Friday, 14 February 2014

Kem Konservasi & Pendidikan Marin 2014 : MPP Politeknik Seberang Perai

Alhamdulillah..itu yang mampu aku panjatkan untuk permulaan Tahun 2014 bagi kalendar aktiviti konservasi marin aku..Bersama-sama dengan Jamil Tajam, pensyarah marin UiTM Perlis, dan pegawai dari Jabatan Belia & Sukan (Langkawi), kami telah ke Pulau Payar bagi memenuhi jemputan pihak Politeknik Seberang Perai yang bermula dari 7-9 Februari 2014.... Program Kem Konservasi & Pendidikan Marin 2014 anjuran Politeknik Seberang Perai ini diadakan di Pulau Payar khusus untuk pelajar-pelajar mereka yang terdiri dari kalangan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).... Selain itu mendapat sokongan Jabatan Taman Laut, program ini juga turut mendapat bantuan dari geng-geng Zou Divers...Bertambah lagi network dan kenalan divers...hehe

Sepanjang di Pulau Payar, peserta didedahkan kepada Coral Propagation (CP) & Discovery Scuba Diving (DSD). Bila difikirkan balik, kelakar jugak la pada permulaan bagaimana aku boleh terjebak secara terus dalam aktiviti CP ni...kalau sebelum ni aku terlibat hanya untuk penurunan tukun sahaja, tetapi kali ini aku terjebak secara terus dan tiba-tiba dalam akviti CP ni. Tak perlu dikongsilah bagaimana aku boleh terjebak akibat kekeliruan yang timbul. Biar Jamil Tajam dan Kamikazie Divers saja yang tau...tapi memang kelakar siot!!!apa yang boleh dikongsikan ialah aku ini mungkin seorang yang "naive"...hmm..naive la sangat..  hehehe..

Apapun harus diakui, aku bermula dengan "zero" tentang apa dan bagaimana CP dijalankan. Namun alhamdulillah, dengan panduan yang diberikan oleh Jamil Tajam dan sokongan geng-geng Kamikazie Divers yang lain, aku mula dapat memahami apa dan bagaimana pelaksanaan CP perlu buat...satu ilmu baru dunia marin aku telah terokai!!!ada hikmahnya!!!alhamdulillah..tqvm sekali lagi untuk Jamil Tajam & Kamikazie Divers!!

Peserta berjumlah dalam 16 orang seingat aku,  dibahagikan kepada dua kumpulan, satu kumpulan buat DSD & satu lagi kumpulan buat CP..kemudian rotate. Untuk DSD, geng2 Zou Divers dan diver politeknik yang conduct, manakala untuk CP Jamil Tajam dan aku yang conduct. 

 En. Jamil Tajam menunjukkan kaedah memilih bahagian terumbu karang yang masih sihat dan cara-cara memotongnya untuk di pluck ke tukun. Para peserta turut diajar cara-cara untuk menjaga terumbu karang dan punca-punca yang menyebabkan batu karang mati. (picture by Pak Majid)


Aku menunjukkan cara-cara menguli epoxy. Sejenis gam untuk pastikan batu karang melekat pada tukun. Saiz macam isi ketam rojak singapore..besar sikit..rojak singapore gak aku bandingkan ek..haha..
Luar warna hijau, isi dalamnya berwarna putih. Diuli sehingga menjadi putih sepenuhnya. Uli menggunakan hujung jari ok..untuk pastikan batu karang melekat dengan baik di tukun...sebenarnya ini kaedah pertama..kaedah kedua untuk meletakkan batu karang ialah dengan menggunakan cable tie


nilah hasil tukun Politeknik Seberang Perai yang telah diplantingkan coral menggunakan kaedah epoxy & cable tie...ini merupakan pilot project untuk Politeknik Seberang Perai sebelum melaksanakan projek yang lebih besar lagi dijangka pada bulan Jun 2014...kita nantikan!!!


Sebenarnya, banyak kaedah terkini CP yang digunapakai terutamanya di luar negara. Namun memandangkan kos yang tinggi, ia sukar dilaksanakan di Malaysia. Antara kaedah moden ialah dengan menggunakan arus tenaga elektrolisis air laut yang dijana yang menggunakan sistem solar pada kadar volt tertentu bagi menggalakkan pertumbuhan batu karang. Ia sebenarnya memakan kos yang agak tinggi. Bayangkan projek tukun ORCA UiTM Perlis di Pulau Payar sahaja sudah memakan kos RM20K-RM30K. Jika hendak melaksanakan kaedah elektrolisis ini, ia memerlukan jumlah dana yang agak tinggi dari pelbagai pihak baik kerajaan mahupun swasta.

