Thursday, 28 February 2013

Pencerobohan Lahad Datu : Satu Legasi Kanser

Setelah hampir 3 minggu Sabah (Lahad Datu) diceroboh oleh puak bersenjata "Sultan Sulu", nampak gaya isu ini bakal berpanjangan. Walaupun rundingan demi rundingan diadakan, namun, ketua puak bersenjata "Sultan Sulu", "Raja Muda" Azimuddin Kiram masih berdegil enggan meninggalkan Sabah (Lahad Datu). Ditambah pula dengan sokongan "Sultan Jamalul Kiram III" yang mengaku sebagai "Sultan Sulu", kumpulan ini dilihat terdesak dan sanggup mati di Sabah, apa yang dianggap sebagai tanah warisan mereka. Apalagi yang mampu dibuat???Kerajaan Malaysia berusaha berunding dengan cara yang baik terhadap PENCEROBOH, tetapi puak bersenjata ini tegar memilih perjuangan mereka sendiri. Kerajaan Filipina, yang sebenarnya dilihat boleh mengambil kesempatan ini dalam menuntut semula Sabah, namun memilih jalan perdamaian dari dengan merayu puak bersenjata "Askar Sulu" segera pulang semula ke Filipina.

Isu tuntutan apa yang "Sultan Sulu" inginkan sangat???setelah 50 tahun Sabah menyertai Malaysia, mengapa baru sekarang "Sultan Sulu" ingin menuntut Sabah???disaat negara bakal berdepan PRU13. Aku tidak mahu menuduh sesiapa yang menjadi dalang kepada pencerobohan ini, kerana ia hanya akan membawa kepada satu isu politik yang tidak akan berakhir. Apatah;agi aku sendiri tiada bukti untuk menuduh orang ini dalangnya...orang itu dalangnya...bakal menjadi FITNAH. Akhir zaman memang penuh dengan fitnah.....

Jujurnya, dari segi sejarah, secara rasminya, aku hanya mengetahui Sabah menyertai Malaysia pada tahun 1963 hasil daripada pungutan suara rakyat Sabah oleh Suruhanjaya Cobbold yang turut melibatkan Sarawak & Singapura (disingkir dari Malaysia 1965). Serba sedikit tentang konfrontasi 1965 oleh Indonesia serta kecaman dan tuntutan Filipina yang mewakili kesultanan terhadap Sabah. Hmmm...Satu interpretasi terhadap pembelajaran Sejarah arus perdana di sekolah-sekolah yang nyata perlu dikaji semula 110% walaupun aku mendapat 1A SPM dalam subjek ini dengan menghafal kisah-kisah sejarah hanya dalam buku teks sahaja.  Namun, alhamdulillah, dengan teknologi yang ada sekarang, banyak ilmu-ilmu sejarah yang menarik tentang dunia melayu yang membuatkan aku sangat teruja yang dapat diperoleh melalui blog-blog.

Berbalik semula kepada isu pencerobohan askar "Sultan Sulu", memang tidak dapat dinafikan, mereka ini mudah menerobos masuk ke perairan negara. Sabah begitu luas, dan panjang perairannya. Tidak mungkin kapal-kapal keselamatan dan bot-bot penguatkuasa akan membuat kawalan begitu ketat (jika tidak ada isu sebegini) yang membolehkan bukan sahaja askar "Sultan Sulu" ini menceroboh masuk, malah, orang persendirian yang mempunyai hubungan kekeluargaan antara Selatan Filipina dan Sabah turut boleh berulang-alik. Ibarat Sg. Golok yang memisahkan Kelantan & Selatan Thai.  Mudah sahaja dimasuki seisapa sahaja. Aku berminat menulis tentang isu pencerobohan ini bukannya apa. Bukan isu pengawalan sempadan yang aku ingin kupas. Bukan isu siapa dalangnya yang ingin dituduh. Juga bukan isu siapa "Sultan Jamalul Kiram III" ini. Bukan isu siapa yang membekalkan senjata kepada penceroboh ini (selepas ini aku guna istilah penceroboh untuk askar "Sultan Sulu" ni kerana masuk ke Sabah tidak menggunakan passport sambil membawa/mempunyai senjata). Tetapi ada satu isu sahaja yang paling sangat menarik perhatian aku, iaitu apa akan terjadi selepas ini.

