangat sebenarnya pada aku agak sofistikated tetapi tidak terlalu kompleks sehingga tidak mesra pengguna...agak mudah sebenarnya kerana pihak Apple telah mengeluarkan telefon yang pada aku sangat berteknologi, mesra pengguna (sesama pengguna Apple sahaja), nampak sedikit sombong dan berlagak di situ kerana Apple berada dalam dunia dan kelasnya tersendiri...
yang ianya aku suka pakej celcom yang aku ambil sekarang ni..guna internet data sesedap hati....jika gunakan lebih dari data yang diberi, tiada caj fair usage policy dikenakan...hanya terima notification mengatakan aku telah melebihi penggunaan dan internet aku jadi perlahan..tapi boleh lagi menggunakan wassup, text wechat dan ber FB, cuma kalau nak layan youtube tu, boleh tidur mimpi-mimpi dahulu jadi super saya sementara nak tunggu youtube tu bergerak dari 00:00 ke 00:01...
bila sekali skrin dah rosak dan dibuka, ip4 ni pasti akan berjangkit penyakitnya...sama ada penyakit lama iaitu penyakit skrin berulang atau penyakit baru datang menyerang...butang home memang dah lama jahanam..tapi aku tak kisah sangat sebab tak memberikan penyakit yang serius...boleh set kat setting..ni masalah skrin ni..biasanya ia akan berpanjangan ke penyakit lain suatu hari nanti dan berpotensi untuk diserang semula...biasa lah hp...
dengan kerosakan skrin ip4 aku hingga menjadi jalur jalur aurora, aku mula tertanya-tertanya berapakah kos untuk memperbaikinya??kos nak ke Iceland memang jauh lagi...siasatan terperinci telah dilakukan dan ia memakan kos sekitar rm300-450!!!what the F!!!kalau macam ni baik aku beli telefon baru yang guna Android memandangkan ip6 tersangatlah mahal harganya..nak kena kumpul duit dulu baru boleh beli ip6....takkan nak keluarkan seketul duit gaji kot....tak berbaloilah pada aku keluarkan seketul duit gaji beli ip6.....kalau aku nak rasa makan pasir rumput bulan ni cuba la!!!!duit simpanan jangan sesekali guna dalam hal ni!!!!
apapun tunggu la isnin ni..ip4 sedang di diagnosis oleh technician kat sebuah kedai di Perlis ni..tengok berapa kos dia nak kenakan...sekarang ni tengah pening nak beli ip6 celcom atau Asus Zen 6 atau Xperia Z3 celcom....nak beli fon dari telco kena tunggu 3-4 bulan gaji dulu kumpul2 baru ada bajet...nak beli Asus Zen 6, hujung bulan Januari ni boleh on dah..tapi aku skeptikal sikit sebab macam macam nak kena update pulak secara manual...kena download kat pc dulu la..then cucuk hp ke pc...yeke???aku yang kompleks mcm ni aku malas...tambah kalau sangkut sangkut sebab wassup banyak sgt. macam Samsung...memang aku reject dah samsung dari apa yang aku lihat sendiri dari kawan kawan yang heavy duty guna wassup dengan Samsung..sampai ada yang dah tukar ke ip5..vivo dan xz3...tak tau la orang lain...may be sebab tak update firmware dia kot...
cuma kalau nak beli telefon dari telco, aku tertarik kat ip6 dan xz3 shj..iOS v Android..tak boleh nak banding2 dowh dua ni..Apple dan Android berbeza...sudah pengalaman yang berbeza kerana sistem yang berbeza...
perlu ke aku tukar ke pengalaman baru menerokai dunia Android?atau setia berkasih sayang bersama Apple?