Banyak faktor yang menyumbang kepada tahap kesihatan dan tumbesaran batu karang:

1) Suhu : 

Suhu maksimum untuk memastikan batu karang dapat tumbuh dengan sihat ialah 28 darjah celcius atau ke bawah minimum antara 23-25 darjah celcius...kira sensitif dan sejuk jugak la kehidupan batu karang ni...Geng-geng penyelidik ORCA UiTM Perlis sebenarnya ade membangunkan mempunyai satu sistem yang nama jawanya dipanggil Integrated Coral Monitoring Systems atau dibanjarkan menjadi ICOMS dan telah memasangnya di Pulau Payar....fungsi mende allah ni untuk mengesan suhu dan tahap kemasinan air laut supaya batu karang dapat tumbuh dengan sihat...

Kalau ade peningkatan suhu atau kemasinan air laut yang boleh mengancam hidupan batu karang, sistem ini akan secara automatik menghantar SMS amaran kepada penyelidik ORCA UiTM Perlis dan seterusnya pihak ORCA UiTM Perlis pulak akan memajukannya kepada pihak Jabatan Taman Laut Malaysia untuk diambil tindakan sama ada menutup Pulau Payar ataupun tindakan-tindakan pantas yang perlu diambil bagi menyelamatkan khazanah laut ini...kalau dah panas, kita pun menggelupur dan menggelisah semacam kan..macam tu jugak la dengan batu karang..


2) Mendapan (Sediment) : 

Jumlah mendapan yang tinggi akan menyukarkan batu karang untuk hidup kerana ia boleh melekat di batu karang dan menghalang polip-polip batu karang untuk mendapatkan mineral-mineral dan sumber cahaya matahari yang ia perlukan untuk hidup. Di pihak ORCA UiTM Perlis, terdapat LIMA (5) stesen Sediment Trap yang dipasang sekitar Pulau Payar, Pulau Kaca & Pulau Lembu. Tujuannnya ialah bagi mengkaji dan mendapatkan data mengenai jumlah sediment yang terhasil di sekitar Pulau Payar akibat bawaaan arus pasang surut air. 


3) Kedalaman:

Batu karang ni mana boleh duk dalam-dalam sangat...Susah nak dapat cahaya kan..so, sebenarnya tak perlu dalam-dalam sangat nak dive sebenarnya...Bukannya ada apa pun..hehehe..sembang bukan main..advanced tetap kena ambil jugak hujung bulan ni...Batu karang ni boleh hidup sehingga kedalaman 25-30 meter mengikut jenis spesis jugak la..tak khatam aku spesis-spesis batu karang ni..

sebab tu la yang penting kalau nak enjoy diving, ialah bukan kedalaman atau berapa jauh atau berapa lama kita boleh pi..yang penting ialah kita dapat tengok apa yang kita nak atau patut tengok apabila menyelam di dalam air..batu karang..ikan-ikan..kalau perlu menyelam dalam untuk tengok shark atau manta ray, kita pergi la dalam-dalam & follow SOP keselamatan yang diajar...itulah sebenarnya kalau nak enjoy menyelam, PADA AKU LA!!!hehehe..kalau pergi dalam-dalam, jauh-jauh, tapi tak ada apa yang nak dilihat, baik aku ke darat aje la..hehe..

Ok, tu la serba sedikit ilmu yang aku belajar dengan Jamil Tajam dan Kamikazie Divers tentang CP (Coral Propagation). 

 eh??tiba-tiba aku menyelit bila bab makan??hehehe..tuah membantu angkut barang..tak sangka depa nk lunch dah..ni la antara geng-geng Kamikazie Divers yang banyak terlibat dalam aktiviti penyelidikan bersama ORCA UiTM Perlis...Diaorang turut hadir untuk mengumpul data-data dari sediment trap yang telah dipasang di lima (5) stesen yang telah aku sebutkan di atas tadi..kerjasama tetap utuh


sambal sotong & sambal belacan Azwan Kamikazie yang buat aku pecah peluh & rasa melekit lekat kat bibir & lelangit mulut aku!!!hahaha..


ni la antara kenalan divers yang baru aku kenal, dari kanan Pak Majid (Poli), Zul (Zou Divers), & En. Aziz (Poli)..sebelah kiri aku tu memang chef tak asing lagi untuk Kamikazie Divers, Pak Dan (JBS Langkawi)



sebahagian hasil tangkapan aku sepanjang 3 hari 2 malam aku berkampung di Payar.
cantikkan???tapi kalau kita tak jaga, cucu cicit kita nanti pasti tidak dapat menikmati keindahannya...
sebab itu, pembangunan ekonomi harus diseimbangkan dengan penjagaan ekosistem marin yang mampan...
kuasa alam ita tidak mampu kawal, tapi kuasa ekonomi & penjagaan ekosistem marin, kita sebenarnya mampu untuk mengawalnya...wang ringgit boleh dicari..tapi, tanpa penjagaan dan pemuliharaan ekosistem marin yang mampan, bolehkah pengganti ekosistem marin ditukar ganti????
sedikit video yang sempat dirakam

"We make a living by what we get, but we make a life by what we give."