24-28 Nov di Pulau Payar aku dan rakan2 yang baru kenal berkampung dan bermalam bertemankan deruan ombak pasang surut dan nyamuk, dan beralaskan meja dan kerusi sahaja, akhirnya aku berjaya menamatkan kursus selam scuba dengan jayanya...dan sepanjang 35 tahun Tuan Mujahid memberi kursus scuba,batch akulah yang paling cemerlang kerana berjaya memahirkan dengan beberapa asas keselamatan penting scuba hanya dalam masa kurang 45 minit. Jom kongsi sedikit pengalaman aku menjalani kursus scuba bersama instructor2 dari NAUI.
23hb Nov
lapor diri di JBS Perlis. Buku selam scuba NAUI diedarkan dan taklimat oleh Abg Zul & Pak Su. Since dah pernah buat discovery di Pulau Payar bersama PADI anjuran ILQAM UiTM Perlis,so,sesi taklimat membuatkan aku sedikit mengantuk kerana dah tau apa yang ada di Payar. Keje aku time tu adalah membelek2 buku penyelam scuba NAUI. Sebelah malamnya pula ialah taklimat dari Tuan Mujahid & Tuan Shafie mengenai scuba equipment. Cara memasang dan menggunakannya. Malam tu jgk dah expert bab2 pasang tangki udara dgn BCD & regulator.
buku skuba NAUI kini dalam BM lagi..mcm lagi poning plak kepala den baco..hahaha
taklimat pengenalan scuba oleh Tuan Mujahid Lee
teknik pasang alatan scuba...
24hb Nov
sampai di Payar, rehat2 & lunch, then jam 4 ptg,lps dugong2 pulang ke langkawi ujian pertama terus dimulakan:
1) Berenang menggunakan wetsuit,face mask,snorkel & fins.Lulus.
2) Tahan nafas dalam air selama 30 saat. Lulus.
3) Apungkan badan atas air selama 10 minit. Lulus. Kental menahan pedih mata dan hidung penangan air masin.
4) Berenang dalam air tanpa wetsuit & snorkel. Skin dive sikit..hehe.. Hanya pakai mask dan fins. Tahan nafas anggaran jarak 30 saat. Lulus
Alhamdulillah..thanx sgt2 kat Kapten Amri & Dr Khor sbb bgi peluang guna kolam Kangar time class renang student. Thanx to Daus sebab ajar cara skin dive & teknik apungan masa kat kolam Kangar.
So,jangan ingat nak scuba, boleh untuk tidak pandai berenang..berenang la gaya apa pun, asalkan sampai..tapi jgn la sampai satu hari satu malam plak!!kalau tak reti berenang, aku rasa time tu jgk instructor2 akan ajar..
Sebelah malam pulak teori kemahiran keselamatan peralatan scuba yg wajib dikuasai dan akan diuji dan beberapa isyarat tangan yg sgt2 la pentingya....Penting utk survival ketika di dalam air utk diri sendiri dan buddy.
1st day sampai Pulau Payar..mendung & hujan tak lama lps tu
teori sebelah malam
Pagi
Sebelah malam teori dah di ajar,sebelah pagi pula praktikal dan ujian kemahiran keselamatan scuba equipment. Masa nak masuk air tak mau tenggelam pulak sebab weight x ckup..x tau pulak pakai wetsuit 3mm...cetek ilmu lgi la katakan..main rembat je barang2 yg JBS provide..mmg x tenggelam la aku..last2 pkai 8 weight..amik ko!!!mcm nk tercabut badan dari pinggang...baru boleh tenggelam & melutut. Tapi keadaan air sedikit berombak dan penglihatan agak terhad kerana air sedikit keruh akibat penangan angin timur.
Kemahiran yg diuji:
1) Face mask clearing.Lulus sekali buat.
2) Ditch & Don face mask. Lulus dua kali buat sebab panik jap tetiba kne bukak mata dalam air sebab kemahiran kena cabut terus mask then pasang balik. Tak pedih,tapi terkejut biawak jap....hahaha..mental mental....
3) Recover Demand Valve. Lulus sekali buat
4) Tracing Demand Valve/Octopus. Lulus sekali buat
5) Ditch& Don weight belt. Lulus 3x buat. Susah jugak,tapi ada teknik & tips...hehehe..
6) Buddy Breathing. Lulus 2x buat, sebab mula2 tiada koordinasi yg baik dgn buddy. Baru kenal & baru blajo la katakan...hehehe...
Bila instructor dah puas hati,dia bawa g leisure dive..huhu..itulah dive pertama aku...thanx to Instructor Suhaimi.
sesi ditch & don..sesi ni x dalam..dalam 3-4 kaki
with my buddy, Faiz..Never Dive Alone!!nak tak nak terima juga la tagline ni wpun mcm LiverFOOL!!!hahaha!!!
