Wednesday, 15 October 2014

Membongkar Rahsia Dunia Melayu

Dulu, apabila belajar Sejarah di sekolah, aku selalu terlelap, mengantuk & menguap. Walhal cikgu yang mengajar di depan bukan calang-calang. Maksud aku sedap mata memandang..hehehe..Cikgu dihadapan membebel-membebel tentang subjek sejarah yang membosankan, membuatkan aku memandang enteng subjek ini. Tapi bukan nak berlagak, aku dapat 1A untuk Sejarah dalam SPM. Kenapa?Sebab aku study kaw kaw punya untuk subjek Sejarah yang memperihalkan tentang Zaman Kegelapan Eropah yang berpunca dari pengaruh dan tekanan Gereja Roman Katolik yang menyekat perkembangan ilmu hingga ke Zaman  Renaissance di mana ilmu diangkat dan dijunjung oleh sarjana-sarjana barat, bermula antaranya dari Leonardo Da Vinci hingga ke John Comenius, Isaac Newton, Benjamin Franklin sehinggalah tercetusnya Revolusi Perancis hingga ke Zaman Moden pada hari ini seperti Albert Einstein dan Stephen Hawking. Ini semua adalah hasil dari usaha ilmuwan Islam terdahulu yang tidak kedekut dalam menyebarkan ilmu-ilmu dunia & akhirat. Menarik apabila mempelajari sejarah dunia. 

Namun, bab Sejarah Malaysia apabila belajar dahulu terasa tiada langsung tiada tarikannya. Dalam diri ini pernah terlintas perkara-perkara sebegini:

"patut Melaka tewas, Portugis serang bawa meriam, senapang..orang Melaka???keris & tombak je??"
"istana Melaka ni buat dari kayu je ke?"
"pelabuhan Melaka kecik je kot"
"Sejarah Malaysia bermula dengan Melaka"
"ok, Melayu dari Yunan"
"Melaka tu kota kayu"
"orang Melayu tinggal kat hutan ke dulu?"


Sampai la apabila terbaca blog di Mistisfiles oleh penulis nickname Srikandi (SK) dalam 5 tahun lepas mengenai sejarah melayu, otak aku jadi mereng sat..sampai satu tahap, "ni penipu ni blog ni!!!" "capub lebih blog ni" (cari publisiti). Ambil masa 2 tahun nak hadam info-info perjalanan sejarah Melayu tu sendiri. Tu pun tak cukup hadam lagi rasanya. Belum masuk lagi Malay city states yang lain di luar Malaysia sekarang ni (khususnya di Segenting Kra) dan lain-lain negara seperti di Kemboja, Vietnam, Thailand. Tu belum cerita lagi hubungan kita dengan apa yang dipanggil sekarang sebgai Orang Asli. Sepupu-sepapat kita di negara-negara Oceania, Sri Lanka, pantai timur Afrika & Merina di Madagascar.  DAMN!!! WHAT A BIG FAMILY!!!

Timbul juga pertanyaan, kenapa tidak diarusperdanakan hasil penulisan sejarah di blog tu sekurang-kurangnya diterbitkan buku untuk bacaan generasi sekarang khususnya macam aku ni. Mungkin SK ada alasan tersendiri. Tapi tunggu punya tunggu, akhirnya SK umumkan akan keluarkan buku yang aku rasa perlu dijadikan rujukan oleh pihak berwajib dalam membuat semakan terhadap falsafah, struktur dan silibus pengajaran dan pembelajaran Sejarah bermula di sekolah-sekolah. Buku ni juga hasil penulisan SK, Al-Semantani & Ibn Rusydi (ni semua blogger2 sejarah ni)



Di bawah adalah sedikit gambaran oleh SK tentang apa yang mungkin ada di dalam buku tersebut. Sengaja aku pilih bebelan SK sebagai menggambarkan apa isi dalam buku ini. aku rela dengar bebelan sebegini rupa, dari dengar bebelan subjek sejarah buku teks:

Sejarahwan Malaysia Yang Hampeh

Dalam planet Bumi,ahli sejarah yang paling hampeh adalah sejarahwan Malaysia.Satu benda pun tak gheti.Taunya ambik kajian Winsted,Raffles dan Shallebear.

Monumen-monumen sejarah kat Malaysia mana pernah ambik tahu.Taunye buat muzium banyak2 lepas tu jadi biar berhabuk.Alih-alih tapak sejarah kat Lembah Bujang dah rata dengan jentolak.

Lepas tu pi campur isi Sulalatus Salatin dengan isi Suma Oriental macam nak bual pecal.Sebab itu wujud seorang mamat nama Temagi.Kronologi sejarah Melayu dah cacamarba sebab kedunguan mereka.

Satu lagi,yang setkan sejarah ni semua kepalanya bukan sejarahwan pior,tapi cikgu cikgi yang dapat kontrak tulis buku teks.Lagi hampeh,sebab dia nak mengajar lagi,nak kejar dateline lagi,huru-hara sejarah Melayu sebab duit punya pasal.