Seperti yang dinyatakan diperenggan mula, kita dapat lihat penceroboh Lahad Datu ini degil dan tidak mahu pulang ke Filipina, malah sanggup mati untuk terus berada di Sabah dan menuntut Sabah. Apa lagi yang boleh kita jangkakan jika sekiranya pintu rundingan telah ditutup???

Mengisytiharkan perang terhadap penceroboh

Masa telah diberi, namun penceroboh masih berdegil. Tidak dapat tidak dalam memastikan keamanan dan kedaulatan negara, kerajaan Malaysia perlu mengisytiharkan perang terhadap penceroboh. Kerahkan keseluruhan sumber ATM (Darat, Udara & Laut) termasuk pasukan khas, bagi memerangi penceroboh ini. Perang bermakna, perlu memindahkan dahulu penduduk-penduduk di Kg. Tanduo dan sekitarnya bagi memastikan kemusnahan  maksima terhadap penceroboh serta memastikan tiada rakyat kita yang menjadi mangsa collateral damage. Di dalam hal ini, walaupun penceroboh jauh lebih kecil dari ATM, namun, mereka tidak boleh dipandang ringan. Ini kerana mereka berpengalaman dalam perang gerila (taktik yang pasti akan digunakan oleh penceroboh di Lahad Datu) ketika menghadapi tentera Filipina. 

Namun mengisytiharkan perang terhadap penceroboh ini, ada satu sahaja kesannya. Penceroboh ini akan memastikan bahawa Sabah tidak akan aman untuk tempoh masa yang agak panjang. Kerana :

1) Penceroboh ini sudah tentu akan berpecah kepada kumpulan-kumpulan kecil yang akan sukar dikesan masuk ke dalam hutan dan kawasan pedalaman. Ikhtiar hidup pada mereka mungkin tiada masalah kerana mereka adalah askar gerila di Selatan Filipina.

2)  Setelah berpecah, mereka akan membuat "kecoh" di tempat lain pula di bandar- bandar sekitar persisiran pantai Sabah, agar mudah melarikan diri mengikut jalan laut sekiranya tidak dikawal ketat seperti sekarang.

3) Penceroboh ini adalah orang Tausug yang degil dan keras hati serta cekal "mempertahan" Sabah sebagai warisan mereka. Mereka ini juga turut ada sifat kejam kepada musuh mereka, walaupun tidak semua. Berperang secara gerila dengan penjajah Sepanyol, Amerika & kerajaan Filipina satu track record yang "mengagumkan". Seperti pejuang Mujahidin yang berperang dengan tentera Soviet & Amerika.

4) Segelintir orang-orang Sulu (rakyat Sabah) yang bersimpati kepada perjuangan "Sultan Sulu" sudah pasti akan menghulurkan bantuan kepada penceroboh ini. Bantuan perlindungan, tempat tinggal, makanan, pakaian untuk menyamar sebagai orang awam dan maklumat-maklumat pergerakan ATM. Sukar untuk mengenali orang-orang penceroboh ini apabila mereka berpakaian awam kerana sama sahaja dengan orang Sulu yang berwarganegara Malaysia. Malahan, aku rasa segelintir orang-orang Sulu yang mendapat kewarganegaraan Malaysia mungkin turut akan mengangkat senjata bersama-sama penceroboh ini.

Sudah diberi kerakyatan (IC), sudahnya mungkin ada yang akan berpaling tadah menyokong penceroboh. Aku cuba bersangka baik kepada usaha-usaha yang dilakukan sejak tahun 1960an dulu di mana ramai orang-orang Sulu di Selatan Filipina yang melarikan diri ke Sabah akibat perang di Selatan Filipina mencari perlindungan, dan seterusnya diberi taraf warganegara yang membolehkan mereka hidup aman dan sejahtera di negara bertuah ini. Aku hanya mampu bersangka baik dalam usaha pemimpin-pemimpin sebelum ini memberi kerakyatan kepada orang-orang Sulu ini atas dasar membantu sesama Muslim, memandangkan ke mana lagi mereka hendak melarikan diri???Di mana lagi mereka hendak hidup aman dan sejahtera???jika tidak di negara bertuah ini.