Petang
2nd Dive
Yang ni pulak blajo benda baru, dive bersama dgn Tuan Shafie. Giant Strike entry aka berjalan di udara dengan fins..hehehehe...setelll..mmg excited...teus buat leisure dive..kali ni lgi dalam ...15 kaki...telinga sakit,excited nk sampai dasar,sampai nyaris terlupa equalize..nasib sempat....tpi mmg sakit mula2...tgk karang2...clown fish..so far x jmpa barracuda lgi aka Hj Mustapha...hahaha...layan je coral2, ikan2 yang aku sendiri x tau ape ke nama..tapi cantik2..tgk gauge dah 50 bar..bgi sign kat Tn Shafie untuk ascend..tetiba dia suh melutut sbb nk wat ditch & don BCD..gabra gak takut abis udara..tpi Tn Shafie tenang..dia lgi tau..dia wat demo buka & pkai BCD ...then aku wat..lulus sekali wat...dah setel,ascend pelan2...tamat dan lulus 2nd dive...
standby untuk Giant Strike aka walk on air
debushhhh!!!!tak sempat jalan dah ke bawah..hahaha
aku sorang je macam tak cukup udara kat atas air..hahaha..
Malam
Sesi teori pula..belajar tentang tekanan air dan udara di darat dan laut..perbezaannya...tekanannya..kedalam yang sesuai untuk selaman...kemudian belajar berkenaan Dive time Table (penting untuk seseorang diver yang melakukan selam ulangan)....kemudian diajar berkenaan nitrogen narcosis dan cara2 utk elakkannya berlakunya ketika di dalam air...teknik ascend yang betul...
26hb Nov
Pagi
3rd dive
Kali ni guna backroll entry dan dive pada kedalaman sekitar 30-40 kaki...dalam wehhh!!!mmg kne dlm sbb nk wat emergency ascend..sampai2 dasar debar2 jap...sebab emergency ascend dibuat tanpa alat pernafasan (regulator). Yang penting, pegang prinsip jgn panik dan JANGAN TAHAN NAFAS ketika emergency ascend...keluarkan bubble hingga ke permukaan dan terus inflate...bile semua dah melutut,sign ok..instructor bagi sign utk ascend..apalgi..tarik nafas dalam2...cabut demand valve..naik atas...kepala dongak ke permukaan...kaki kick guna teknik yg betul..yg penting BUBBLE utk elakkan tekanan udara pada paru2 ketika emergency ascend sebab kita perlu pantas naik ke atas...on the way tgk mcm dah dekat..permukaan,tapi sebenarnya jauh lgi..40 kaki beb!!!sampai permukaan terus inflate..terapung..tercungap2 d buatnya...minum air masin lgi..hahaha..terbatuk2 sume dibuatnya...ada sorang tu berdarah sikit telinga.itulah kesan tekananan...apapun sume lulus sekali buat..tahniah!!!apalgi!!deflate balik utk leisure dive..hehehe..
Petang
group aku x dive..group lain (group no ganjil dive lak)
it is snorkeling time!!!
27hb Nov
Pagi
Tidor sbb group aku (group genap) x dive..group ganjil dive dlu..
huhuhu...pnt...sengal2 otot..lenguh2 tdo atas kerusi panjang....sambil melihat pemandangan dugong-dugong berjemur..hahaha...
Petang
It is leisure dive!!!100% leisure dive!!!!!!!hoooraahhhhhhh!!!!!!tapi kejap sbb air tank Tn Mujahid tinggal sedikit krn sblm tu geng2 instructor ni g dive kat coral garden...kali ni dive memang mencabar sbb pergi ke batu karang yg byk landak laut dan cetek..haaaaa!!!!terkial2 ngelak landak laut..almaklum x pandai lgi nk control buoyancy & teknik pernafasan nk bg dpt neutral buoyancy...
Malam
Sebelah malam pulak masa yang dinantikan...hehehe...tetibe je Tn. Mujahid isytiharkan semua lulus dan layak di certify lesen scuba..hoooorahhhh!!!!giler sume happy...smgt!!!excited!!!kemudian, Instructor Suhaimi bagi sedikit taklimat mengenai penjagaan BCD, reulator dan alatan selam yang lain.
28hb Nov
Pagi
Bot pukat tunda datang untuk ambil kami.
asal boleh tidur...eat SLEEP dive..hahaha
gudbye Pulau Payar
Anyway, tak sabar nak tunggu gambar-gambar yang paksu compile, dan yang paling penting tak sabar untuk menerima lesen scuba dan tak sabar nak mulakan selaman sebagai NAUI Scuba Diver.