Cuba belek para penulis buku teks sejarah yang kat belakang buku teks tu siapa?Patutke cikgu buku teks tulis sejarah Melayu?Saya bukan nak hina mereka tapi patutke tukang jahit kena jaga substesen 11kV?

You all buat kerja bahaya dan bermain dengan nasib satu bangsa.You understand?

Kamu tak layak tulis sepicing pun sejarah bangsa saya.Jadi tak payah nak menyibuk tulis buku teks sejarah kalau bukan ahli sejarah yang faham sejarah.

Takde ahli sejarah Malaysia yang serupa macam Slamet Muljana,Poerbatjaraka atau Drs. R. Soekmono.Asyik-asyik nak duduk bawak ketiak TS Dato` Dr. Khoo Kay Kim.Pemalas giler.

Asyik...asyik Melaka...asyik...asyik Melaka padahal sebelum Melaka berlambak Malay city-states dan juga empayar macam Srivijaya dan Langkasuka.

Tiada siapa yang boleh huraikan pasal Chih-Tu,Pan-pan,Tan-tan,Tambralinga,Setul Mambang Segara,Singgora malah Srivijaya sekalipun.

Kerajaan Pahang tu ada catatan dari dinasti imperial China tau.Bukan nak kata Pahang,Dungun kat Terengganu tu pun para pedagang kat Peking pun kenal zaman Dinasti Song dan Sui.Ada penulis buku teks tu tau pasal ni?Confirm tak tau.

Tahu ke penulis buku teks tu pasal Vijaya Bahu V anak raja Melayu Sri Dharmaraja yang memerintah Dambadeniya di Sri Lanka dan keturunan dia masih berada dalam salasilah raja-raja Sri Lanka sekurang-kurangnya sampai abad ke-15?

Tahukah siapa Panamkaran,salah seorang kerabat raja Melayu Sailendra yang mengalahkan Chenla dan gelarannya terpahat di batu bersurat di Thailand?

Siapa Bangsasura,Suryavarman I dan Fan Shih Man?

Sekarang,kamu tahu bahawa sejarah Melayu bukan seperti yang kamu sangka dan baca.Di sana,ada 1001 misteri dalam sejarah Melayu yang tersembunyi dalam garis masa lebih kurang 200 tahun kolonialisme.

Sekarang baca buku saya pasal sejarah kamu.Baca kat dalam tu bahawa sebelum Melaka,raja-raja Melayu dah run bisnes maritim di Selat Melaka beratus tahun sebelum pelanduk menendang anjing bawah pokok Melaka.

Bukan setakat penulis buku teks,anak-anak raja pun tidak tahu sejarah raja-raja dan kerajaan Melayu.Semua anak-anak raja kat Malaysia pun 2kali5 hampeh macam penulis buku teks.Kalau Sejarah Melayu itu manusia,dia akan campak semua anak-anak raja yang bengong ni ke dalam Glade macam dalam filem Maze Runner.

Sebab itu bila saya kritik Sultan Johor dahulu,saya langsung tidak diapa-apakan kerana 'orang dalam istana' tahu siapa saya.

Saya ialah Srikandi.Saya ialah penjaga sejarah Melayu dan empayar para dapunta dan maharaja.

~SK
Secretkeeper of Sriwijayala & Ketomala Dynasty

https://www.facebook.com/srikandisejarah/photos/a.498923223466241.118412.496613607030536/894543837237509/?type=1&theater


Bila teringat balik aku nak rasa gelak pun ada, tapi macam nak ketuk-ketuk kepala sendiri!!! tapi itulah natijah apabila kita sendiri tidak tahu sejarah kita. Kita akan memandang enteng, Walhal, kita punya tamadun yang besar. Kalau tidak masakan tamadun kita dicatat oleh orang luar. Jika Venice mengambil masa kira-kira 1000 tahun untuk berkembang dan untuk hanya berada pada zaman kegemilangannya. Bayangkan!!! 1000 tahun masa yang diperlukan oleh Venice untuk berada di puncak kegemilangannya (tidak termasuk zaman kemelesetan)


Bagaimana pula dengan Melaka yang digelar Venice of East??yang disebut-sebut oleh Tom Pires sebagai "Whoever is Lord of Malacca has his hand on the throat of Venice" . Lihat sekarang pula, mengapa USA sangat tergila2kan Selat Melaka (selain strategi ketenteraan, & geopolitik kuasa-kuasa besar). 

Melaka bukan dongeng, Sultan-Sultan Melaka bukan dongeng, tamadun-tamadun sebelum Melaka bukan dongeng. Yang dongengnya ialah pelanduk menendang anjing. Yang dongengnya ialah Melayu pendatang dari Yunan. Yang dongengnya ialah Melaka secara tiba-tiba menuju zaman kegemilangannya di zaman Sultan Alauddin Riayat Shah & Sultan Mansur Shah. Ibarat teori evolusi Charles Darwin, dari beruk jadi manusia!!!!

Ini buku edisi wajib beli untuk aku. Semoga bermanfaat.