5) Taktik ambush menjadi makanan untuk puak-puak penceroboh ini. Ini yang ATM perlu berhati-hati, hatta komando-komando ATM sekalipun. Taktik seperti memasang perangkap, bom dan berpura-pura menyerah diri, kemudian menyerang tentera, merupakan taktik-taktik yang boleh menjadi perangkap kepada anggota ATM kita. Mudah-mudahan anggota ATM kita lebih berhati-hati memandangkan geografi Sabah yang berbukit-bukau. Jika perlu, bekerjasama dengan VAT69 (Komando 69 PDRM)...macam kerjasama Lautan Biru pula, dalam memastikan operasi berjalan dengan baik.

6) Pihak-pihak seperti Amerika sedang melihat bagaimana isu ini akan diselesaikan oleh kerajaan kita. Amerika mempunyai kepentingan di filipina, sudah pasti memikir dan merancang sesuatu untuk menakluk Lautan Sulu dan Laut China Selatan bagi menyaingi China. Mujur juga dalam hal ini, Malaysia dilihat lebih lunak dengan China berbanding Amerika. Mungkinkah Malaysia yang selama ini menjadi medan percaturan dan perancangan perisik dan pengganas, kini bakal berubah menjadi medan proksi???Orang-orang Melayu bijak berdiplomasi dengan orang asing, maka perlulah lebih bijak untuk mengelakkan menjadi proksi bagi mana-mana negara. Namun ternyata, sesama Melayu, sukar untuk berdiplomasi, yang akhirnya bercakaran sesama sendiri. Bagi Filipina pula, memang mereka mengidamkan Sabah, tapi bagaimana mahu menuntutnya semula??Menuntut bagi pihak kesultanan Sulu ini bermakna, mereka mengiktiraf kesultanan sulu, walaupun mereka mendakwa tidak lagi mengiktiraf mana-mana kesultanan Sulu. Sultan Sulu yang palsu, jadi-jadian memang ramai.

Namun hanya ada beberapa keluarga sahaja yang layak mengaku waris kesultanan Sulu. Siapa dia???tak larat nak melanjutkannnya di sini....huhuhu....Filipina walau tegar bagaimana sekalipun untuk menuntut Sabah, pasti tidak akan menghantar pengikut  "Sultan Sulu" ini ke Sabah, tak tahu la pula kalau berlaku behind the scene. Namun sebagai sebuah kerajaan, Filipina perlulah memainkan peranannya juga dalam memastikan penceroboh ini menyerah diri dan perlu akur pada undang-undang Malaysia. Disarankan juga kerajaan Malaysia memohon kepada kerajaan Filipina mengekstradisikan "Sultan" Jamalul Kiram III untuk dibicarakan di Malaysia kerana dialah yang bersubahat serta menghasut penceroboh-penceroboh untuk terus kekal di Sabah. Aku rasa, tiada perjanjian ekstradisi antara Malaysia dan Filipina, tetapi ia perlu diusahakan oleh kerajaan Malaysia. Kalau dulu kerajaan Malaysia boleh menyerahkan Nur Misuari kepada kerajaan Filipina, mengapa Filipina tidak boleh melihat ini sebagai satu bantuan kepada negara jiran??

Sepanjang tempoh pencerobohan ini, sukar untuk memastikan mungkinkah akan ada kemalangan jiwa di kalangan anggota kita atau tidak. Di pihak penceroboh, itu seakan sudah pasti berdasarkan tekad mereka. Tetapi di pihak ATM kita??Apabila gendang perang sudah dipalu, nyawa diibarat telur dihujung tanduk. Kuatkan semangat wahai warga ATM. In Shaa allah, warga Malaysia pasti mendoakan keselamatan anda sepanjang perjuangan ini. Andai ada yang gugur, semoga roh anda dicucuri rahmat dan anda akan tetap dikenang sebagai wira negara yang sanggup mengorbankan diri demi agama, bangsa, & negara.

