Saturday, 15 March 2014

SDI Advanced Adventure Diver (AAD) @Billabong Scuba

Alhamdulillah..aku berjaya melangkah selangkah lagi ke hadapan dalam ilmu selam skuba apabila berjaya menamatkan kursus SDI Advanced Adventure Diver (AAD) di Billabong Scuba, Mabul pada 28 Feb - 4 Mac 2014 yang lepas.

Banyak ilmu baru diperoleh melalui Instructor Hj. Ahmad Najah. Beliau juga merupakan seorang Director Course. Ini bermakna beliau melatih bakal-bakal Instructor dan juga terlibat dalam membangun serta menambahbaik silibus selam skuba SDI. Tak sia-sia menuntut ilmu basah dengan dia. Ada sahaja ilmu yang dikongsikan bersama-sama aku,azni,arie, fairu dan sony yang turut mengambil kursus SDI AAD.

1) Latihan Selaman Dalam (Deep Dive Training)

Setelah diajar teori-teori berkenaan Deep Dive, kami turun pada kedalaman 28.1 meter. pada kedalaman ini kami diajar untuk sentiasa melihat waktu NDL iaitu No Decompression Limit untuk selaman 30 meter iaitu selama 20 minit. Membawa maksud, kami hanya boleh berada di kedalaman 30 meter hanya untuk tempoh 20 minit sahaja. Ini membolehkan kami menjimatkan udara di dalam tangki dan juga menyambung fun dive tanpa perlu melalui proses safey stop yang panjang untuk setiap kedalaman ketika hendak ascent.

Untuk Deep Dive ini kami diuji menulis nama sendiri, dan beberapa soalan matematik. Tujuannya ialah untuk melihat tahap kesedaran kami di dalam air dalam. Ini kerana pada kedalaman 30 meter, seseorang penyelam berpotensi untuk menghadapi Nitrogen Nacorsis. Situasi di mana seseorang penyelam akan berpotensi untuk pengsan/tidak sedar atau seperti dalam keadaan mabuk akibat tekanan udara nitrogen dari tangki yang disedut.

2) Latihan Navigasi Dalam Laut (Underwater Navigation Training)

Bab ni aku zero dan tidak dapat bayangan pada permulaan. Malam selepas teori pun aku dan rakan-rakan sebenarnya masih blur lagi. Masing-masing kemukakan teori dan kaedah masing-masing sebab masing-masing tak berapa faham atau ada yang langsung tak faham lagi, tapi haram sorang tak mau tanya Instructor bab navigasi ni!!!hahahaha!!!kelakor weiiiii!!!!Setelah berhempas pulas mencari teori dan kaedah mengira,aku dan rakan-rakan sudah mendapat bayangan cuma, kaedah mengira sahaja yang kami masih blur.

Akhirnya pada pagi sebelum navigasi, Instructor mengajar cara paling mudah, tapi kami tak terfikir langsung!!hahahaha..senang rupanya kaedah dia!!siot tul!!!

Ok, kami diajar terdapat beberapa kaedah untuk underwater navigation iaitu reciprocal, square & triangle.

Reciprocal : pergi dan patah balik (180 darjah)
Square : laluan petak (+90 darjah jika ke kanan) (-90 darjah jika ke kiri) (3x senggang 30 darjah)
Triangle : laluan segitiga (+120 darjah ke kanan) (-120 darjah jika ke kiri) (4x senggang 30 darjah)


Sebenarnya ada beberapa kaedah pengiraan, tapi aku mengambil kaedah mengira menggunakan putaran Bezel dan menggunakan senggang 30 darjah pada Bezel untuk menentukan arah dan bacaan bearing seterusnya.


3) Bouyancy & Drift Dive Training

Untuk Bouyancy Training kami diajarkan teknik pernafasan dan teknik neutral bouyancy. Dengan teknik pernafasan yang baik dan penggunaan pemberat (weight) yang betul, ini dapat menjimatkan penggunaan udara. Drift Dive pula ialah untuk memastikan kami dapat meminimakan pergerakan finning dengan membiarkan arus air menolak kami sambil menikmati fun dive


4) Selaman Malam (Night Dive)

Inilah antara selaman yang aku tunggu-tunggu. Menikmati keindahan alam dasar lautan ciptaan Allah di bawah laut. Untuk selaman ini kami diajarkan memberikan isyarat kepada rakan selam menggunakan lampu suluh. Kami juga diingatkan Instructor untuk sentiasa ada dua lampu suluh ketika membuat selaman malam sebagai langkah kecemasan sekiranya lampu suluh pertama kehabisan bateri atau rosak. Ini penting bagi memastikan kita dapat memanggil bot ketika di permukaan menggunakan lampu suluh.


 
 video amatur sepanjang di Mabul SDI AAD






 bersama Hj Ahmad Najah (Instructor)





 Satu pengalaman baruu untuk aku. Semoga dapat terus maju dalam bidang selam skuba ini.

"The worst day of diving is better than the best day working"