Isu pencerobohan Lahad Datu ini bolehlah aku anggapkan seperti kanser yang mengambil lama untuk sembuh. Musnah satu kumpulan, pasti akan ada lagi satu kumpulan lain yang muncul. Jika tidak dihapuskan sepenuhnya kanser ini, maka akan tumbuh kanser yang baru. Bagaimana pula jika kanser ini tidak musnah-musnah???Malang buat Sabah dan kerajaan Malaysia. Namun ini perihal manusia. Angkara manusia. Perbuatan tangan-tangan manusia sendiri. Tidak dapat tidak, isu ini pasti akan berlarutan untuk satu tempoh yang lama yang bakal diperturunkan kepada anak cucu kita. Sebagaimana legasi kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka yang diperturunkan kepada moyang-moyang kita terdahulu, yang membawa kepada apa yang kita ada pada hari ini. Hanya Allah yang menentukan bila dan ketikanya isu ini akan tamat.



































Wednesday, 13 February 2013

Open water NAUI..dah masuk air


 pny la lama baru nak upload gambar yang Pak Su dah compile..ada la skit2...macam ni lah kepala bila dah masuk air..penangan open water..scuba gear semua dah beli pada YES 2012..murahlah sikit kat Rainbow Runner, Ampang..

anyway, tak sabar-sabar nak warmup skills...bila??ntah ler..Kapten Amri pun x plan lagi..geng Kamikaze Divers time org cuti CNY lak wat kat Dangli...adoiyaiii...org balik kg mohon restu bonda & ayahanda...tggu next trip la agaknya..kapla dah masuk air..paru2 sudah ngembang..mau narcosis ni nnt..hehehe...anyway before g Tioman bulan 4 nanti, kena warmup balik..review balik semua asas-asas keselamatan scuba...bukan apa..dive lebam-lebam pun, nak hidup atas darat..bukan dalam air..hehe..


beria2 dengor..30 saat tahan nafas..

ditch & don BC

semangat!!!

alhamdulillah...selesai..'berseri-seri' & meghelip sume..5 hari 4 malam lebam di payar..hahaha...

wpun terselit Gull Vader di situ, mares tetap menjadi pilihan..yang penting fit & selesa..hehehe..

semacam poyo di sini..cam ne la boleh terbeli..bajet tak nak beli..skali terbeli..acener tu??yg penting mares!!!

mares sokmo!!!tapi merah habis daaa....

wetsuit mares coral 0.5mm...nipisnya..semenanjung malaysia je kot dulu..tebal2 nanti tak tenggelam plak..hahaha..lemak dah tebal...tggu warmup dlu baru tau!!!yang penting mares!!!seram!!!!hehehe...













selamat datang 2013

alhamdulillah..sudah 44 hari menyelusuri Tahun 2013..baru hari ni nak rasa??!!!hahaha..penangan i-iDeA 2013 yang bakal menjelang 28-30 Mei 2013...dunia..dunia...ini semua poyo!!! buat kapla jingga aku pusing seketika..so, skrg alignment & balancing dah ok kot..anyway, harapan 2013 sangat tinggi...tak tinggi sangat pun, amik rendah skit dari tinggi sgt..hehehe..."apa diaaaaa????" bak kata ex-big big bos aku kepda ex-big bos aku...hehehe..tunggu je la...nanti aku upload...

lagi satu tahun 2013 ni jugak merupakan PRU13..nak tak nak bulan april dah kena form government..so antara pertengahan Feb (start esok) -Mac akan ada pengumuman pembubaran Parlimen dan PRU13...so, just harapkan terbaik untuk negara bertuah ini...kemanan dan kedamaian...rezeki melimpah ruah..dilindungi Allah sekalian isinya...

bertuahnya jadi rakyat Malaysia...bersyukurlah menjadi rakyat Malaysia disaat ada negara masih berkonflik, perang saudara, perang untuk merdeka...disaat ada negara yang tampak indah dari kaca mata seekor burung, tapi nampak kotor dan jijik dari lubang cacing...ahhh!!!itu semua memang dirancang sedemikian...sengaja menampakkan keindahan luaran..tapi tidak dalaman...supaya ada pihak yang terpengaruh, kononnya sistem mereka yang terbaik...perfect..tetapi haprak...itupun masih cuba untuk menyibuk tentang hal ehwal negara bertuah ini....biarlah rakyat negara bertuah ini membuat keputusan untung nasib mereka...


hormati juara majoriti, dekatkan diri pada minoriti....
negara ini punya raja...diberkati berkat keimanan ahlul-bait...
negara ini negara bertamadun dulu, kini, & selamanya...